اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Sunday, July 26, 2009

Ringkasan taqlim Drs Muchlis Abdi

Sewaktu hadirnya kesedihan di hati kekasih Allah, Muhammad Ya Rasulullah, sebuah peristiwa agung telah berlaku pada suatu malam di bulan Rejab menjadi perjalanan rohani terlihatnya Rasulullah akan kebesaran Allah. Peristiwa isra' mikraj yang berlaku diakhir Rejab itu tercatat dalam Al-Quran dalam Surah Al-Isra' dan Surah An-Najm. Hal Isra' dikisahkan melalui ayat Allah ini:


Maksudnya:
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Surah Al-Isra': 1

Manakala mikraj pula terdapat pada ayat-ayat berikut:


Maksudnya:
Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, (13) Di sisi "Sidratul-Muntaha"; (14) Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa". (15)
Surah An-Najm: 13, 14 dan 15

Lantas surah Al-Isra', ayat 1 membawa pengertian yang mendalam dan akan dihuraikan satu persatu. Ayat ini dimulakan dengan ayat subhana (سُبۡحَـٰنَ), yang bermaksud Maha Suci Allah. Menurut Ulama' Ulumul Quran, jika terdapat ayat yang bermula dengan Allah memujiNya, setelah itu Allah akan menyampaikan suatu yang hanya dilakukan olehNya. Ini kerana peristiwa yang berlaku ke atas Rasulullah semasa Isra' ini tidak mampu dilakukan oleh manusia. Dan hanya dengan pertolongan dari Allah hal ini dapat dilakukan.

Seterusnya, bi'abdihi (بِعَبۡدِهِ) yang bermaksud hambanya. Yang dimaksudkan ini menunjukkan ia adalah Nabi Muhammad saw. Melalui ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa agama Islam berbeda dari Nasrani dan Yahudi yang menjadikan Nabi mereka sebagai tuhan. Walaupun Nabi Muhammad diberi tempat istimewa oleh Allah SWT, namun, Baginda tetaplah hanya sebagai hamba Allah.

Peristiwa isra' ini berlaku pada malam hari iaitu pada ayat laila ( لَيۡلاً۬). Sebahagian mufassirin (ahli tafsir) menyatakan bahawa peristiwa isra' ini terjadi pada malam hari sebagai ujian kepada Rasulullah. Pada waktu malam, pastinya tiada yang dapat melihat peristiwa yang berlaku keatas baginda. Oleh itu baginda mengharungi cabaran bagi menjelaskan peristiwa ini sedangkan tiada siapa yang menjadi saksi akan apa yang berlaku.

Dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa (مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا), pula membawa pengertian bahawa terdapat banyak Rasul yang dipilih Allah SWT menjadikan pusat dakwah mereka disitu (Palestin). Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa Nabi Muhammad bukanlah hanya ditugaskan berdakwah di Tanah Mekah, tetapi hingga ke Palestin.

Bumi Palestin (sekarang), ini merupakan tempat yang telah Allah berkahi (ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَ), dengan lahirnya ramai Nabi-nabi Allah bagi menyampaikan risalah wahyu. Di bumi tersebut lahirnya Nabi-nabi dari kalangan Bani Israil bermula dari keturunan Nabi Yaakub yang silih berganti menyampaikan firman tuhan.

Melalui ayat ( مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ), menjelaskan bahawa Allah meperlihatkan kepada Nabi Muhammad tanda-tanda kebesarannya. Sewaktu peristiwa isra' mikraj ini berlaku, Nabi Muhammad dalam keadaan bersedih kerana kehilangan dua orang yang baginda sayangi dalam tahun yang disebut 'tahun kesedihan' ('amul huzni).

Akhir ayat 1, Allah menjelaskan sifatnya yang Maha Mendengar akan segala penderitaan nabi saw, dan mengetahui akan segala sesuatu ( إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ).

Melalui sirah Nabi saw yang sampai pada kita ini, peristiwa penurunan perintah solat dan perjalanan yang dilalui pada Rasullah ini, benih-benih kecintaan haruslah wujud akan hati kita. Dan melalui solatlah hal bagi melahirkan rasa cinta tersebut. Setiap yang Allah perintah pasti ada hikmahnya.

Sewaktu Nabi saw, tiba di Masjid Al-Aqsa, Baginda ditemukan dengan Nabi -nabi terdahulu. Dan dari situ sedarilah kita bahawa setiap Rasul yang diwahyukan oleh Allah bagi menyampaikan risalah wahyu perhambaan diri hanya pada Yang Esa mengalami pelbagai cabaran dan dugaan. Ada yang hampir dibakar oleh kaumnya, dibunuh, dicerca dan pelbagai lagi cabaran yang dilalui oleh mereka hanya bagi menyeru kaum umat manusia kepada Allah SWT dan meninggalkan segala sembahan selain dariNya.

Oleh itu peristiwa isra' mikraj ini perlulah di soroti dengan pemahaman yang penuh agar melahir rasa ghairah untuk mengerjakan amal ibadat dan meninggalkan perkara yang dibenci Allah SWT. Janganlah biarkan ianya berlalu tanpa meninggalkan sebarang kesan atas diri kita.

Wallahu 'alam.

21 Julai 2009

Thursday, July 16, 2009

Mesyuarat Ringkas

Mesyuarat Ringkas: Biro Agama dan Pembangunan Insan (API)

Sesi 2009/2010

Perkara : Mesyuarat Ringkas Bagi Ahli jawatankuasa (AJK) Muslimin

Masa : 9.45 pagi - 11.15 pagi

Tarikh : 14 Julai 2009 (Isnin)

Tempat : Masjid Nurul Hikmah

Kehadiran : 4 Orang

Minit mesyuarat:

1. Perbincangan Aktiviti Bulanan

1.1. Taqlim Pak Romy diadakan dua kali sebulan.

1.2. Risalah Biro API diedarkan sekali setiap bulan.

1.3. Usrah kalangan ahli diadakan empat kali setiap bulan.

2. Perbincangan skop tugas unit

2.1. Unit Perhubungan

· Menelefon Pak Romy.

· Bertindak sebagai pengacara majlis.

· Menetapkan masa dan tarikh taqlim.

· Menghantar sebaran pemberitahuan taqlim.

· Menyediakan laporan taqlim (merangkumi kehadiran dan ringkasan isi taqlim).

2.2. Unit Penyediaan Tempat

· Menyediakan dan meguruskan tempat bagi sebarang aktiviti.

· Menyediakan alat bantu taqlim.

· Konfirmasi dengan pihak masjid bagi aktiviti yang hendak diadakan.

· Menyediakan makanan dan minuman.

· Memastikan kebersihan masjid semasa dan selepas aktiviti.

2.3. Unit Dana dan Waqaf

· Bertindak sebagai bendahari Biro API.

· Menyelia kutipan infaq ketika taqlim.

· Menyelia alatan surau Ukrida.

· Menjaga kebersihan surau Ukrida.

· Menyediakan saguhati bagi pihak penceramah.

· Menyelia tabung ahli (dikutip dikalangan ahli sebanyak Rp 3 ribu bagi setiap minggu).

2.4. Unit Penerbitan dan Dokumentasi

· Menyediakan risalah bulanan (sebanyak 65 keping bagi setiap edaran dan merangkumi untuk angkatan 2006, 2007 dan 2008).

· Promosi (berkaitan sebarang aktiviti keagamaan).

· Mengambil gambar ketika aktiviti diadakan.

· Mengemaskini blog (sekurang-kurangnya satu artikel baru dalam tempoh 2 minggu).

· Menyediakan flash (bahan multimedia) untuk program khas.

2.5. Unit Dakwah

· Menyelia usrah ahli (satu usrah bagi setiap minggu).

· Menyelia urusan ziarah jika terdapat pelajar yang sakit (menghadiahkan cenderamata hasil kutipan tabung ahli).

Jangan Pernah Berputus Asa



"Wahai orang2 yang beriman! jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."

(Surah Muhammad:7)

Wednesday, July 15, 2009

Syarat-syarat Lailahaillallah


“Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan
LAILAHAILLALLAH (Tiada Tuhan yang patut disembah kecuali ALLAH s.w.t) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti ditengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman”. (HR Muslim)

Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH s.w.t.
Seorang Muslim wajib menerapkan dan mengetahui apakah maksud di sebalik
lailahaillallah..Apakah syarat2 yang harus ada pada seorang Muslim supaya sesuai
ucapan dengan perbuatan.

Sentiasa Membaca Al-Quran

Membaca al-Quran adalah seperti mengajak bicara dengan Allah. Allah telah menyatakan
firmanNYA dalam suatu ayat;

'Perumpamaan orang-orang yang diberi tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak
membawanya(mengamalkannya) adalah seperti keldai yang
membawa kitab-kitab yang tebal.

[62;5]

Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda:
Orang yang pandai membaca Alquran akan bersama para rasul yang mulia
dan taat-taat. Adapun orang yang membaca Alquran dengan
tersendat-sendat karena sulit baginya membaca Alquran, maka ia mendapat
dua pahala.[Hadith Muslim:1329]

Seseorang Muslim harus membaca, mentadabbur, memahami, mengamalkan dan
mendakwahkan al-Quran.

Ikhlas

Ikhlas adalah buah dan intisari dari iman. Seorang tidak dianggap beragama dengan
benar jika tidak ikhlas. Katakanlah:
“Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah,
Tuhan semesta alam.” [6: 162].
Rasulullah saw. bersabda, “Ikhlaslah dalam beragama; cukup bagimu amal yang sedikit.”

Cinta

Cinta yang membawa kepada keredhaan adalah cinta kepada yang Esa. Jika kita mencintai
sesuatu, kita sentiasa menyebutnya. Oleh itu, jika mencintai Allah, sentiasalah menyebut
nama Allah.

Menerima

Seorang Muslim harus sentiasa menerima segala ketentuan Allah, yakin dengan ketentuannya,
rela diatur Allah dan semua yang ada di dunia ini hanyalah manfaat untuk hambaNya.

'...Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu
tidak mengetahui.'[2;216]

Melaksanakan

Seorang Muslim mesti amar makruf semaksimal mungkin dan melaksanakannya
sesuai dengan ucapan.
Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah.

''Rasul telah beriman kepada Al Qur'an
yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang
beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya,
kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak
membeda-bedakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul
rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat". (Mereka
berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat
kembali". [2;285]


Solat

Dalam solat, tatacara tidaklah menjadi ukuran tetapi pemahaman dalam ayat-ayatnya
lebih penting. Walaupun tatacara benar, tapi tidak memahami dan tidak khusyuk dalam solat,
solat masih tidak elok. Orang yang berusaha keras dalam ibadah dan kehidupan akan mendapat
kehormatan dari Allah.

'Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut
nama Allah
gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka
ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhan-lah
mereka bertawakal,(yaitu) orang-orang yang mendirikan salat dan yang menafkahkan
sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan
memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan
serta rezeki (nikmat) yang mulia
.'[8;2-4]

InsyaALLAH..muga kita menjadi Muslim yang sebenar-benar Muslim.
'Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus'
[Muga Allah redha]

Ringkasan Ta'lim Drs Muchlish Abdi

Tuesday, July 14, 2009

Tazkiyatun Nafs (Pembersihan Jiwa) dan Akidah





Monday, July 13, 2009

Ciri-ciri Seorang Da'i


Layakkah diri ini digelar seorang da'i?

Da'i merupakan penyeru, sama ada menyeru manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan laranganNYA. Apakah yang harus ada pada seorang da'i? Para Da'i dituntut supaya memahami agama, menunjukkan teladan yang baik, sabar, lemah lembut, memberi kemudahan, tawadhu', murah senyum dan perkataan yang baik, pemurah serta suka membantu orang lain.

Kepahaman tentang Agama

Untuk bergelar da'i, seseorang itu haruslah memiliki pemahaman yang memadai tentang Islam. Setidaknya, ia mampu membezakan antara yang halal dan yang haram.

'Wahai manusia, sesungguhnya ilmu hanya akan didapat dengan belajar, sedang pemahaman hanya akan didapat melalui pendalaman, dan barang siapa yang dikehendaki ALLAH baik maka ia akan diberi kepahaman dalam agama, sesungguhnya yang takut kepada ALLAH dari hamba-hambaNya adalah ulama' [HR Bukhari]

Apakah seorang da'i dikatakan sebagai da'i yang benar dan berada dalam petunjuk jika tidak membekali dirinya dengan kepahaman tentang Islam?

Teladan yang Baik

Al-Quran telah menyampaikan ancaman bagi mereka yang ucapannya tidak sesuai dengan perbuatan ;

"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
[61;2-3]

Kesabaran

Rasulullah s.a.w terkenal dengan sifat sabarnya dalam mengerjakan dakwah kerana kesabaran merupakan separuh keimanan. Dengan sifat sabar pada para ulama', Islam berjaya berkembang dan menakluki 2/3 dunia.

"Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bersabar"[2;153]

Santun & Lemah Lembut

Rsulullah s.a.w bersikap santun terhadap orang yang bertindak bodoh, memaafkan orang yang menzalimi, memberi kepada orang yang tidak memberi dan menyambung hubungan orang yang memutuskan hubungan. [HR Thabrani& al-Bazzar]

Allah mencintai kelembutan dalam segala hal termasuklah menjaddi seorang da'i. Masyarakat juga membenci kekerasan dan akan menjauhi pelakunya.

Mempermudah & Mempersulit

Salah satu sifat yang membantu para da'i agar dakwahnya bisa diterimaadalah mempermudah dan bukan mempersulit dalam emnyelesaikan beberapa persoalan.

"Mudahkanlah dan jangan mempersulit, semangatkanlah mereka dan jangan membuat mereka lari"[HR Bukhari-Muslim]

Tawadhu' dan Merendahkan Sayap

3 puncak tawadhu' adalah memulai salam kepada orang yang ditemuinya, rela di tempat rendah di tengah majlis yang mulia dan membenci riak serta popularitas. Da'i yang bersikap tawadhu' bisa hidup dan bergaul dengan sesiapa sahaja, bisa berbicara kepada setiap orang, menziarahi bahkan mencintai semua manusia.

Muka berseri-seri & Perkataan yang Baik

Wajah adalah lambang bagi seorang da'i bahkan wajah merupakan cermin yang merefleksikan kejiwaan. Mengenai ucapan yang baik, banyak nash Al-Quran dan al-Hadith yang menganjurkannya;

"..serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia.."[2;83]

'Perkataan yang baik adalah sedekah' [HR Bukhari]

Dermawan dan Berinfaq kepada Orang Lain

Allah menyebutkan sifat orang mukmin yaitu;

"orang-orang yang sabar, yang benar, yang taat, menafkahakn hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun di waktu sahur"[3;17]

Melayani Orang Lain & Membantu Keperluan Mereka

Rasulullah s.a.w bersabda; 'Barangsiapa yang tidur tanpa peduli terhadap permasalahan kaum Muslimin maka ia tidak termasuk golongan mereka.'
Kebutuhan manusia bukanlah dipenuhi dengan harta kekayaan tapi haruslah dipenuhi dengan akhlak.

Ringkasan dari Buku Isti'ab Meningkatkan Kapasitas Rekrutmen Dakwah.

[maaf post yang terlalu panjang-muga Allah redha..InsyaALLAH]

Sunday, July 12, 2009

Mesyuarat Pertama AJK API Sesi 2009/2010

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah wa syukran lillah..

Mesyuarat pertama AJK Biro API bagi sesi 08/09 telah dilaksanakan dengan lancar pada 19 Rejab 1430H bersamaan dengan 12 Julai 2009 bertempat di Masjid Nurul Hikmah bermula jam 8 pagi. Mesyuarat ini adalah sebagai agenda tahunan Biro Agama dan Pembangunan Insan, bertujuan untuk melestarikan wacana ilmiah dalam setiap kegiatan biro agama dan juga untuk memperkenalkan kepimpinan baru dan lama API kepada semua AJK Biro API dan Majlis Tertinggi UMSA.


Sebelum mesyuarat bermula, telah diadakan suatu ceramah tentang 'Refleksi dan Tindakan' oleh Ustaz Rohmani. Dalam ceramah tersebut, penceramah menekankan prinsip-prinsip dasar kehidupan, yaitu :-
* Etika
* Kejujuran dan Integritas
* Bertanggungjawab
* Hormat pada aturan dan hukum masyarakat
* Hormat pada hak orang lain
* Cinta pada pekerjaan
* Berusaha keras untuk menabung
* Mau bekerja keras
* Tepat waktu

Cintakan duniawi dan takut pada kematian adalah salah satu punca kegagalan dalam kehidupan kita. Kita sebagai umat Islam harus meletakkan Islam sebagai keutamaan kita dalam kehidupan seharian. Sikap yang membelakangkan Islam akan menyebabkan agama, negara dan bangsa jauh terkebelakang. Prinsip-prinsip dasar kehidupan ini tidak akan terlaksana dengan adanya pengaruh budaya Barat, berlaku penindasan ataupun penipuan. Sebagai generasi seterusnya, kita haruslah menerapkan nilai keislaman dalam diri supaya agama Islam kembali gemilang seperti dahulu. Jadikan agama Islam sebagai agama yang syumul.

Seterusnya, majlis diisi dengan Bedah Buku Isti'ab dalam Meningkatkan Kapasitas Rekrutmen Dakwah oleh Ustaz Ismeidas. Sedikit sebanyak tentang bedah buku.

Isti'ab yaitu daya tampung, merupakan kemampuan da'i untuk menarik objek dakwah dan merekrut mereka dengan segala perbedaan intelektual, kejiwaan, status sosial dsb. Seorang da'i dituntut supaya lebih memahami agama, memberikan teladan yang baik, sabar, lemah lembut, memberi kemudahan, tawadhu' dll. Da'i yang benar adalah da'i yang hidup untuk orang lain dan bukannya untuk diri sendiri, berusaha untuk orang lain meskipun harus mengorbankan kebahagiaan peribadi.

Penceramah menekankan Sifat seorang Muslim yang mana juga telah dinyatakan dalam Al-Quran;

'Wahai nabi! Sesungguhnya Kami mengutusmu untuk menjadi saksi, pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan, dan untuk menjadi penyeru kepada agama Allah dengan izin-Nya dan sebagai cahaya yang menerangi.' [Surah Al-Ahzab; 45&46]

'Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.'[Surah Al-Imran;102]

Konsep seorang Muslim adalah IMAN. Untuk mencapai iman, seorang Muslim itu harus berilmu, yakin, akhlak yang baik dan bertaqwa. Oleh itu, sebagai seorang Muslim, kita wajib untuk belajar Islam dan seterusnya berdakwah agar Islam terus berkembang.

InsyaALLAH bi'iznillah.
Muga ALLAH redha.

Wassalam.