اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Saturday, August 29, 2009

Assalamualaikum w.b.t

Assalamualaikum w.b.t.

Kami dari pihak API mohon maaf. Blog ini masih lagi dalam pengubahsuaian.
Jadi, bagi yang melawat, harap bersabar.
InsyaAllah dalam masa terdekat, blog ini akan kembali seperti sedia kala.
InsyaAllah. moga Allah redha.=)

Jazakallah.

"Setitis Keikhlasan Selaut Keberkatan"



Monday, August 24, 2009

Muat Turun dari kami!


Alhamdulillah. Selangkah lagi menuju ke depan. Kami menyediakan kepada anda ruang untuk muat turun bahan-bahan hebahan dari kami. Antara yang tersedia untuk kali ini adalah Risalah Ramadhan dan juga Senarai semak amalan Ramadhan. Contohnya adalah seperti pada gambar dibawah. Namun ia hanya contoh. Muat turun dan anda akan ketahui.


Itu sahaja dari kami untuk kali ini. Nantikan bahan/risalah kami yang akan datang! Terima kasih kerana sudi melawat.

Saturday, August 22, 2009

Selamat Datang!

Halaqah Jakarta mengucapkan ahlan wa sahlan kepada sahabat-sahabat kami yang baru tiba dari angkatan 2009.



Pada 18 Ogos yang lepas, 45 orang pelajar baru selamat tiba di Jakarta. Pelajar-pelajar tajaan Mara ini sebagian besarnya berasal daripada Unity College dan terdapat juga dari ACMS. Insya Allah, pada 22 Ogos ini sedikit program akan diadakan bagi sahabat-sahabat kami sekelian.

Program : Ihya' Ramadhan
Tempat : Masjud Nurul Hikmah
Waktu : 9.00 Pagi


Program ini adalah ta'aruf antara angkatan 2009, Biro Agama, Pak Romy dan sekaligus ta'aruf dengan bulan Ramadhan yang baru sahaja tiba.

Semoga dengan pertemuan pertama kali ini menjalin sebuah ukhuwah yang berkekalan bertunjangkan kalimat lillahi ta'ala. Insya Allah.


Sunday, August 09, 2009

Pengajian Hadis Arba'in Halal Dan Haram

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدْ اسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعىَ حَوْلَ الْحِمَى يُوْشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيْهِ، أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ [رواه البخاري ومسلم]


Maksudnya :

Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata, Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “. [HR Bukhari dan Muslim]


Halal dan Haram tentang sesuatu perkara telah diterangkan dalam Al-Quran dan al-Hadith dengan jelas. Jelas di sini adalah tiadalah kesempatan oleh manusia untuk mengatakan sebaliknya. Dalam surah an-Nur, 24 telah diturunkan mengenai hukum-hukum Allah dan tanda kebesaran-Nya.

Firman Allah;
"Inilah suatu surah yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum-hukumnya), dan Kami turunkan di dalamnya tanda-tanda kebesaran Allah yang jelas, agar kamu ingat."[QS 24; 1]

Contohnya, dalam pemakaian jilbab. Ada yang mengatakan jilbab adalah tradisi tetapi sebenarnya telah dikatakan dalam al-Quran.

"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: ’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkkan khumurnya (hijab) ke dadanya...."[QS 24;31]

Perintah Allah diatas adalah jelas dan tegas yang wajib hukumnya bagi kaum wanita. Oleh itu, kita tidak boleh mengatakan ia hanyalah tradisi dan tidak wajib.

Contoh lain adalah mengucapkan salam. Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat adalah manusia yang tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali orang yang dikenali saja." [HR Ahmad]

Dalam maksud hadis ini juga, manusia yang paling dekat dengan Allah adalah manusia yang banyak tahu tentang haramnya sesuatu. Oleh itu, jika seseorang itu tahu akan haramnya pasti tidak akan melakukan perbuatan itu kerana baginya, Allah Maha Mengetahui. Untuk menjadi Muslim yang sempurna, jauhilah larangan-Nya.

Perkara syubhat yang dinyatakan dalam hadis, adalah merupakan perkara yang tiada dalam ayat al-Quran yang khusus tentang halal dan haramnya sesuatu. Oleh itu, jika tiada dalam al-Quran, haruslah kita merujuk pada hadis kerana tidak ada yang keluar dari Rasulullah s.a.w melainkan wahyu.

Dalam hadis juga dikatakan mengenai hati. Haruslah kita mengambil perhatian tentang masalah hati kerana padanya terdapat kebaikan fisik. Oleh itu, kita harus menutup pintu-pintu terhadap peluang untuk melakukan yang haram serapat-rapatnya supaya kita tidak terjerumus ke arahnya. Moga Allah redha.

Ringkasan Pengajian Hadis Arba'in oleh Syeikh Ali

Dokter..Aku Letih!


[Dipetik dari buku Kesaksian Seorang Doktor oleh dr. Khalid bin Abdul Aziz Al-Jubair, Dokter Spesialis Bedah dan Jantung]

Dokter..aku letih!
Itulah kata-kata dari seorang pasien wanita yang telah datang kepadaku untuk menerima rawatan. Pasien wanita itu mengalami keluhan jantungnya berdebar-debar, sesak nafas dan rasa lelah. Pasien itu telah pun menemui beberapa spesialis tetapi semua dokter itu mengatakan wanita itu sehat. Saya terus melakukan beberapa prosedur pemeriksaan dan hasilnya memang menunjukkan pasien itu sehat. Saya menasihatinya, supaya sentiasa mengingati Allah kerana Allah lah penyembuh segala penyakit.

Kemudian, saya bertanya pada pasien itu, "Adakah anda selalu menunaikan solat subuh tepat pada waktunya?" Wanita itu menjawab, "kadang-kadang."

Saya bertanya lagi, "Adakah anda selalu membaca al-Quran dengan teratur?"
Ia menjawab, "Tidak."

Saya bertanya, "Adakah anda ingin disembuhkan oleh Allah?"
Ia terus menjawab, "Tentu saja, aku ingin sembuh."

Seterusnya saya cuba menasihatinya mengikut kemampuan supaya pasien itu sentiasa mengingati Allah dan sentiasa mengucapkan zikir. Dan, zikir yang paling utama adalah solat.

Firman Allah,
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram." [QS Ar-Ra'd; 28]

"Sesungguhnya, solat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar."
[QS Al-Ankabut; 45]

Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda;
"Telah dijadikan permata (penyejuk) hatiku di dalam solat." [HR Ahmad, Shahih AL-Jami Al-Abani]

Dengan sungguh solat itulah menjadi penghapus kesalahan sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w,
"Dan begitu pula Allah menghapus kesalahan-kesalahan dengan solat lima waktu." [HR Bukhari dan Muslim]

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga solat kita dan menambah solat kita dengan melakukan solat-solat sunat kerana solat sunat itulah sebagai benteng untuk kita supaya solat wajib menjadi sempurna. Dan kita jdikan zikir itu sebagai amalan seharian.

Sebagai tambahan, mugkin ini boleh diamalkan untuk mengelakkan diri dari segala penyakit. InsyaAllah. Moga Allah redha.

"Wahai Tuhan segenap manusia, hilangkanlah segala penyakit dan sembuhkanlah, Engkaulah yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan-MU, kesembuhan yang tidak menyiksakan penyakit sedikitpun."
[HR Bukhari dan Muslim]

Wednesday, August 05, 2009

Golongan Manusia dengan Solatnya


Terdapat 3 golongan manusia mengenai solatnya..yaitu, pertama, orang Islam yang tidak solat tetapi mengaku beriman, kedua, orang Islam yang solat tapi lalai terhadap solatnya dan yang terakhir, orang Islam yang menegakkan solatnya.

Golongan Pertama
Pertama, orang Islam yang tidak solat tetapi mengaku beriman. Aisyah r.a. berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota." Imam Al-Ghazali menguraikan makna iman: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."

Bagaimanakah seseorang itu boleh mengaku dirinya beriman jikalau tidak melakukan solat yaitu tidak mengamalkannya dengan anggota?

Allah tidak akan terima iman hamba-Nya selagi Allah tidak menguji. Dalam ayat-Nya;

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? [QS 29;2]


Orang Islam yang beriman pasti bersungguh-sungguh dalam mengerjakan ibadah untuk mendapat keredhaan Allah, bukanlah semata-mata untuk kebaikan di dunia.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Semua perbuatan itu tergantung dari niatnya. Niat itulah yang menentukan kualiti seseorang. Seseorang yang niat hijrahnya untuk Allah dan Rasul-Nya, akan mendapatkan apa yang di redhai Allah dan Rasul-Nya. Seseorang yang hijrahnya demi dunia atau demi wanita yang ingin dinikahinya, akan mendapatkan apa yang diniatkannya." [HR Bukhari & Muslim]

Golongan Kedua
Golongan yang kedua adalah orang Islam yang solat tapi lalai terhadap solatnya. Orang yang lalai terhadap solatnya adalah orang yang hanya jasad dan gerak tubuh sahaja yang hidup dalam solatnya tapi hatinya tidak hidup bersama-sama bacaannya. Dan solat itu juga lah menyebabkan hatinya tidak hidup. Tanda hati seseorang itu hidup adalah hatinya tergerak untuk amar makruf dan tidak melakukan larangan-Nya, malu dalam mengerjakan maksiat dan sensitif.

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang salat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari salatnya. [QS 107; 4 & 5]

Setiap bacaan dalam solat haruslah difahami dan dihayati kerana setiap bacaan itu adalah umpama ikrar yang kita lakukan kepada Allah. Untuk tambahan, apakah sebenarnya maksud ruku' dan sujud dalam solat. Ruku' dan sujud adalah kita memuji Allah yang Maha Agung dan Maha Tinggi, menunjukkan kita hanyalah hamba yang kerdil. Oleh itu, kita harus siap untuk menjalankan perintah-Nya.

Golongan Ketiga
Golongan yang terakhir adalah orang Islam yang menegakkan solatnya.

Firman Allah;
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku. [QS 20;14]


Terdapat 6 ciri orang yang menegakkan solatnya yaitu,
  • orang yang mengerjakan solatnya di awal waktu
  • sentiasa berjemaah di masjid
  • yakin bahwa solat adalah perjumpaan dengan Allah dan apa yang dibaca itu adalah ikrar serta apa yang diucapkannya itu didengar oleh Allah. Oleh itu, seseorang yang tegak solatnya, pasti malu untuk melakukan kemungkaran.
  • Solat dengan khusyu'
  • Orang yang memelihara solatnya.
  • Orang yang solatnya itu dapat mencegah dirinya dari perbuatan mungkar dan keji.
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. [QS 23; 1-3]

Marilah kita sama-sama muhasabah diri dan tanyalah diri kita, adakah aku termasuk dalam golongan yang terakhir, yaitu yang menegakkan solat.

InsyaAllah, moga Allah redha.

[*] Perkongsian Pengajian Drs Muchlish Abdi

Tuesday, August 04, 2009

Moga Allah redha


Redha adalah hati menerima kenyataan dan berikhtiar memperbaiki kenyataan. Apabila kita redha terhadap apa yang dikurniakan dan yang telah ditentukan oleh Allah pasti ibadah kita akan terjaga dan rezeki insyaAllah lebih murah kerana hamba yang redha pada kehendak Allah pasti sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan.

Allah telah mencipta manusia dengan sempurna. Walaupun ada sesetengah yang tidak sempurna fizikalnya, tapi Allah Maha Adil. Pasti ada kebaikan yang tidak disedari oleh hambaNYA. Malah kadang-kadang kita alpa untuk bersyukur dengan kurniaan NYA.


Redha Allah telah menjadi pujaan dan dambaan bagi seorang Mukmin. Setiap Mukmin harus sedar redha Allah lah harta yang paling mahal yang harus menjadi rebutan bukanlah wanita, pangkat dan harta. Wanita, pangkat dan harta itu hanyalah kehendak kita untuk bahagia di dunia. Malah Islam tidak melarang untuk kita mencari kesenangan di dunia. Tapi, redha Allah adalah yang menjadi penjamiin untuk bahagia di akhirat. Tanpa redhaNYA, pasti hidup kita dilanda resah gelisah dan tidak tenteram.


Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya. [QS 2;207]


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Bila Allah cinta kepada sesuatu kaum, mereka akan diuji . Barang siapa redha menerima ujian maka redha pula kepadanya dan barang siapa yang murka, maka Allah s.w.t. pun murka kepadanya". [Riwayat Tirmidzi]


Marilah kita berusha untuk menggapai redha Ilahi. Semoga hati ini redha dengan apa yang ditentukan olehNYA.


Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa yang berbuat demikian karena mencari keridaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar. [QS 4;114]


‘Ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah semata kerana Allah.’


Moga Allah redha..insyaAllah.

*Ringkasan dr penceramah Aagym..untuk mendengar lebih lanjut, sila tekan link ini.

Saturday, August 01, 2009

Cukuplah Allah dan pada-Nya aku bertawakal


Seorang mukmin mestilah senantiasa bertawakal kepada Allah dalam setiap urusan.
Allah berfirman;

....hanya kepada Allah sajalah hendaknya orang-orang mukmin bertawakal. [QS 14: 11]

Bertawakkal kepada Allah bukanlah menjadi halangan kepada sesuatu pekerjaan malah mempermudahkan dan menjadi lebih sempurna. Kita diperintahkan untuk melakukan pekerjaan termasuklah ibadah mengikut kemampuan kita dan bertawakallah kepada Allah bagi yang kita tidak mampu.

Dalam shahih Bukhari menyatakan kisah Nabi Ibrahim mengucapkan "Hasbunallah wa ni'mal wakil", tatkala dia dilemparkan ke dalam api, sehingga api itu tiba-tiba menjadi dingin dan tidak menghancurkan Ibrahim. Tatkala Ibrahim diletakkan di manjaniq, Jibril bertanya kepadanya, "Apakah engkau butuh kepadaku?" Ibrahim menjawab, "kalau kepadamu aku tidak butuh, tapi kalau kepada Allah, ya."

"Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung." [QS 3:173]

"Hasbunallah wa ni'mal wakil", juga diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w saat perang uhud, kemudian Allah pun menolongnya.

"Hasbunallah wa ni'mal wakil", juga diucapkan oleh Musa setelah berhadapan dengan lautan sewaktu musuh mengejar di belakangnya. Maka ia pun berkata;

Sekali-kali tidak akan tersusul; sesungguhnya Rabb-ku bersertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku. [QS 26:62]

Dan, dengan izin Allah, selamat.

Dan Sesungguhnya Telah kami wahyukan kepada Musa: “Pergilah kamu dengan hamba-hamba-Ku (Bani Israil) di malam hari, Maka buatlah untuk mereka jalan yang kering dilaut itu, kamu tak usah khawatir akan tersusul dan tidak usah takut (akan tenggelam)”. [QS 20:77]

Seorang mukmin yang bertawakkal kepada Allah dan melakukan perintah NYA akan menerima apa saja yang dikurniakan oleh Allah dan bersyukur ke atasnya kerana dirinya tahu akan kemampuannya terbatas dibandingkan dengan kuasa Allah. Dan seorang mukmin itu akan merasa apa yang ditentukan oleh Allah pasti yang terbaik untuk dirinya.

..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. [QS 2:216]

InsyaAllah..moga dipermudahkan segala urusan kita. Kita akan tenang jika pada-Nya kita bertawakal dan yakin segala qada' dan qadar-Nya. InsyaAllah.

Moga Allah redha..amiin.

Cinta Sejati



Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen.
Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyAllah kita bersama nabi di akhirat nanti. Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu .

Dari Anas radhiallahu anhu, dari Nabi shallallahu alaihi wasalam, bahwasanya beliau shallallahu alaihi wasalam bersabda: "Tidaklah (sempurna) iman salah seorang di antara kalian sehingga aku lebih dicintainya daripada orangtuanya, anaknya dan segenap umat manusia."
[Muttafaq Alaih]


Thabrani dan Ibnu Murdawaih mengetengahkan dengan sanad yang tak ada jeleknya dari Aisyah, katanya, "Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw. lalu katanya, 'Wahai Rasulullah! Anda lebih saya cintai dari diri saya, dan lebih saya kasihi dari anak saya. Mungkin suatu saat saya sedang berada di rumah, lalu teringat kepada Anda, maka hati saya tak sabar hingga saya datang dan sempat melihat wajah Anda. Dan jika saya ingat akan kematian saya dan kematian Anda, saya pun maklum bahwa tempat Anda ditinggikan bersama para nabi, saya khawatir jika saya masuk surga tidak akan sempat melihat Anda lagi.' Nabi saw. tidak menjawab sedikit pun hingga turunlah Jibril membawa ayat ini,

Dan barang siapa yang menaati Allah dan Rasul (Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. [QS 4: 69]

Ibnu Abu Hatim mengetengahkan dari Masruq, bahwa para sahabat Nabi saw. mengatakan, "Wahai Rasulullah! Tidak sepatutnya kami berpisah dengan Anda, karena sekiranya Anda wafat, maka Anda akan dinaikkan di atas kami hingga kami tidak sempat melihat Anda lagi. Dan diriwayatkan dari Ikrimah, katanya, "Seorang anak muda datang kepada Nabi saw. lalu katanya, 'Wahai Nabi Allah! Di dunia ini sesekali kami dapat juga melihat Anda, tetapi di hari kiamat kami tak dapat melihat Anda lagi karena Anda berada dalam surga pada tingkat yang tinggi.' Maka Allah pun menurunkan ayat ini. Lalu sabda Rasulullah saw. kepadanya, 'Kamu insya Allah berada bersama saya di dalam surga.'

Katakanlah: "Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul; dan jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban rasul itu adalah apa yang dibebankan kepadanya, dan kewajiban kamu sekalian adalah semata-mata apa yang dibebankan kepadamu. Dan jika kamu taat kepadanya, niscaya kamu mendapat petunjuk. Dan tidak lain kewajiban rasul itu melainkan menyampaikan (amanat Allah) dengan terang."[QS 24:54]

Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat. Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda.

...maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih. [QS 24:63]

Semoga Allah s.w.t menganugerahkan kepada kita keimanan dan rasa cinta yang tinggi kepada Rasulullah s.a.w, sehingga segala apa yang telah baginda tetapkan dapat kita terima dan laksanakan tanpa ada keberatan sedikitpun.

"Sesungguhnya Allah dan Malaikat-malaikat-Nya ber-shalawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kalian untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” [QS33: 56]


* Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak.

Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.


Moga Allah redha..InsyaAllah.