اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Sunday, August 09, 2009

Pengajian Hadis Arba'in Halal Dan Haram

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدْ اسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعىَ حَوْلَ الْحِمَى يُوْشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيْهِ، أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ [رواه البخاري ومسلم]


Maksudnya :

Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata, Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “. [HR Bukhari dan Muslim]


Halal dan Haram tentang sesuatu perkara telah diterangkan dalam Al-Quran dan al-Hadith dengan jelas. Jelas di sini adalah tiadalah kesempatan oleh manusia untuk mengatakan sebaliknya. Dalam surah an-Nur, 24 telah diturunkan mengenai hukum-hukum Allah dan tanda kebesaran-Nya.

Firman Allah;
"Inilah suatu surah yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum-hukumnya), dan Kami turunkan di dalamnya tanda-tanda kebesaran Allah yang jelas, agar kamu ingat."[QS 24; 1]

Contohnya, dalam pemakaian jilbab. Ada yang mengatakan jilbab adalah tradisi tetapi sebenarnya telah dikatakan dalam al-Quran.

"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: ’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkkan khumurnya (hijab) ke dadanya...."[QS 24;31]

Perintah Allah diatas adalah jelas dan tegas yang wajib hukumnya bagi kaum wanita. Oleh itu, kita tidak boleh mengatakan ia hanyalah tradisi dan tidak wajib.

Contoh lain adalah mengucapkan salam. Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat adalah manusia yang tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali orang yang dikenali saja." [HR Ahmad]

Dalam maksud hadis ini juga, manusia yang paling dekat dengan Allah adalah manusia yang banyak tahu tentang haramnya sesuatu. Oleh itu, jika seseorang itu tahu akan haramnya pasti tidak akan melakukan perbuatan itu kerana baginya, Allah Maha Mengetahui. Untuk menjadi Muslim yang sempurna, jauhilah larangan-Nya.

Perkara syubhat yang dinyatakan dalam hadis, adalah merupakan perkara yang tiada dalam ayat al-Quran yang khusus tentang halal dan haramnya sesuatu. Oleh itu, jika tiada dalam al-Quran, haruslah kita merujuk pada hadis kerana tidak ada yang keluar dari Rasulullah s.a.w melainkan wahyu.

Dalam hadis juga dikatakan mengenai hati. Haruslah kita mengambil perhatian tentang masalah hati kerana padanya terdapat kebaikan fisik. Oleh itu, kita harus menutup pintu-pintu terhadap peluang untuk melakukan yang haram serapat-rapatnya supaya kita tidak terjerumus ke arahnya. Moga Allah redha.

Ringkasan Pengajian Hadis Arba'in oleh Syeikh Ali

0 comments:

Post a Comment