Alhamdulillah, kita bertemu lagi di pembukaan semester ganjil 2009 setelah hampir sebulan bercuti di Malaysia. Sudah pasti ramai di kalangan kita yang tidak sabar-sabar untuk bergiat aktif kembali, sama ada dalam pembelajaran, hubungan sosial mahupun keagamaan.
Tahun lalu ketika pembukaan semester ganjil, banyak aktiviti yang berjaya dilaksanakan biro Agama dan Pembangunan Insan; antaranya rihlah ke Puncak (sempena Maulidur Rasul), kursus penghayatan solat, seminar agama dan profesional, pengedaran CD, risalah dan lain-lain. Dalam kesibukan waktu kita sebagai mahasiswa perubatan, diharapkan barisan ahli jawatankuasa biro dapat menelusuri visi dan misi yang ingin dicapai bersama, agar program-prorgram yang dirancang dalam masa terdekat ini dapat dihayati dan dimanfaatkan sebaiknya oleh seluruh mahasiswa di Jakarta ini.

'Ayuh rapatkan barisan!'
Akhir kata, renungilah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam Surah at-Taubah, ayat 111 (9:111)
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."
~JADIKAN AKHIRAT SEBAGAI VISI dan DUNIA SEBAGAI MISI~
0 comments:
Post a Comment