اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Wednesday, July 07, 2010

Bagaimana Mewujudkan Masyarakat Islami?

Ta'lim Drs Muchlish 22/06/2010

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah. InsyaAllah kali ini sedikit perkongsian mengenai tajuk yang disampaikan oleh Drs Muchlish pada majlis Ta'lim 22 Juni yang lalu.

Bagaimana Untuk Mewujudkan Masyarakat Islam?

*Perbaiki peribadi untuk menjadi Muslim yang kaffah

Yaitu Muslim yang kuat aqidahnya, benar ibadahnya [dari segi filosofi-maksud & tujuan ibadah dan juga dari segi cara], mulia akhlaknya yang merangkumi cara berfikir dan cara mensikapinya. Muslim yang kaffah juga mampu mencari rezeki yang halal, mampu menjaga hawa nafsu, sentiasa bermanfaat pada orang lain dan manfaatkan waktu.

*Membina rumah tangga yang Islami


Pernikahan bukan hanya untuk melengkapi pasangan masing-masing, malah yang lebih penting tujuannya adalah untuk ibadah. Oleh itu, Rasulullah saw telah bersabda;
“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))
Agama yang baik akan merangkumi seluruhnya. Tujuan rumah tangga dibina hanyalah semata kerana redha Allah.

*Memberi petunjuk kepada masyarakat dan membimbing mereka nilai-nilai dalam masyarakat dengan amar makruf nahi mungkar.
Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.
[HR Muslim]
*Membebaskan tanah air dari genggaman musuh Islam. Elakkan dari diri kita dijajah dalam bentuk ekonomi, kuasa dan juga minda.

Teruskan Peduli Palestin =)!

*Memperbaiki pemerintahan Islam. Wujudkan suasana Islam dalam sesebuah negara. Pemimpin meminkan peranan dengan menjalankan amanah.


Setakat ini sahaja perkongsian dari kami ahli Halaqahjakarta.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment