اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Sunday, April 18, 2010

Teman yang baik


Assalamualaikum wbt.

Sahabat yang baik


"Perumpamaan teman yang saleh dan teman yang buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang pandai besi. Adapun penjual minyak wangi jika tidak emmberimu, Anda akan membeli darinya atau anda akan emndapatkan bau wangi darinya. Adapun tukang pandai besi, jika pakaian anda tidak terbakar, anda akan mendapat bau yang tidak sedap darinya." [Muttafaq 'alaih]

Seseorang akan terpengaruh dengan temannya dan kepribadiannya akan dapat dikenali lewat pergaulannya dengan teman tersebut. Jika seorang Muslim sendirian, ia akan lemah dari beribadah kepada Rabb-Nya. Dengan demikian, ia pun memerlukan seorang teman yang dapat menguatkan motivasinya untuk berjalan menuju Rabb-nya.

Pergaulan yang menduduki tempat yang agung dalam Islam sehingga para nabi atau bahkan rasul-rasul Ulul Azmi juga mengambil sahabat-sahabat untuk diri mereka.

Nabi Isa a.s berkata;

"...Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?..."[QS 61;14]

Maksud dari ayat ini yaitu siapa yang akan emmbantuku dalam berdakwah di jalan Allah.

Rasulullah saw juga bersabda; "Kalaulah aku boleh mengambil kekasih (khalil) dari umatku, sungguh aku akan menjadikan Abu bakar sebagai kekasih. Namun, ia adalah saudaraku dan sahabatku."[Muttafaq 'alaih]

Teman yang baik akan selalu menjaga anda ketika tidak bersama, menampakkan kecintaanya jika anda mendatanginya, mendekatkan anda kepada Rabb andda, menunjukkan anda kepada kebaikan, mengingatkan anda kalau lupa, memotivasikan anda kalau lalai serta tidaklah mendengar darinya selain perkataan yang baik atau tindakan yang mulia.

Oleh itu, pilihlah seorang sahabat yang baik, seorang yang gemar amar makruf nahi mungkar. Banyakkanlah bergaul dengan orang-orang yang soleh, yang memiliki kebaikan, akhlak yang mulia, sikap wara' dan berilmu.

Semoga ukhuwwah ini sentiasa di bawah keredhaan Ilahi. Sentiasa lah sedekahkan senyuman yang ikhlas kepada sahabat-sahabat anda dan ucapkanlah;
أَحَبَّكَ الَّذِيْ أَحْبَبْتَنِي لَھُ.
Semoga Allah mencintaimu kerana engkau telah mencintaiku kerana Allah. [HR Abu Dawud, 4/333, dihasan oleh Albani]


Ukhuwwah fillah abadan abada. Fastabiqul khairat.

Sumber; Buku Kunci-Kunci Syurga karya Dr. Abdul Muhsin Al-Qasim.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment