اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Monday, July 19, 2010

Majlis Berbuka Puasa Perdana dan Ta'lim Persiapan Ramadhan


Assalamualaikum sahabat semua :)

Pintu madrasah Ramadhan bakal dibuka tidak lama lagi. Sudah terasa bahangnya kan :) Bagaimana dengan persediaan kita? Sudah bersediakah? Ayuh mula dari sekaranglah kita seharusnya sudah menjinak-jinakkan diri untuk berusaha bangun qiam, mempergiat bacaan Al-Quran, memperbanyak zikirullah dan melatih diri untuk biasakan bersedekah dan amalan-amalan sunat yang lain. Kerana inilah cara terbaik untuk meraikan kedatangan Ramadhan yang tidak sampai sebulan saja lagi. InsyaAllah dengan latihan-latihan intensif di bulan Syaaban ini kita dapat mempersediakan diri untuk terus beristiqamah di bulan turunnya Al-Quran itu nanti agar tidaklah seolah-olah terjadi "cultural shock" kepada diri ya. :) Jadi, jom puasa sunat!

InsyaAllah pada hari khamis bersamaan dengan 22 Julai 2010, akan diadakan suatu majlis berbuka puasa beramai-ramai, dan semua pelajar dijemput hadir . Semua juga sangat digalakkan berpuasa sunat pada hari tersebut sempena hari khamis dan sempena bulan Syaaban :D


Hadis daripada Aisyah r.a. katanya :"Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w telah menyempurnakan puasa selama sebulan penuh kecuali bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah telah berpuasa dalam sebulan lebih daripada puasa baginda pada bulan Sya'aban."
[HR Bukhari dan Muslim]


Berikut adalah info tentang buka puasa ini :

Tarikh : 22 Julai 2010
Masa : 5.00 pm - 9.30 pm
Tempat : Majlis Nurul Hikmah


Tentatif majlis adalah seperti berikut :

4.00pm-5.00pm : Persiapan untuk program dan kedatangan
5-00pm-5.30pm : Persiapan bahan berbuka
5.30pm-5.50pm : KulTiM
5.50pm-6.00pm : Berbuka dengan makanan ringan
6.00pm-6.15pm : Solat Fardhu Maghrib berjemaah (bawah)
6.15pm-7.00pm : Makan berat (kalau ada kosong, sebagai waktu rehat dan persiapan solat Isyak)
7.00pm-7.30pm : Solat Isyak berjemaah
7.30pm-9.30pm : Ta'lim
9.30pm : Selesai


1. Program anjuran PKPMI ini dijalankan untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar-pelajar Ukrida.

2. Semua pelajar dijemput hadir ya :D

3. Infaq adalah sebanyak rp 20k (15k utk persiapan berbuka, 5k untuk penceramah)

4. Infaq bolehlah dibuat selewat-lewatnya hari selasa dan boleh menyerahkan kepada nama-nama berikut :

  • Batch 09 - Hani Idzaida
  • Batch 08 - Masliana
  • Batch 07 - Zainoor Ain
  • Batch 06 & 05 - Siti Noraishah (nor_aishah91@yahoo.com.my)

Bagi yang berminat tetapi mempunyai masalah dengan pembayaran boleh langsung merujuk kepada Aishah 09 ya. Pelajar non muslim turut dijemput hadir dan digalakkan menyertai (bayaran 15k).

Datanglah beramai-ramai memeriahkan majlis dan mengeratkan lagi ukhuwah yg terbina :)

Yuk! siapkan diri sebelum melangkah ke Madrasah Ramadhan, agar kita dapat graduasi dengan cemerlang dalam tempoh 30 hari itu! :)



0 comments:

Post a Comment