| ISLAM & MUSLIM DULU, KINI DAN MASA DEPAN |
Alhamdulillah, pada 22 hingga 24 Januari yang lepas, Permai yaitu Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia 2010, telah diadakan dengan jayanya bertempat di Politeknik Pos Bandung. Ukrida juga telah mewakilkan beberapa orang untuk bersama-sama mengikuti program tersebut. Alhamdulillah, ahli HalaqahJakarta juga diberi peluang oleh Pengarah Permai yaitu, akhi Ahmad Zulhazwan bin Ahmad Kasim walaupun pendaftaran kami sedikit menyulitkan. Moga Allah memberkati segala usaha yang diberikan oleh seluruh ajk Permai kali ini. Amin.
InsyaAllah, di sini kami cuba sedaya upaya untuk berkongsi sedikit sebanyak yang kami dapat dari program tersebut. InsyaAllah.
Tema Permai 2010 kali ini ialah Islam & Muslim, Dulu, Kini dan Masa Depan berasaskan buku karangan Fathi Yakan "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" yang mana membicarakan tentang 6 Perspektif menjadi Muslim yang efektif, diolah mengikut versi Ustaz Hasrizal bin Abdul Jamil sendiri.
3 hari 2 malam adalah masa yang terlalu singkat untuk ustaz berkongsi secara details. Walaubagaimanapon, setiap slot padat dengan ilmiahnya. Alhamdulillah.
Slot 1>>Ummah Sepintas Lalu
Bermula daripada mengenalpasti mesej besar perutusan Adam, perlantikan Nuh a.s. sebagai Rasul, Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam sebagai penutup sekalian Rasul, anjakan paradigma era umat tanpa wahyu baru di zaman Khulafa’ al-Rasyidin, era Bani Umayyah dan Abbasiyyah, kejatuhan Baghdad 1258M, kebangkitan Uthmaniyyah hingga membawa kepada runtuhnya legasi kepimpinan induk Islam pada tahun 1924. Terdapat 5 peringkat ummat yaitu,
* Sebelum hinggalah berakhirnya zaman kenabian.
* Kepimpinan khalifah.
* Raja yang menggigit.
* Pemerintahan diktator.
* Kepimpinan mengikut manhaj kenabian.
Muslim kini sentiasa diuji dengan cabaran pemikiran. Pada era Nabi Adam a.s, berlakunya ancaman pada individu secara external dan internal. Dari sudut external, yaitu ancaman dari syaitan yang mana menyerang hati, akal dan nafsu. Dari sudut internal, yaitu pada seks dan makan.
Pada era Nabi Nuh a.s pula, ancaman bermula pabila bukan Allah yang disembah, kemerosotan ilmu dan amar mungkar.
Disebabkan kesalahan-kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan lalu dimasukkan ke neraka, maka mereka tidka mendapat penolong selain Allah.[QS 71;25]
[boleh rujuk Surah Nuh, 71 ayat 1-28]
Seterusnya era Nabi Muhammad saw.
Sungguh, telah ada pada diri (Rasulullah) itu suri teladan yang baik bagimu yaitu bagi orang yang mengharap rahmat dan kedatangan hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah.[QS 33;21]
Micheal H.Hart juga telah meletakkan Nabi Muhammad sebagai tempat teratas dalam bukunya The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History.
Muhammad,"The central human figure of Islam, regarded by Muslims as the messenger and last prophet of God. Active as a social reformer, diplomat, merchant, philosopher, orator, legislator, and military leader."
Seterusnya, pada era Khulafa' Ar-Rasyidin yang mana al-Quran dan as-Sunnah sebagai pegangan hidup. Pada era Bani Umaiyah, seluruh umat Islam bersatu tapi akhirnya runtuh ketika penguasaan Abbasiyyah.
"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, Allah menghendaki agar mereka merasakan bagian akibat dari perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar."[QS 30;41]
Slot 2>>Muslim di Sudut Aqidah dan Ibadah
Iman, Islam dan Ihsan adalah acuan Allah yang mana hasilnya adalah ketaqwaan. Aqidah merupakan keyakinan diri untuk mengubah perbuatan yaitu bagaimana iman kepada Allah itu sehingga menghasilkan sesuatu perbuatan. Kita percaya adanya syurga dan neraka. Kita percaya ada nikmat kubur dan azab kubur. Kita juga percaya bahwa Allah sentiasa melihat segala perbuatan kita.
Pepatah dari ابو الحسن بن إسماعيل اﻷشعري ;
"Kamu belum benar-benar beriman sehinggalah kamu persoalkan imanmu itu."
Slot 3>> Muslim Di Sudut Akhlak, Ibadah dan Keluarga.
Islam sebagai jalan ibadah.
"Dan di antara kami ada yang Islam dan ada yang menyimpang dari kebenaran. Siapa yang Islam, maka mereka itu telah memilih jalan yang lurus."[QS 72;14]
Pepatah dari ابو الحسن بن إسماعيل اﻷشعري ;
"Kamu belum benar-benar beriman sehinggalah kamu persoalkan imanmu itu."
Slot 3>> Muslim Di Sudut Akhlak, Ibadah dan Keluarga.
Islam sebagai jalan ibadah.
"Dan di antara kami ada yang Islam dan ada yang menyimpang dari kebenaran. Siapa yang Islam, maka mereka itu telah memilih jalan yang lurus."[QS 72;14]
[click pada gambar untuk link ke Saiful.com]
Islam adalah penyerahan ketundukan dan kepatuhan. Jalan kepatuhan seperti mindmap di atas menunjukkan manusia hendaklah berpegang pada syariat Allah dan juga sunnatullah. Syariat Allah yang mana termasuk ibadah yaitu solat, puasa, zikir, menunaikan haji dll. Sunnatullah pula dari sudut sains. Contohnya, dari Hadith Muslim yang menyatakan syarat-syarat sembelih adalah di antaranya membaca basmalah dan menggunakan pisau yang tajam. Basmalah di sini adalah mengikut syariat Allah dan pisau yang tajam pula adalah hukum alam.
Akhlaq Jalan Ihsan Sesama Insan.
Asas perbuatan manusia yang mana asalnya dari aqidah, cara melihat dan sistem nilai. Akhirnya wujud akhlaq yang sempurna. Menurut Imam Al-Ghazali, contoh akhlaq antaranya adalah senyum dan bersedekah. Akhlaq ini adalah proses yang berulang-ulang. Tidak dikatakan akhlaq jika melibatkan pemikiran.
Slot 4>> Sumbang Saran Minda
Slot 4 ini banyak diisi dengan soalan-soalan dari peserta. UStaz ada juga menyentuh kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih yang berjaya menakluki Constantinople. Nilai yang diterap oleh Al-Fatih adalah;
* keinginan yang membara
* belajar dari kesilapan yang lama.
* visi dan misi yang selaras.
* tiada personal achievement.
* memberi kualiti hidup.
* menguasai Sunnatullah dan Syariat Allah.
Akhirnya, Ustaz Hasrizal menyimpulkan Muslim haruslah;
Akhlaq Jalan Ihsan Sesama Insan.
Asas perbuatan manusia yang mana asalnya dari aqidah, cara melihat dan sistem nilai. Akhirnya wujud akhlaq yang sempurna. Menurut Imam Al-Ghazali, contoh akhlaq antaranya adalah senyum dan bersedekah. Akhlaq ini adalah proses yang berulang-ulang. Tidak dikatakan akhlaq jika melibatkan pemikiran.
Slot 4>> Sumbang Saran Minda
Slot 4 ini banyak diisi dengan soalan-soalan dari peserta. UStaz ada juga menyentuh kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih yang berjaya menakluki Constantinople. Nilai yang diterap oleh Al-Fatih adalah;
* keinginan yang membara
* belajar dari kesilapan yang lama.
* visi dan misi yang selaras.
* tiada personal achievement.
* memberi kualiti hidup.
* menguasai Sunnatullah dan Syariat Allah.
Akhirnya, Ustaz Hasrizal menyimpulkan Muslim haruslah;
| Think big, act small. |
Lagu Tema PERMAI 2010;
Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan
Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan
Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi
Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan
Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan
Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi
p/s; Sesiapa yang berminat untuk VCD PERMAI 2010, (tp harga belum ditetapkan) boleh menghubungi Farid 08 dan Fahamy 08 atau ahli halaqah yang lain. Moga Allah redha dan memberkati setiap ilmu. Moga dipermudahkan segala urusan.
Sila layari blog Saiful.com dengan menggunakan bypass untuk lebih lanjut.
Wallahu a'lam. Wassalam.
Sila layari blog Saiful.com dengan menggunakan bypass untuk lebih lanjut.
Wallahu a'lam. Wassalam.
0 comments:
Post a Comment