Tanggal 3 Mac/Maret 1924, telah berlakunya sejarah hitam bagi umat Islam yang mana Daulah Khilafah yang telah dibangunkan oleh Rasulullah saw di Madinah telah dihancurkan oleh La'anatullah Mustafa Kamal Attartuk ketika di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniyah setelah wafatnya Sultan Abdul hamid.
[boleh click pada gambar untuk lebih lanjut]
Daripada an-Nu'man bin Basyir, beliau berkata, suatu hari kami duduk-duduk di masjid Rasulullah saw. Basyir bin Saad adalah seorang yang tidak banyak bercakap. Lalu datang Abu Tsa'labah dan beliau berkata, wahai Basyir bin Saad, apakah kamu menghafal Hadith Rasulullah saw tentang kepimpinan (al-Umara')? Lalu Huzaidfah berkata, aku menghafal khutbah Baginda saw. Lantas Abu Tsa'labah al-Khashniyy duduk dan Huzaifah berkata, Rasulullah saw bersabda;
Kenabian akan berada bersamamu selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya. Kemudian akan tiba pula zaman Khilafah di atas Manhaj Kenabian selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya. Kemudian datang pula zaman raja yang menggigit (Malikun 'Aadhun) selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya. Selepas itu muncul pula zaman raja yang diktator (Malikun Jabriyyah) selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya. Kemudian akan hadir pula zaman Khilafah di atas manhaj kenabian. [HR Ahmad, Abu Daud, At-Tarmizi]
Bermula dari 28 Rejab 1342H (3 Mac 1924) ini lah, Daulah Khilafah yang selama ini membawa Islam telah lenyap. Bermula dari situlah, berlakunya tragedi Perang Salib pada abad ke-12 serta masuknya tentera Tartar ke atas Baghdad dan Damaskus pada 1258.
إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ
Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kalian semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku. [QS 21;92]
Jatuhnya Daulah Khilafah ini mengakibatkan semua urusan telah jatuh di tangan orang kafir baik pemerintahan, politik, media, pendidikan, ekonomi dan lain-lain.
Boleh teruskan membaca dan melihat pada sumber dibawah.
Sumber; Youtube, Husnuz_Zohn, IluvIslam.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment