اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Friday, December 14, 2012

[Program] Aurora Nusantara ke Palestin

Assalamu'alaikum wbt,

Insha Allah, hujung minggu ini akan di anjurkan program Aurora Nusantara ke Palestin. Program yang bertujuan utama bagi memupuk kesadaran mahasiswa mengenai keadaan semasa Palestin ini akan dhadiri oleh Dr Tahir Abd Rahman. Beliau yang juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif akan berkongsi pengalaman dan isu-isu semasa yang melanda masyarkat Palestin kini.

Dalam program ini juga akan diserahkan kutipan Tabung Amal Palestin (TAP) yang dilancarkan oleh Badan Bertindak TAP, Halaqah Jakarta.

Antara pengisian sepanjang program:
1. Persembahan
2. Flash Mob
3. Jualan Amal
4. Perkongsian panelis
5. Dan banyak lagi.

Sahabat-sahabat semua, ayuh bersama-sama kita serta!

Simpan diingatan- Ahad (16 Dis), 8.00 pagi, Dewan KEDUBES. :)