اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Tuesday, August 04, 2009

Moga Allah redha


Redha adalah hati menerima kenyataan dan berikhtiar memperbaiki kenyataan. Apabila kita redha terhadap apa yang dikurniakan dan yang telah ditentukan oleh Allah pasti ibadah kita akan terjaga dan rezeki insyaAllah lebih murah kerana hamba yang redha pada kehendak Allah pasti sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan.

Allah telah mencipta manusia dengan sempurna. Walaupun ada sesetengah yang tidak sempurna fizikalnya, tapi Allah Maha Adil. Pasti ada kebaikan yang tidak disedari oleh hambaNYA. Malah kadang-kadang kita alpa untuk bersyukur dengan kurniaan NYA.


Redha Allah telah menjadi pujaan dan dambaan bagi seorang Mukmin. Setiap Mukmin harus sedar redha Allah lah harta yang paling mahal yang harus menjadi rebutan bukanlah wanita, pangkat dan harta. Wanita, pangkat dan harta itu hanyalah kehendak kita untuk bahagia di dunia. Malah Islam tidak melarang untuk kita mencari kesenangan di dunia. Tapi, redha Allah adalah yang menjadi penjamiin untuk bahagia di akhirat. Tanpa redhaNYA, pasti hidup kita dilanda resah gelisah dan tidak tenteram.


Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya. [QS 2;207]


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Bila Allah cinta kepada sesuatu kaum, mereka akan diuji . Barang siapa redha menerima ujian maka redha pula kepadanya dan barang siapa yang murka, maka Allah s.w.t. pun murka kepadanya". [Riwayat Tirmidzi]


Marilah kita berusha untuk menggapai redha Ilahi. Semoga hati ini redha dengan apa yang ditentukan olehNYA.


Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa yang berbuat demikian karena mencari keridaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar. [QS 4;114]


‘Ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah semata kerana Allah.’


Moga Allah redha..insyaAllah.

*Ringkasan dr penceramah Aagym..untuk mendengar lebih lanjut, sila tekan link ini.

0 comments:

Post a Comment