اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Monday, October 18, 2010

Pasca Ramadhan

Ta'lim drs Muchlish 12/10


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, kami ahli halaqahjakarta masih mampu untuk terus berkongsi sesuatu di blog ini. Setelah sekian lama 'cuti Ramadhan', ta'lim drs Muchlish diadakan lagi seperti sedia kala. Untuk info adik2 junior'10, Ta'lim Drs Muchlish akan diadakan 2 kali sebulan setiap selasa. Biasanya tengah bulan dan akhir bulan. Jika ingin mendapat info ta'lim, boleh di add ym kami halaqahjakarta@ymail.com atau facebook kami 'Halaqahjakarta'.

Pasca Ramadhan?

Ketuk dada tanya iman. Bagaimana dengan Ramadhan kita yang lalu? Bagaiman kita menggunakan Ramadhan kita?

Pada ta'lim kali ini, ustaz hanya memberi ta'lim 'intro' mengenai pasca Ramadhan. Firman Allah;


Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.[QS Al-Insyirah,94;7-8]

Oleh itu, jangan hanya bulan Ramadhan sahaja kita cuba melakukan amal kebaikan, bulan-bulan yang lain juga perlu di'update' amalan kita. InsyaAllah. ramadhan hanyalah sebagai tarbiyah untuk melatih kita menjadi hamba yang bertaqwa. Agak-agak apa yang kita dapat dari puasa Ramadhan? Jom kita renung balik, adakah Ramadhan yang lalu membaik pulih iman kita?

Pendidikan dari Puasa Ramadhan

Membentuk sikap jujur.
'Ya Allah, dahaga nya aku. Kalau aku minum sikit, orang tak nampak ni'..tapi 'Tak boleh, Allah Maha Melihat. Allah sentiasa mengawasi hamba-Nya'..

Memiliki daya tahan yang tinggi, melatih diri menjadi lebih teguh dan tekun.
'Astaghfirullahala'zim, aku doakan wanita itu berjaya menutup auratnya kelak dan alhamdulillah, aku mampu menjaga pandangan'..

Menjadi orang yang bersedia meninggalkan kesenangan.
'Sorry kawan, aku tak boleh keluar tengok game. Malam ni nak terawih. Sayang ar tinggal terawih. Jom join kawan'..

Berdisiplin dan melakukan rencana dengan baik.
'Jam 4 wajib bangun sebab nak sahur. After sahur, pergi masjid jemaah subuh. Ada masa lagi, kuliah start jam 7.30. Boleh study sikit, InsyaAllah'..

Memiliki sifat dalam berjemaah.
'Malam ni, kita buka puasa sama-sama ye kawan. Saya masak. Tapi simple je la. Datang tau jangan tak datang..'

Alhamdulillah..jika puasa Ramadhan yang lalu mempu mendidik kita untuk jadi lebih baik, bersyukurlah dan moga kita diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang. InsyaAllah. Jangan pula setelah tamat Ramadhan..'Alhamdulillah tamat puasa sebulan. Aku dah bebas. Besok dah boleh seperti biasa. Dah tak perlu bangun awal.'..Itu hanya sebagai contoh.

Idulfitri? Aidilfitri?

Mungkin ejaan nya lain, tapi maksud nya sama, yaitu 'kembali kepada fitrah'. Apakah maksudnya dan apakah tanda-tanda seseorang itu kembali kepada fitrah? Yaitu kembali kepada jati diri manusia, sebagai hamba Allah. Firman Allah;

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.[QS Ar-Rum,30;30]

Fitrah juga berkait dengan hanif. Ertinya suatu sifat dalam diri kita yang cenderung memihak kepada kebaikan dan kebenaran. Dalam sebuah hadis disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.:

Kebajikan ialah sesuatu yang membuat hati dan jiwa menjadi tenang. Dan dosa ialah suatu yang terasa tidak keruan dalam hati dan terasa bimbang di dada. [HR Ahmad]

 Apakah tanda seseorang itu kembali kepada fitrah?
  • Tauhidnya makin mantap dan bersih.
  • Komitmen atau keterikatan dengan tujuan hidup makin kuat yaitu boleh rujuk [QS Az-Zariyat,51;56].
  • Sedar akan hidup ini sebagai perjuangan untuk terus menambahkan bekal untuk ke alam seterusnya.
Tanyalah wahai diri, adakah kita benar-benar mencapai aidilfitri?

Wallahu a'lam.

Nantikan info ta'lim seterusnya dari kami ahli Halaqahjakarta.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment