اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Saturday, January 09, 2010

Awas Aurat!

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji baginya Tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi, Rasulullah saw.

Awas aurat!

Kewajipan Menutup Aurat.

Firman Allah;

Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.[QS 33;59]

Kriteria Berpakaian Menurut Islam.


1. Bagi lelaki, hendaklah menutup seluruh anggota badannya yang ada di antara pusat dan kedua belah lutut. Bagi perempuan, hendaklah menutup seluruh anggota badannya melainkan muka dan dua tapak tangan.

2. Pakaian hendaklah tebal, tidak menampakkan warna kulit dan tidak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh.

"Ada dua golongan ahli neraka yang daku belum pernah lihat sebelum ini. Pertama, beberapa lelaki yang mempunyai cemeti seumpama seekor lembu (yang digunakan untuk) memukul orang lain (secara zalim), kedua, segolongan perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang seleweng dan menyelewengkan, di atas kepala mereka seumpama bonggol unta. Mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menghidu baunya, sesungguhnya bau syurga itu benar-benar dapat dihidu dari jarak begini dan begini. [HR Muslim]

3. Pakaian perempuan tidak boleh menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki dan begitu juga sebaliknya.

Rasulullah saw melaknat kaum lelaki yang menyerupai perempuan dan kaum perempuan yang menyerupai lelaki. [HR Bukhari]

4. Pakaian perempuan tidak berbau wangi atau harum kerana boleh menarik perhatian orang lain.

"Setiap wanita yang mengenakan wangi-wangian (baik badan mahupun pakaian), kemudian dia berjalan melintasi sesuatu kaum agar mereka dapat mencium bau yang wangi itu, maka wanita itu adalah penzina. [HR Shahih Nasa'i]

5. Pakaian yang dipakai bukanlah tujuannya untuk bermegah-megah dan tidak dihiasi dengan berlebihan yang boleh menarik perhatian orang lain.

Barangsiapa yang memakai pakaian kemasyhuran (untuk masyhur) di dunia, maka Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan pada hari kiamat kemudian Allah membakarnya dengan api neraka. [Hadis Hasan Riwayat Imam Ibnu Majah]

6. Pakaian lelaki tidak boleh diperbuat oleh sutera yang tulin.

7. Pakaian tidak menyerupai orang kafir.

Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dalam golongan mereka.
[HR Abu Daud]

Hikmah Menutup Aurat

i. Sebagai lambang hamba yang beriman dan bertaqwa.
ii. Berupaya mengelak dari diganggu kejahatan.
iii. Dapat membezakan antara wanita Muslim dan Non muslim.
iv. Mampu terhalang dari mendapat penyakit kulit.

Mudah mudahan post kali ini memberi kesan pada diri, ahli dan seluruh umat Islam. Moga Allah sentiasa melindungi kita dari segala kejahatan. Moga Allah mempermudah segala urusan kita.

InsyaAllah.

[click pada gambar utk lebih jelas]

Yuk! Tutup aurat!

0 comments:

Post a Comment