اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Saturday, January 16, 2010

PERMAI 2010

Assalamualaikum wbt.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah segala puji bagi-Nya Tuhan sekalian alam yang sentiasa melindungi hamba-hamba-Nya. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah saw. Moga dirahmati Allah selalu.

Alhamdulillah, pada 22 Jan hingga 24 Jan 2010, Persatuan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia akan mengadakan PERMAI 2010 bertempat di Bandung. InsyaAllah.

PERMAI 2010 merupakan Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia 2010. Pada tahun 2008 yang lalu, PERMAI diadakan di Jogjakarta. Pada kali ini, Bandung menjadi tuan rumah untuk program kali ini. PERMAI ini merupakan program berbentuk seminar keagamaan dan motivasi yang menghimpunkan mahasiswa Malaysia dari seluruh Indonesia.

PERMAI 2010 kali ini membawa tema 'Islam dan Muslim Dulu, Kini dan Masa Depan', yang mana berasaskan buku 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam' karangan Fathi Yakan. Ia membicarakan tentang 6 Perspektif Menjadi Muslim yang Efektif, dan penceramah kali ini juga sama dengan PERMAI 08 yaitu Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.


Bagi yang berminat masih lagi diberi peluang untuk menyertai PERMAI. Tarikh tutup penyertaan adalah 17 Januari 2010. Untuk lebih lanjut, boleh menghubungi wakil dari Jakarta yaitu, Ahmad Nabieh Rahmat dan Zulfadli Mohamad Aris. Atau boleh juga menerusi ahli Halaqah Jakarta, Farid 08 dan Fahamy 08.

Tentatif program boleh di click pada gambar atau di download dengan link ini. Untuk maklumat lebih lanjut boleh melawat http://permai-islam.blogspot.com/. Setiap penyertaan hanya dikenakan Rp 150,000.


Firman Allah swt;

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat.”
[QS 58;11]

Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari suatu pengetahuan (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga. [HR Bukhari]

Moga program ini bukan sahaja menambah ilmu malah juga insyaAllah mengeratkan ukhuwwah. Indah segalanya kerana Allah. Moga redha Allah sentiasa bersama kita.

Wallahua'lam. Wassalam.

0 comments:

Post a Comment