Allah berfirman; "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku" [Surah Ad-Zariyat, 51; 56]
Menyedari akan hakikat kejadian manusia dan motif Allah menjadikan manusia untuk menghuni alam ini, maka kita sepatutnya berwaspada memenuhi waktu malam itu. Kalau waktu siang kita gunakan untuk keduniaan, maka marilah kita peruntukkan untuk berhubung dengan Allah pada waktu malamnya. InsyaAllah dengan cara ini, al-Wahn [cintakan dunia, lupakan akhirat] dapat dikikis dari diri.
Salah satu cara yang paling baik untuk berhubung dengan Allah ialah dengan bangun mengerjakan ibadat kepada Allah, khususnya solat Tahajjud pada waktu tengah malam. Sesungguhnya, bangun untuk beribadat, qiamullail banyak kelebihannya dan besar pahalanya. InsyaAllah.
Allah berfirman; "Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." [Surah Al-Isra'; 79]
Tetapi, satu persoalan berhubung dengan ini, mengapa Allah meletakkan masa tahajjud itu pada tengah malam ketika suasana sepi dan kesejukan?
Jawapannya, ialah kerana Allah mahu menguji hamba-Nya sejauh mana taatnya seorang makhluk yang mengaku dirinya bertuhankan Allah.
2 comments:
Salam.blh bertanya satu soalan?Solat apakah yang biasanya Rasulullah s.a.w amalkan selain tahajjud pd qiamullail?syukran.
salam..to hamba Allah moga terjawab dengan post Tahajud Rasulullah s.a.w dari kami..insyaAllah
Post a Comment