اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Sunday, December 13, 2009

sabarlah

Assalamualaikum wbt.

sering kali,sebagai hambaNya,kita diuji dengan pelbagai ujian..ujian kecil,,ujian besar..sepertinya ia sering mengekori diri..lantas, apa tindakan kita sebagai seorang yang dikurniakan akal fikiran yang waras dalam menangani ujian tersebut?

ramai yang kalah dengan ujian kerana mereka berfikir setelah bertindak..malah ada yang langsung tidak berfikir!

sebagai hambaNya yang dikurniakan akal yang waras dan sihat,,seharusnya kita berfikir sebaik-baiknya sebelum melulu membuat langkah! ini tidak. padahnya, jatuh tersungkur, menanti tangan dihulur untuk bangun dari rebah yang menyakitkan.

dalam menangani cubaan dari AllAh ini, kita juga harus memiliki sifat sabar. seperti firman AllAh:

''Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.'' [2;45]

dalam ayat ini jelas AllAh menyuruh kita bersabar kerana Dia Maha Mengetahui bahwa kesabaran itu sebagai penolong umat manusia. cuba bayangkan nasib orang yang terlalu gopoh dalam menangani masalah tanpa disertai sifat sabar.

dan AllAh itu tidak sewenang-wenangnya menyuruh kita bersabar. ada ganjarannya. ada hikmahnya untuk hamba-hambaNya yang bersabar dengan penuh kesabaran demi mengharapkan redha AllAh. seperti firman AllAh"

"dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat" [ 13; 22]

wallahua'lam..

0 comments:

Post a Comment