اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Monday, October 11, 2010

solusi membersih hati



Ramai orang tertanya-tanya berkenaan pembersihan hati.


"Bagaimana aku hendak bersihkan hati aku?"
"Aku sudah cuba untuk bersihkan hati, tapi tak berjaya."
"Ana dah mula buat baik, tapi tidak dapat istiqamah. Ana masih buat benda jahat lagi."


Ya, macam-macam kita dengar apabila masuk bab pembersihan hati untuk menjadi hamba kepada Ilahi ini. Kita semua tertanya-tanya cara membersihkan hati secara efektif. Sebab apabila kita berusaha, kita terasa sukar benar hendak membersihkan hati dan akhirnya kita kelelahkan dalam usaha mencucinya.


Bagaimana agaknya solusi pembersihan hati ini? Rasulullah sallallhu 'alaihi wa sallam ada bersabda, berkenaan pentingnya untuk menjaga hati : 
"Dalam jasad manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuh, jika buruk daging itu maka buruklah seluruh tubuh. Dan ketahuilah bahawa itu adalah hati." [HR Bukhari dan Muslim]


Sebab itu, kebanyakan manusia mampu merasakan satu urgensi untuk menjaga dan membersihkan hati mereka. Cuma, biasanya manusia sukar untuk bertemu dengan solusinya. Kenapa kita masih tidak dapat membersihkan hati kita? Mungkin itu persoalan yang kita fikirkan dalam kehidupan kita.


Hal ini kerana, dalam diri kita, kita masih menyimpan rasa cinta dengan dosa. Kemungkinan, daripada 100 dosa yang biasa kita lakukan, kita telah tinggalkan 99. Tetapi, ada 1 dosa yang kita langsung tidak boleh tinggalkan. Kita ada rasa cinta kepada dosa itu. Maka, ketahuilah bahawa kecintaan kepada dosa itulah yang menghalang jiwa kita daripada menjadi bersih.


Sahabat saya, Sahel bin Nordin pernah memberikan satu analogi berkenaan cara membersihkan hati. 
"Hati kita ibarat cawan yang kotor. Kalau kita sekadar isi air jernih ke dalam cawan yang kotor itu, kekotoran itu tidak akan hilang. Malah, air jernih itu yang akan dikotorkan. Tetapi, kalau kita isi air jernih, kita cuci, kita kikis kekotoran di dalam cawan itu, kemudian kita terus isi lagi air jernih, insyaAllah, kekotoran di dalam cawan akan hilang dan air di dalam cawan hanya tinggal air yang jernih."


Pada masa yang sama, sahabat saya Ammar bin Ismail menambah, 
"Macam air di dalam cawan bekas orang guna untuk minum kopi. Semasa serbuk-serbuk, keladak kopi itu masih ada lagi dalam cawan, kalau kita isi air jernih, air itu akan menjadi hitam. Yang perlu kita buat adalah buang keladak dan serbuk kopi itu dahulu."


Ya, masalah untuk kita membersihkan hati adalah apabila kita tidak terlebih dahulu merengkuh kecintaan kita kepada dosa-dosa kita. Kita masih suka melihat perempuan yang tidak menutup aurat, kemudian kita masih suka berjudi, kemudia kita hendak minta wujudkan hati yang sensitif dengan arahan Allah? Kita suka berbohong, kemudian kita bercita-cita hendak menyelamatkan dunia daripada kemungkaran?






Saya suka nukilkan kata-kata masyhur, anda semua sering mendengarnya.
"Dua cinta yang tidak boleh bersatu dalam satu masa adalah cinta kepada Allah dan cinta kepada maksiat."


Cikgu saya, Cikgu Azmi Bahari ada berkata, 
"Islam dengan jahiliyyah ini, ibarat minyak dan air. Tidak akan sesekali bercampur. Satu di selatan dan satu di utara. Selangkah kita mendekati Allah, kita selangkah meninggalkan jahiliyyah. Selangkah kita mendekati jahiliyyah, hakikatnya kita telah selangkah meninggalkan Allah."


Jadi, solusi yang kita dapat adalah, hendak membersihkan jiwa kita, hendak menjadi hamba kepada Allah, pertamanya kita perlu rengkuh segala kemungkaran yang melekat dalam jiwa kita dan kita perlu tolak semua ajakan buruk yang datang kepada kita. Walaupun jahiliyyan itu adalah jahiliyyah yang kita suka.


Kecintaan kita kepada dosa itu bukanlah alasan untuk kita terus berbuat dosa. Kalau kita fikirkan secara logik, apabila kita masih cintakan dosa, suka berbuat dosa, di manakah agaknya cinta kita kepada Allah semasa melakukan dosa itu? Cinta pasa siapakah yang lenih tinggi semasa kita berbuat dosa itu? Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
"Seseorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada dlaam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada dalam keimanan." [HR Muslim]


Cuba kita renungkan. Semasa kita melakukan dosa itu, sebenarnya kita telah tewas lantaran cinta kita kepada dosa. Kita lemas di dalamnya, lantas kita lupa untuk bernafas dalam jiwa kehambaan kita kepada Allah. Cinta kepada dosa, itulah yang menghalang jiwa kita daripada menajdi hamba yang sebenarnya. Itu yang menghalang kita daripada membersihkan hati kita.


Bagaimanakah agaknya hati kita bisa bersih, sekiranya perkara ini masih wujud dlaam jiwa kita? Mari sama-sama berusaha merengkuh kecintaan kepada dosa dalam hati kita!






p/s-sebuah cetusan perkongsian daripada saudara Hilal Asyraf
moga Allah meredhainya dan kita semua. amin.





1 comments:

aras said...

https://saglamproxy.com
metin2 proxy
proxy satın al
knight online proxy
mobil proxy satın al
872OLX

Post a Comment