اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Sunday, October 11, 2009

Tahajud Rasulullah s.a.w


Alhamdulillah..post yang lalu "Yuk!tingkatkan tahajud', telah kami nyatakan tentang kelebihan bagi hamba yang mengamalkan tahajjud.. InsyaAllah pada kali ini, post kami mengenai tahajjud Rasulullah s.a.w.

Ciri-ciri orang yang beriman telah Allah nyatakan dalam ayat-Nya, yaitu;

"Mereka yang sedikit sekali tidur di waktu malam; dan pada akhir malam mereka meminta ampun."[QS 51; 17 & 18]

Rasulullah sangat memperhatikan solat malam hingga diriwayatkan bahwa beliau pecah-pecah kedua telapak kakinya. Ini disebabkan kesungguhan beliau s.a.w yang luar biasa untuk melaksanakan solat malam.

"Sungguh Nabi s.a.w solat malam sehingga merekah kedua telapak kakinya. Aisyah berkata kepada beliau, "mengapa engkau melakukan hal ini, wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang?" Beliau menjawab, "Apa aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?"[HR bukhari dan Muslim]

Tidak ada batasan jumlah raka'at solat malam, berdasarkan sabda nabi;

Solat malam itu dilakukan dengan salam pada tiap dua raka'atnya. Jika salah satu kalian khawatir keburu datangnya waktu subuh maka hendaklah solat satu raka'at sebagai witir bagi solat-solat sebelumnya.[HR Bukhari dan Muslim]

Adab-Adab Rasulullah Seputar Solat Malam


Dari Ibnu Abbas, ia berkata;

Pernah Rasulullah bangun tidur, lalu menghilangkan rasa mengantuknya dengan cara mengusapkan telapak tangannya pada wajahnya kemudian membaca sepuluh ayat terakhir surah al-Imran.[HR Muslim]
Rasulullah membuka solat tahajud dengan dua rakaat ringan. Berdasarkan hadis dari Abu Hurairah bahawasanya, Rasulullah bersabda;

Jika salah seorang dari kalian mengerjakan solat malam maka hendaknya memulai solat malamnya dengan melaksanakan solat dua rakaat secara agak cepat.[HR Muslim]

Kita dianjurkan untuk solat malam dengan jumlah rakaat tertentu secara berterusan kerana amal yang paling Allah cintai adalah amal yang dikerjakan terus-menerus meskipun sedikit.[HR Bukhari dan Muslim]. Jika merasa sangat mengantuk, haruslah kita berhenti lalu tidur sekejap untuk hilangkan rasa mengantuk, lalu bangun untuk solat lagi.

Rasulullah s.a.w memanjangkan berdiri dan perbanyakkan ruku' dan sujudnya. Ini kerana solat yang paling utama adalah solat yang berdirinya lama.[HR Muslim]. Namun, buatlah semampu kita. Amalan yang sedikit namun berterusan itu lebih baik.

Akhirnya, hendaklah ditutup dengan witir. Ada disebutkan;

Barangsiapa yang mengerjakan solat malam maka hendaklah menjadikan witir sebelum subuh sebagai akhir solatnya. Kerana Rasulullah memerintahkan seperti itu.[HR Bukhari dan Muslim]

Yuk! Kita sama-sama berusaha untuk tingkatkan amalan kita yuk!

Hanya untuk mendapat redha-Nya..

Sumber dari : Buku 'Tahajud Nabi s.a.w' oleh Sa'id Bin Ali Wahf Al-Qahthani.

0 comments:

Post a Comment