اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Thursday, March 04, 2010

Ta'lim Drs Muchlish 16/02/2010

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Tanggal 16 Februari yang lalu, ta'lim Drs Muchlish berjalan dengan lancar.

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh nyata bagi kamu. [QS 2;208]

Dalam kitab al-Quran, 4x Allah telah mengulang ayat ini. Tidak dinafikan lagi bahwa syaitan itu adalah musuh Islam.
Ustaz sentiasa mengingatkan, bahwa dunia ini ibarat tanaman. Maka berusahalah untuk menyuburkan tanaman itu. Pasti, hasilnya adalah yang terbaik. Sebagai Muslim, jika rukun iman dipahami dan rukun Islam dilaksanakan dengan baik, insyaAllah, hasil yang Allah berikan adalah yang terbaik.

Ibadah yang baik, sah dan mencapai maksud akan diterima Allah jika disertai ilmu;
* kaifiat (tatacara)
* kefahaman
Jika tatacara benar, tapi kita tidak memahaminya, membuatkan kita menjadi keliru.

Siapa yang takut kepada Allah, Allah akan membuat segala sesuatu takut kepada kita, insyaAllah. Jika takut selain Allah, maka Allah akan membuat kita takut ddengan segala sesuatu.

Sebagai Islam, kita wajib bersikap optimis bukan lah pesimis. Bagaimana?

Dari sumber SaifulIslam.com, [harus dibuka dengan bypass]

Pesimis adalah kesimpulan hasil fikir dan persepsi pada cara melihat, yang menafsirkan segalanya dari sudut yang buruk. seorang yang pesimistik dalam pemikiran, berkecenderungan untuk melihat sisi gelap terhadap segala sesuatu. Sentiasa bermonolog negatif dan melahirkan dialog yang negatif. Tidak percaya pada peluang diri untuk berubah, tidak percaya pada peluang masyarakat untuk meningkat dan tidak percaya hasil krisis kepercayaan diri.

Berbeda dengan optimis, yang mana kesimpulan hasil fikir dan persepsi pada cara melihat, yang menafsirkan segalanya dari sudut yang baik. Sentiasa berfikir positif.

Contohnya,

A; Aku dah buat salah. Aku dah buat dosa besar. Bagaimana aku nak berdepan dengan Allah? Pasti Allah murka. Pasti Allah dah cop aku ni buruk.

B; Aku dah buat salah. Aku dah buat dosa besar. Tapi aku yakin Allah Maha Mengampuni dosa-dosa besar bagi yang benar-benar bertaubat. Jadi, yang perlu aku buat sekarang, aku mesti berhenti dari mengulang kesilapan lama, bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangnya lagi.

Kasus di atas, A dan B sama-sama melakukan kesalahan yang besar tapi cara pandangnya berbeda. A adalah pemikir pesimis dan B adalah optimis yang mana yakin bahwa Allah Maha Penyayang Maha Pengampun.

Ustaz memberi contoh dari kisah Nabi Adam dan Hawa yang termakan bisikan iblis. Allah bagi contoh Nabi Adam kerana Nabi Adam adalah manusia yang mana manusia adalah makhluk yang ada sifat baik dan sifat buruknya. Ibaratnya, kita mempunyai dua dimensi yang mana boleh menghala kita ke arah kebaikan atau juga keburukan. Jadi, sentiasa berhati-hati dan bersikap optimis lah dalam melakukan sesuatu. Semestinya, kita sebagai khalifah di muka bumi ini, berfikirlah secara optimis. Ubahlah cara berfikir kepada yang lebih baik.


Wassalam.

0 comments:

Post a Comment