Kukutip bait indah penuh makna dari Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni..namun harapkan ianya bukan sekadar ingatan semata-mata…biarlah ianya mampu dihadamkan dengan pengertian..
Engkau datang, wahai Ramadhan, untuk berkata kepada mata kami,
"Puasalah engkau dari pandangan yang diharamkan, sebelum Tuhan yang Maha Mengetahui menjadi murka lalu engkau dicampakkan-Nya ke dalam api yang berkobar. Maka berpuasalah dari memandang yang haram dan titiskanlah air mata dalam bayang-bayang gelap di kesunyian malam.
"Engkau datang, Wahai Ramadhan, untuk berkata kepada lidah kami,
"Berpuasalah engkau wahai tangan yang pernah menumpahkan darah dan membunuh jiwa yang tidak bersalah, yang pernah menghancurkan rumah, membunuh orang tua dan wanita.
Berpuasalah, engkau dari memukul dan membunuh orang lain, dan dari mencuri dan berbuat curang.
Berpuasalah engkau dari menerima wang suapan sebelum datang hari kiamat, hari yang tidak berguna lagi permohonan ampun dari orang-orang yang zalim, bagi mereka itu laknat dan tempat kembali yang jelek.
"Berpuasalah engkau dari berjalan ke tempat yang haram, dari melangkah kepada jalan kesia-siaan, penyesalan dan kesesatan, dan pergi ke tempat-tempat yang dimurkai Tuhan pemilik kerajaan langit dan bumi ini, iaitu jalan-jalan yang hina lagi keji.
"Berpuasalah dari memakan makanan yang haram, dan dari memakan riba kerana tubuh yang diberi makan dengan makanan yang haram, nerakalah yang lebih utama baginya.
Ahlan ya Ramadhan~! Let us pray that we come out of Ramadan with our faith recharged, gaining strength in our faith, commitment and relationship with ALLAH swt..ameen allahumma ameen~
0 comments:
Post a Comment