اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Friday, October 09, 2009

Solat Jumaat


Solat Jumaat ialah solat fardhu dua rakaat yang wajib dilakukan pada hari jumaat, secara berjemaah setelah mendengar khutbah. Hukumnya fardhu ain yaitu wajib dilakukan ke atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," - Al-Jumu'ah: 9
Tetapi sangat sedih kerana masih ada juga segelintir dari mahasiswa kita tidak menitikberatkan ibadah wajib ini.

Sabda Rasulullah SAW:
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." - HR Shahih Abu Dawud & Hakim.
Sebenarnya, banyak hikmah yang kita sebagai umat Islam dapat dari solat jumaat ini. Pada ketika ini lah, umat Islam berkumpul bersama, beribadah bersama, insyaAllah merapatkan lagi ikatan ukhuwwah sesama Muslim. Dengan berkumpulnya umat islam, miskin, kaya, tua, muda serta martabat dan darjat tidak lagi dikira. Ini menunjukkan tidak ada perbezaan antara umat Islam. Kita tetap hamba kepada yang Esa.

Hukum wajib ini akan hilang jika seseorang itu sakit, takut dizalimi,, musafir san juga ketika hujan lebat. Tetapi, mengapa masih ramai yang tidak menitikberatkan amalan wajib ini. Moga dapat memperingatkan diri ini dan juga sahabat-sahabat sekalian. Mudah-mudahan. bi'iznillah..

0 comments:

Post a Comment