اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Friday, October 30, 2009

Selamat Berwisuda

Assalamualaikum w.b.t

Tahniah buat mahasiswa Ukrida bagi angkatan batch 05 yang akan berwisuda besok 31 Oktober 2009. Setelah bertungkus lumus berusaha selama 4 tahun untuk teori dalam bidang kedoktoran ini, akhirnya tamat dengan jayanya. Seterusnya, akan diteruskan dengan praktikal.

Tahniah dari kami ahli Halaqah Jakarta!

Moga angkatan 05 akan terus berusaha untuk menjadi doktor yang terbaik dan bertaqwa..insyaAllah. Moga redha Allah bersama anda semua.

InsyaAllah..manjadda wajadda=)

Friday, October 23, 2009

Futsal Umsa 2009


Sempena pertandingan futsal yang akan berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad ini, kami dari Halaqah Jakarta (Biro Agama dan Pembangunan Insan) mengambil peluang untuk sama-sama kita bincang balik adab beriadah.

Ingat kawan-kawan, futsal itu sukan, sukan itu ibadah, dan tiada ibadah tanpa keredhaan Allah. Kami senaraikan sedikit sahaja, kita saling ingat-ingatkan.


1. Jom jaga aurat!
Lelaki dan wanita pastikan kita jaga pakaian yang sesuai. Paling penting sesuai menurut aturan tuhan. Lelaki awas akan seluar pendeknya dan wanita awas tentang lengan dan longgar bajunya.

2. Kita test siapa paling sabar!
Kita main ni untuk rapatkan ukhwah dan sihatkan badan. Badan yang sihat, petanda dari hati yang sihat. Jadi jangan cepat marah tau. Cool bro. Peace! =)

3. Takut ikhtilat!
Maksud ikhtilat paling ringkas, hubungan/ komunikasi /pergaulan antara bukan mahram yang Allah tak suka. Usahlah bertepuk tampar, pegang-pegang tangan dan sebagainya. Kita buat yang Allah suka je.


Kalau nak menang, minta pada Allah, Kalau nak minta pada Allah, ikut perintah Allah.
Selamat Berfutsal!

Nak test kuiz adab rekreasi/riadah? Klik sini.

Tuesday, October 20, 2009

Mulakan hari dengan membaca al-Fatihah

Assalamualaikum w.b.t.

Marilah kita mulakan hari kita dengan surah al-fatihah..bukan sahaja dibaca 5 kali sehari dalam solat malah harus diamalkan dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan. Bagi kita mahasiswa, tidak salah jika kita mulakan kuliah dan ulangkaji dengan pembukaan yang baik. InsyaAllah diberkati oleh-Nya.


Terjemahannya;

1.Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

2.Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam,

3.Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,

4.Pemilik hari pembalasan.

5.Hanya kepada Engkau lah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau lah kami mohon pertolongan.

6.Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,

7.(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Keutamaan Surah al-Fatihah

Surah ini adalah surah yang paling agung di dalam al-Quran.

Abu Sa'id bin Mu'allah berkata, "Pada suatu hari, aku sedang solat di masjid. Selesai solat, aku dipanggil Rasulullah. Kemudian Rasulullah bersabda, 'Aku akan mengajarkanmu sebuah surah yang teragungdi dalam al-Quransebelum engkau keluar dari masjid.'
Aku bertanya, 'Surah apakah itu wahai Rasulullah?'
Rasulullah kembali bersabda, 'Ia adalah surah segaa puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Ia adalah tujuh ayat yang diulang-ulang (dalam setiap rakaat) dan al-Quran yang agung yang diberikan kepadaku." [HR Bukhari, Abu Dawud dan Nasa'i]

Surah ini juga terdapat munajat antara hamba dan Allah swt.

Abu Hurairah mengatakan bahwa suatu saat Rasulullah bersabda,"Allah telah berfirman, 'Aku telag membagi (kandungan makna) surah al-Fatihah untukku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca,'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam', Allah akan membalasnya dengan berfirman,'Hamba-Ku telah memujiKu.'

Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang', Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memujiKu.'

Apabila dia membaca, 'Yang menguasai di hari Pembalasan', Allah berfirman, 'hamba-Ku telah mengagungkan-Ku, lalu Allah berfirman sekali lagi,'HambaKu telah memasrahkan urusannya kepada-Ku'.

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, hanya Engkaulah kami mohon pertolongan', Allah berfirman,'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta'.

Apabila dia membaca, 'Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat, Allah berfirman, 'Ini adalah hambaKu dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta."

[HR Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa'i, dan Ibnu Majah]

Moga-moga kita dapat membacanya dengan penuh khusyuk dan perlahan-lahan, terutama di dalam solat. InsyaAllah. Moga ibadah yang dilakukan diterima Allah.

Sumber; Tafsir Quran per Kata dilengkapi Asbabun Nuzul dan Terjemahannya, Dr.Ahmad Hatta.

Sunday, October 18, 2009

Cahaya di atas cahaya



...cahaya di atas cahaya, Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki..[QS 24; 35]

Cahaya di atas cahaya, yaitu cahaya iman di atas cahaya al-Quran.

Dua pokok yang merupakan penyeru dari-Nya adalah Al-Quran dan iman.

'Sesungguhnya keimanan itu turun ke relung hati orang-orang, setelah itu turun Al-Quran kepadanya. Maka terlebih dahulu mereka mengetahui dari keimanan kemudian mereka mengetahui Al-Quran. [HR Bukhari dan Muslim]

Dalam satu hadith riwayat Bukhari dan Muslim;

'Perumpamaan orang-orang mukmin yang membaca Al-Quran adalah seperti buah atrujah(limau), rasanya enak dan baunya harum. Perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran adalah seperti buah kurma, rasanya enak namun tidak memiliki aroma. Dan, perumpamaan orang munafik yang membaca al-Quran adalah seperti tumbuhan wangi-wangian, baunya harum tapi pahit rasanya. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah Hanzalah(labu), rasanya pahit malah tidak berbau.'

Di manakah kedudukan kita? Moga-moga ingin termasuk orang-orang mukmin yang membaca Al-Quran..InsyaAllah.

Al-Quran dan iman adalah dua cahaya yang diletakkan Allah di dalam hati setiap hamba-Nya yang Dia kehendaki. Kedua-duanya merupakan pangkal dari segala kebaikan di dunia dan akhirat. malah pengetahun tentang Al-Quran dan iman merupakan ilmu yang paling tinggi dan mulia. Bahkan, tidak ada ilmu yang dapat memberikan manfaat kepada pemiliknya kecuali ilmu AL-Quran dan iman.

Allah sentiasa menyebut dalam firman-Nya mengenai kedua cahaya ini..

"Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apa itu kitab Al-Quran dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami jadikan Al-Quran itu cahaya yang Kami tunjuki dengannya siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami...[QS 42;52]

Marilah kita perbanyakkan ilmu tentang Al-Quran..bukan sahaja dengan membacanya, malah mentadabbur, mengamalkan, mendakwahkan dan memahami..dengan ini, iman akan dapat ditingkatkan. InsyaAllah. Moga redha Allah bersama kita.

Sumber dari; Kunci Kebahagiaan; Ibnul Qayyum Al-Jauziyah

Betapa Memalukan Apabila..


Betapa Memalukan Apabila..

Bayangkan apabila Rasulullah tiba2 muncul mengetuk pintu rumah kita...
Baginda datang dengan tersenyum dengan muka bersih di muka pintu rumah kita...
Apa yang kita lakukan...

Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk baginda erat2 dan lantas mempersilakan baginda mmasuk ke ruang tamu kita...
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah s.a.w sudi menginap beberapa hari di rumah kita...
Baginda tetap tersenyum... ...

Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah s.a.w menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringatkan CD rated 18xxx yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkannya dahulu video tersebut ke dalam...
Baginda tetap tersenyum... ...

Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita setengah telanjang yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa
Barangkali kita akan memindahkan lafaz ALLAH dan MUHAMMAD yang ada di ruang sampaing dan kita meletakkannya di ruang tamu...
Baginda tetap tersenyum... ...

Bagaimana bila kemudian Rasulullah s.a.w bersedia menginap di rumah kita...
Barangkali teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu2 barat daripada menghafal selawat kepada Rasulullah s.a.w
Barangkali kita menjadi malu bahawa anak2 kita tidak mengetahui sedikit pun sejarah Rasulullah kerana kita lupa dan lalai mengajari anak2 kita...
Baginda tetap tersenyum... ...

Barangkali kita menjadi malu apabila anak2 kita tidak mengetahui satu pun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya, tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers dan Ninja Turtles
Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang solat...
Barangkali kita teringat bahawa perempuan di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah s.a.w
Baginda tetap tersenyum... ...

Belum lagi koleksi buku2 kita dan anak2 kita...
Belum lagi koleksi kaset kita dan anak2 kita...
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak2 kita...
Ke mana kita harus singkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita...

Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak pernah ke masjid
meskipun azan berbunyi...
Baginda tetap tersenyum... ...

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib keluarga kita masih sibuk di depan TV...
Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi...
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat...
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al-Quran...
Baginda tetap tersenyum... ...

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah s.a.w menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang sentiasa lewat di hadapan rumah kita...
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah s.a.w menanyakan tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita...
Betapa senyuman Baginda masih lagi di situ...

Bayangkan apabila Rasulullah tiba2 muncul di depan rumah kita...
Apa yang akan kita lakukan...
Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita...
Ataukah dengan berat hati, kita akan menolak baginda berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu....

Maafkan kami Ya Rasulullah....
Masihkan Baginda tersenyum....
Senyum pilu, senyum sedih, dan senyum getir....
Oh! Betapa memalukan kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah...

Ya Allah,betapa rindunya diriku pada Mu dan pesuruhMu...

copy paste dari link ini..

Moga bermanfaat pada kita..

Sunday, October 11, 2009

Tahajud Rasulullah s.a.w


Alhamdulillah..post yang lalu "Yuk!tingkatkan tahajud', telah kami nyatakan tentang kelebihan bagi hamba yang mengamalkan tahajjud.. InsyaAllah pada kali ini, post kami mengenai tahajjud Rasulullah s.a.w.

Ciri-ciri orang yang beriman telah Allah nyatakan dalam ayat-Nya, yaitu;

"Mereka yang sedikit sekali tidur di waktu malam; dan pada akhir malam mereka meminta ampun."[QS 51; 17 & 18]

Rasulullah sangat memperhatikan solat malam hingga diriwayatkan bahwa beliau pecah-pecah kedua telapak kakinya. Ini disebabkan kesungguhan beliau s.a.w yang luar biasa untuk melaksanakan solat malam.

"Sungguh Nabi s.a.w solat malam sehingga merekah kedua telapak kakinya. Aisyah berkata kepada beliau, "mengapa engkau melakukan hal ini, wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang?" Beliau menjawab, "Apa aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?"[HR bukhari dan Muslim]

Tidak ada batasan jumlah raka'at solat malam, berdasarkan sabda nabi;

Solat malam itu dilakukan dengan salam pada tiap dua raka'atnya. Jika salah satu kalian khawatir keburu datangnya waktu subuh maka hendaklah solat satu raka'at sebagai witir bagi solat-solat sebelumnya.[HR Bukhari dan Muslim]

Adab-Adab Rasulullah Seputar Solat Malam


Dari Ibnu Abbas, ia berkata;

Pernah Rasulullah bangun tidur, lalu menghilangkan rasa mengantuknya dengan cara mengusapkan telapak tangannya pada wajahnya kemudian membaca sepuluh ayat terakhir surah al-Imran.[HR Muslim]
Rasulullah membuka solat tahajud dengan dua rakaat ringan. Berdasarkan hadis dari Abu Hurairah bahawasanya, Rasulullah bersabda;

Jika salah seorang dari kalian mengerjakan solat malam maka hendaknya memulai solat malamnya dengan melaksanakan solat dua rakaat secara agak cepat.[HR Muslim]

Kita dianjurkan untuk solat malam dengan jumlah rakaat tertentu secara berterusan kerana amal yang paling Allah cintai adalah amal yang dikerjakan terus-menerus meskipun sedikit.[HR Bukhari dan Muslim]. Jika merasa sangat mengantuk, haruslah kita berhenti lalu tidur sekejap untuk hilangkan rasa mengantuk, lalu bangun untuk solat lagi.

Rasulullah s.a.w memanjangkan berdiri dan perbanyakkan ruku' dan sujudnya. Ini kerana solat yang paling utama adalah solat yang berdirinya lama.[HR Muslim]. Namun, buatlah semampu kita. Amalan yang sedikit namun berterusan itu lebih baik.

Akhirnya, hendaklah ditutup dengan witir. Ada disebutkan;

Barangsiapa yang mengerjakan solat malam maka hendaklah menjadikan witir sebelum subuh sebagai akhir solatnya. Kerana Rasulullah memerintahkan seperti itu.[HR Bukhari dan Muslim]

Yuk! Kita sama-sama berusaha untuk tingkatkan amalan kita yuk!

Hanya untuk mendapat redha-Nya..

Sumber dari : Buku 'Tahajud Nabi s.a.w' oleh Sa'id Bin Ali Wahf Al-Qahthani.

Friday, October 09, 2009

Solat Jumaat


Solat Jumaat ialah solat fardhu dua rakaat yang wajib dilakukan pada hari jumaat, secara berjemaah setelah mendengar khutbah. Hukumnya fardhu ain yaitu wajib dilakukan ke atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," - Al-Jumu'ah: 9
Tetapi sangat sedih kerana masih ada juga segelintir dari mahasiswa kita tidak menitikberatkan ibadah wajib ini.

Sabda Rasulullah SAW:
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." - HR Shahih Abu Dawud & Hakim.
Sebenarnya, banyak hikmah yang kita sebagai umat Islam dapat dari solat jumaat ini. Pada ketika ini lah, umat Islam berkumpul bersama, beribadah bersama, insyaAllah merapatkan lagi ikatan ukhuwwah sesama Muslim. Dengan berkumpulnya umat islam, miskin, kaya, tua, muda serta martabat dan darjat tidak lagi dikira. Ini menunjukkan tidak ada perbezaan antara umat Islam. Kita tetap hamba kepada yang Esa.

Hukum wajib ini akan hilang jika seseorang itu sakit, takut dizalimi,, musafir san juga ketika hujan lebat. Tetapi, mengapa masih ramai yang tidak menitikberatkan amalan wajib ini. Moga dapat memperingatkan diri ini dan juga sahabat-sahabat sekalian. Mudah-mudahan. bi'iznillah..

Thursday, October 08, 2009

Yuk! Tingkatkan Tahajjud!


Allah berfirman; "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku" [Surah Ad-Zariyat, 51; 56]

Menyedari akan hakikat kejadian manusia dan motif Allah menjadikan manusia untuk menghuni alam ini, maka kita sepatutnya berwaspada memenuhi waktu malam itu. Kalau waktu siang kita gunakan untuk keduniaan, maka marilah kita peruntukkan untuk berhubung dengan Allah pada waktu malamnya. InsyaAllah dengan cara ini, al-Wahn [cintakan dunia, lupakan akhirat] dapat dikikis dari diri.

Salah satu cara yang paling baik untuk berhubung dengan Allah ialah dengan bangun mengerjakan ibadat kepada Allah, khususnya solat Tahajjud pada waktu tengah malam. Sesungguhnya, bangun untuk beribadat, qiamullail banyak kelebihannya dan besar pahalanya. InsyaAllah.

Allah berfirman; "Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." [Surah Al-Isra'; 79]

Tetapi, satu persoalan berhubung dengan ini, mengapa Allah meletakkan masa tahajjud itu pada tengah malam ketika suasana sepi dan kesejukan?

Jawapannya, ialah kerana Allah mahu menguji hamba-Nya sejauh mana taatnya seorang makhluk yang mengaku dirinya bertuhankan Allah.