اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Monday, May 31, 2010

Islam dan Palestin


Assalamualaikum wbt.

"Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam kitab itu; "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau".[QS Al-Israa',17;4]

Baru-baru ini, info dari Lifeline4Gaza, kapal Mavi Marmara telah diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa 31 Mei. Seramai 12 orang dari Malaysia yang turut berada di atas kapal tersebut. Boleh rujuk di link di bawah.


Hmm..mereka telah melakukan sesuatu untuk selamatkan Palestine. Tapi kita? Adakah dengan hanya mengeluarkan kata-kata kesat kepada tentera Israel dapat membantu rakyat Palestine?
Daripada Abu Sa'eed al-Khudri r.a, beliau berkata; aku mendengar Rasulullah saw pernah bersabda; Sesiapa dari kalngan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman. [HR Muslim]
Menurut info terkini dari Al-Jazeera.Net, 19 orang telah terbunuh dan yang lain tercedera. Dari Harakahdaily, menyatakan salah seorang ahli konvoi dari Malaysia selamat tapi yang lain masih tidak diketahui.

Sahabat-sahabat boleh juga click pada;
* youtube tentang kejadian serangan kapal Mavi Marmara, konvoi yang mana untuk menghantar bantuan kepada rakyat di Gaza.
* Saifulislam.com mengenai Palestin memanggil kamu kepada Islam.

Kerjasama umat Islam amat diperlukan. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga saudara-saudara kita terselamat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah. Moga Allah memberkati niat tulus itu. Yuk!

Wednesday, May 19, 2010

Miliki Sifat Malu



Assalamualaikum wbt.

Malu adalah sebahagian daripada iman. Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Pentingnya memiliki sifat malu. Kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang. Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar. Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya. Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu ‘anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.”
(HR Bukhari)

Ajaran para nabi sejak dulu hingga nabi terakhir, Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam ada sebahagiannya telah luput. Namun, malu adalah antara ajaran yang tidak luput hingga sekarang. Ini menunjukkan bahawa malu mempunyai nilai yang tinggi di dalam agama.

Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu” bukanlah kata-kata galakan untuk manusia berbuat sesuka hati. Tetapi ia bermaksud ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan. Maksud ayat tersebut juga adalah ingin memberitahu bahawa malu adalah perisai kepada diri seseorang. Tanpa malu, seseorang akan terdedah untuk melakukan kemaksiatan.

Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu. Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal. Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua. Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata: “Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman.”

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.”
(Shahih Muslim No.50)

Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda: “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.”
(Shahih Muslim No.53)

Letaklah malu pada tempat yang benar. Ibarat pepatah melayu, 'Malu bertanya sesat jalan'. MOga Allah mempermudah segala urusan kita. Wassalam.

Dakwah di Jalan Allah



Assalamualaikum wbt.

Sebaik-baik amal di sisi Allah ialah berdakwah di jalan Allah, sedangkan perkataan seorang da'i dalam timbangan Allah ialah sebaik-baik perkataan. Allah berfirman;
Siapakah yang lebih baik daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata;"Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?"[QS Fussilat,41;33]
Rasulullah saw. bersabda;

"Barangsiapa yang telah menunjukkan kepada kebaikan, maka baginya seperti pahala pelaku kebaikan itu."[HR Muslim]

Firman Allah dalam surah Al-Asr,103;1-3, menyebutkan manusia itu dalam kerugian kecuali kalai ia telah melaksanakan empat kewajipan yaitu;
^ Beriman kepada Allah
^ beramal saleh
^ saling menasihati dalam kebenaran
^ bersabar dalam mengerjakan pekerjaan
Oleh itu, berdakwahlah dengan penuh sabar, dengan cara hikmah dan lemah lembut.

Saya senang berdakwah, tapi bukan termasuk orang yang pandai bicara. Maka apa yang patut saya lakukan ye?

Nabi Musa a.s ialah seorang nabi yang merasakan kakunya lidah dalam memberikan penjelasan dan beliau memohon kepada Allah dengan;
Berkata Musa; "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku, dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, (yaitu) Harun, saudaraku, teguhkanlah dengan dia kekuatanku, dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku, supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau, dan banyak mengingat Engkau."[QS Tahaa,20;25-34]
Teruskan berdakwah baik secara lisan, harta maupun pena. Semoga Allah mempermudah segala urusan untuk amar ma'ruf nahi mungkar. InsyaAllah. Amiin. Wassalam.

Monday, May 17, 2010

"Fastabiqul Khairat"




Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan nikmat sihat, iman dan Islam kepada kita semua. Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw. Moga redha Allah sentiasa disusuli di atas setiap perbuatan kita. Amiin.

Baru-baru ini Ta'lim Masjid Assalam telah diadakan yang bertajuk 'Berlomba-lomba melakukan kebaikan' oleh Ustaz Athoillah Muslim. Di sini, kami ahli Halaqahjakarta ingin berkongsi sedikit mengenainya, moga membawa manfaat bersama.

3 'points' yang ustaz tekankan dalam majlis adalah;

1) Kebaikan berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Imran;2 ayat 133-135, yaitu;

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa, (yaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang dan sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan, dan juga orang-orang yang mengerjakan perbuatan keji atau menczalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui."

Allah juga berfirman dalam ayat seterusnya;

"Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal."[QS 2;136]

2) Menghormati tetamu. Rumah yang baik adalah rumah yang sering datangnya tetamu dan rumah yang baik itulah yang penuh redha Allah. Tamu ibarat pembawa rezeki dan keluarnya membawa dosa-dosa kita ke lautan.

3) Mencari ilmu. Firman Allah bagi hamba-Nya yang tidak jemu mencari ilmu;

'Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu,"Berilah kelapangan di dalam majlis-majlis,"maka lapangkanlah, nescaya ALlah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan ,"Berdirilah kamu," maka berdirilah nescaya Allah akan mengangkat derajat orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan ALlah Maha teliti apa yang kamu kerjakan.'[QS 58;11]
Manusia. Manusia adalah makhluk Allah yang paling sempurna.
Allah ciptakan hujan untuk basahkan bumi. Allah ciptakan kita airmata.
Allah ciptakan petir. Petir manusia pula adalah bersin.
Allah ciptakan matahari yang dapat menyinari bumi. Allah ciptakan kita mata untuk melihat ciptaan-Nya.
Allah ciptakan pepohon untuk menutupi bumi. Allah ciptakan kita rerambut.
Allah ciptakan gunung sebagai penguat bumi. Allah ciptakan kita tulang belakang supaya kita berdiri teguh.
Dan Allah kurniakan kita akal untuk kita memikirkan ciptaan-Nya.
Ucapkanlah alhamdulillah atas segala kurniaan-Nya. Alhamdulillah.

Thursday, May 06, 2010

Pengumuman Ta'lim


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw. InsyaAllah. Majlis Ilmu yang dinantikan tiba lagi..yuk~! Luangkan masa untuk pengisian rohani. InsyaAllah Allah perkuatkan jasmani dan mental.^^v

Majlis Ta'lim Assalam akan mengadakan Ta'lim Akbar Bulanan, insyaAllah pada;

Sabtu
08 Mei 2010
Jam 19.30 malam
Masjid Jami Assalam

Tema ta'lim
| "Fastabiqul khairat" || Berlomba-lomba berbuat kebaikan |

disampaikan oleh
Ustaz Atho'illah Muslim



[sila click pada gambar untuk lebih jelas lokasi dan waktu ta'lim]

"Dan barang siapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik."[QS 17;19]

Seterusnya, ta'lim mingguan Drs Muchlish di Masjid Nurul Hikmah akan berjalan seperti biasa 2 kali sebulan pada hari Selasa. InsyaAllah. Ahli Biro Halaqahjakarta akan terus menyampaikan info ta'lim. Add ym kami bagi mahasiswa Ukrida supaya lebih mudah untuk mendapatkan info-info ta'lim.

YM halaqahjakarta;
halaqahjakarta@ymail.com

MOga Allah permudahkan segala urusan kita. InsyaAllah. Wassalam.