Sumber: Blog pelajar perubatan di Republik Czech, http://rajskezahrady.blogspot.com
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
أهلا وسهلا
Sunday, March 29, 2009
Sunday, March 22, 2009
Semaikan Alhamdulillah
Sebuah mobil Taruna biru berlalu dihadapan mereka. Tingkapnya dibuka sedikit, sekotak bungkusan diberikan kepada salah seorang anak kecil itu. Yang lain turut berebut mahu mendapatkan bahagian mereka. Tapi yang diberikan hanya sebuah kotak kecil sahaja. Mereka bawakan kotak ke tengah pembatasan jalan. Di buka dan masing-masing berebut. Sudah pastinya makanan tak cukup bagi mereka berempat. Kelihatan si kakak membahagikan makanan. “Yang kue ni, aku ama adik kongsi. Kamu berdua ambil kue yang itu ama aquanya.” Lalu di ambil kue, dan kerat ke dua bahagian. Diberi kepada adiknya satu bahagian, satu lagi untuk dirinya. Tiada rasa malu pada diri mereka untuk mengemis dan menikmati apa yang didapatkan dari hasilnya.
Perasaan simpati yang tiba sekian kalinya pasti mengetuk hati kita. Adakah aku bersyukur hari ini? Dengan tersedianya pilihan hidangan didepan mata. Wang dikocek masih banyak lagi berbaki. Jika habis, keluarga di seberang pasti akan membantu. Teringat suatu peristiwa mengenai Amirul mukminin dan seorang lelaki. Umar al-Khattab r.a. terdengar seorang lelaki memabaca doa "Allahummaj'alni minal qalil ( Ya Allah, masukkan aku ke dalam golongan yang sedikit )”. Ini membuatkan Umar menghampiri lelaki itu dan bertanya apakah maksud doanya tersebut. "Apakah anda tidak membaca firman Allah dalam Surah Saba’ 13 yang ertinya, ' Dan sedikit sekali dari hamba hamba-Ku yang bersyukur'", jawab lelaki itu. Amirul mukminin itu terpesona dan mengangguk.
Sesungguhnya terlalu banyak nikmat Allah yang perlu kita syukuri. Dari udara untuk bernafas hingga makanan yang ia makan, dari kemampuannya untuk menggunakan tangannya hingga kemampuan berbicara, dari perasaan aman hingga perasaan bahagia, seseorang benar-benar sangat memerlukan apa yang telah diciptakan oleh Allah dan apa yang dikaruniakan kepadanya. Akan tetapi kebanyakan orang tidak menyadari kelemahan mereka dan tidak menyadari bahwa mereka sangat memerlukan Allah. Allah berfirman dalam al-Quran,
"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “ (Surah an-Nahl: 18)
Sepertimana Rahmatul lil Alamin kita, Nabi Muhammad saw. Baginda mempunyai sifat syukur yang tinggi terhadap setiap kurniaan Allah SWT kepadanya. Saban hari baginda tidak jemu mengabdikan dirinya pada Allah SWT. Sehingga suatu ketika isterinya, Aisyah bertanya: “Kenapa Rasulullah lakukan semua ini (berdiri lama ketika solat malam hingga bengkak kaki), pada hal Allah telah mengampun segala dosa Rasulullah baik yang dulu atau kemudian.” Dengan tenang baginda menjelaskan: “Tidakkah patut aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Oleh itu, sifat kesyukuran perlulah tersemat disuatu sudut sanubari kita. Ingatlah sentiasa pada janji Allah, nikmat akan bertambah melalui rasa- bersyukur.
"Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'." (Surah Ibrahim: 7)
Wallahu ‘alam
Saat Hatimu Berbicara
Hati….
Saat hati mu berbicara, akal harus memahaminya…
Hati ibarat satu titik tumpuan dalam diri kita…
Hati jualah yang menjadi tumpuan syaitan laknatullah
Tuk menghasut umat Rasulullah….
Terlalu rumit tuk berbicara soal hati…
Perasaan sayang, rindu, dendam, semuanya datang dari hati…
Hati…
Jika baik hati kita, maka baik lah seluruh badan kita…
Rosak hati, maka punah ranah lah semuanya…
Hati ingin dibelai dan dimanja oleh nur iman…
Maka jangan sekali-kali kamu mengasari hati…
Mengasari dengan kamu melakukan perkara-perkara yang
Mencalitkan titik hitam padanya…
Saat merebaknya noda tersebut ke segenap penjuru hati mu,
Hati mu merana!!!
Hati…
Jagalah hati wahai sahabat ku sekelian…
Jagalah hati dari segala maksiat…
Jagalah hati dari segala dosa…
Jagalah hati dari segala noda…
Jagalah hati dari segala kemungkaran…
Jagalah hati dari titik hitam yang kamu sendiri sedia maklum,
Hitam hati, maka jauhlah Nur Allah dari kamu…
Mahukan kamu tergolong dalam golongan yang dimurkaiNya?
Sudah tentu tidak..
Maka jaga lah hati…
Dengarlah, hayatilah, renungilah.....
Saat Hati mu Berbicara~~
''Sesungguhnya dalam diri manusia ada sebuah jasad. Jika ia baik, akan baik seluruh amal manusia. Jika ia rosak, aka rosak seluruh amalnya. Ketahuilah, ia adalah HATI.''
(Hadis Riwayat Ahmad)
Wednesday, March 18, 2009
Semester Baru Hadir Lagi!
Tahun lalu ketika pembukaan semester ganjil, banyak aktiviti yang berjaya dilaksanakan biro Agama dan Pembangunan Insan; antaranya rihlah ke Puncak (sempena Maulidur Rasul), kursus penghayatan solat, seminar agama dan profesional, pengedaran CD, risalah dan lain-lain. Dalam kesibukan waktu kita sebagai mahasiswa perubatan, diharapkan barisan ahli jawatankuasa biro dapat menelusuri visi dan misi yang ingin dicapai bersama, agar program-prorgram yang dirancang dalam masa terdekat ini dapat dihayati dan dimanfaatkan sebaiknya oleh seluruh mahasiswa di Jakarta ini.
Akhir kata, renungilah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam Surah at-Taubah, ayat 111 (9:111)
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."
~JADIKAN AKHIRAT SEBAGAI VISI dan DUNIA SEBAGAI MISI~
Friday, March 06, 2009
Penegak Sunnah di Akhir Zaman
BAGAIMANA KEADAAN PENEGAK SUNNAH DI MASA YANG AKHIR
عَنْ كَثِيْرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ عَنْ اَبِيْهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله ص: اِنَّ الدِّيْنَ بَدَأَ غَرِيْبًا وَيَرْجِعُ غَرِيْبًا فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاءِ الَّذِيْنَ يُصْلِحُوْنَ مَا اَفْسَدَ النَّاسُ مِنْ بَعْدِيْ مِنْ سُنَّتِيْ
Daripada Katsir bin Abdillah dari ayahnya dari datuknya berkata: Rasulullah saw. pernah bersabda: “Sesungguhnya agama (Islam) itu pada mulanya asing (tidak dikenal) dan kembali asing pula, maka berbahagialah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang memperbaiki apa-apa yang telah dirosakkan manusia di masa sesudah aku daripada sunnahku.” Riwayat At-Tirmidzi dengan darjat hasan shahih.
فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاءِ. قِيْلَ: يَا رَسُوْلَ الله وَمَنِ الْغُرَبَاءُ؟ قَالَ: الَّذِيْنَ يُحْيُوْنَ سُنَّتِيْ وَيُعَلِّمُوْنَهَا عِبَادَ اللهِ
“Maka berbahagialah orang orang yang terasing.” Beliau ditanya : “Dan siapa orang orang yang terasing itu ya Rasulullah ? Beliau bersabda : “Mereka yang menghidupkan sunnah saya, dan mengajarkannya kepada para hamba Allah.”
عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله ص: الْعِبَادَةِ فِى الْهَرْجِ كَهِجْرَةٍ اِلَىَّDaripada Ma’qil bin Yasar berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Ibadat di masa-kekacauan itu seperti hijrah kepada saya.” Riwayat Muslim
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله ص: لاَ يَذْهَبُ مِنَ السُّنَّةِ شَيْءٌ حَتَّى يَظْهَرَ مِنَ الْبِدْعَةِ مِثْلُهُ حَتَّى تَذْهَبَ السُّنَّةُ وَتَظْهَرَ الْبِدْعَةُ حَتَّى تَسْتَوْفِىَ الْبِدْعَةُ مَنْ لاَ يَعْرِفُ السُّنَّةَ“Daripada Ibnu ‘Abbas berkata: Rasulullah saw pernah bersabda: “Tidak akan lenyap sesuatu daripada sunnah, sehingga tampaklah yang semisal dengannya daripada bid’ah, sehingga lenyaplah sunnah dan tampaklah bid’ah, sehingga dianggap cukuplah bid’ah itu –bagi – orang yang tidak mengenal sunnah.” Riwayat Ibnul Jauzi
عَنْ غُضَيْفِ بْنِ الْحَارِثِ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله ص: مَا مِنْ اُمَّةٍ اِبْتَدَعَتْ بَعْدَ نَبِيِّهَا فِي دِيْنِهَا بِدْعَةً اِلاَّ اَضَاعَتْ مِثْلَهَا مِنَ السُّنَّةِDaripada Ghudhaif bin Al-Harits berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Tidak ada dari suatu ummat mengada-adakan suatu bid’ah sesudah Nabinya di bidang agamanya melainkan ia melenyapkan semisalnya (sepertinya) daripada sunnah.” Riwayat Ath Thabaranie. Hadits ini isnadnya dhaif tetapi boleh digunakan sebagai hujah kerana ianya disokong oleh hadits-hadits lainnya yang semakna dan ianya tidak bertentangan dengan hadits yang shahih.
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ اَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ“Barangsiapa yang melakukan suatu perbuatan yang bukan perintah kami, maka ia tertolak.” Riwayat Muslim
اِنَّ اللهَ حَجَبَ التَّوْبَةَ عَلَى كُلِّ صَاحِبِ بِدْعَةٍ حَتَّى يَدَعَ بِدْعَتَهُ“Sesungguhnya Allah mendinding (menutup) taubat daripada tiap-tiap orang yang ahli bid’ah sehingga ia tinggalkan bid’ahnya.” Riwayat Ath-Thabranie dengan isnad yang hasan
اِنَّ اِبْلِيْسَ قَالَ: اَهْلَكْتُهُمْ بِالذُّنُوْبِ فَاَهْلَكُوْنِى بِالاِسْتِغْفَارِ فَلَمَّا رَاَيْتُ ذَلِكَ اَهْلَكْتُهُمْ بِالأَهْوَاءِ فَهُمْ يَحْسَبُوْنَ اَنَّهُمْ مُهْتَدُوْنَ فَلاَ يَسْتَغْفِرُوْنَهُ“Sesungguhnya Iblis berkata: “Aku merosakkan mereka (ummat Islam) dengan dosa-dosa, lalu mereka merosakkan aku dengan istighfar, maka tatkala aku melihat demikian itu, aku merosakkan mereka itu dengan hawa keinginan –bid’ah, lalu mereka menyangka bahawa mereka itu mendapat petunjuk yang benar, lalu mereka tidak sama memohon ampun.” Riwayat Ibnu Abi ‘Ashim.
قَالَ رَبِّيْ بِمَا اَغْوَيْتَنِيْ لاُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأَرْضِ وَلاُغْوِيَنَّهُمْ اَجْمَعِيْنَ“Berkata (iblis): Ya Tuhan! Oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, maka sesungguhnya akan aku hiasi (dengan kejahatan) di dunia dan akan aku sesatkan mereka semuanya.”
Firman Allah: Al-Kahfi ayat 103-105 [18:103-105]
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالأَخْسَرِيْنَ اَعْمَالاً * الَّذِيْنَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُوْنَ اَنَّهُمْ يُحْسِنُوْنَ صُنْعًا * اُولَئِكَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا بِاَيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَآئِهِ فَحَبِطَتْ اَعْمَالُهُمْ فَلاَ نُقِيْمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا * ذَلِكَ جَزَآؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوْا وَاتَّخَذُوْا ءَايَاتِيْ وَرُسُلِيْ هُزُوًاKatakanlah: Apakah akan Kami khabarkan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya? * Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat sebaiknya * Mereka itu orang-orang yang kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia maka hapuslah amalan-amalan mereka dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat * Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahannam disebabkan kekafiran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayatKu dan rasul-rasulKu sebagai olok-olok.
تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ“Aku telah meninggalkan pada kamu sekalian dua perkara yang tidak akan tersesat kamu selama kamu berpegang teguh kepada keduanya iaitu: Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.” Riwayat Ibnu Abdil-Bar.
وَاِذَا قِيْلَ لَهُمُ اتَّبِعُوْا مَا اَنْزَلَ اللهُ قَالُوْا بَلْ نَتِّبِعُ مَا اَلْفَيْنَا عَلَيْهِ ءَابَآءَنَا أَوَلَوْ كَانَ ءَابَآؤُهُمْ لاَ يَعْقِلُوْنَ شَيْئًا وَلاَ يَهْتَدُوْنَ“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Turutlah olehmu apa-apa yang diturunkan Allah. Mereka berkata: Hanya kami akan menurut apa-apa yang dilakukan oleh orang-orang tua kami. Apakah (mereka mau menurut saja) walaupun orang-orang tua mereka tidak mengerti apa-apa dan tidak mendapat petunjuk ?”
وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ اِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ اُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً“Dan janganlah kamu mengikuti (membuat pendirian) apa yang kamu tidak ada ilmu (mengetahui) tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan dipertanggungjawabkan.”
فَسْئَلُوْا اَهْلَ الذِّكْرِ اِنْ كُنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ“Maka bertanyalah kamu kepada ahli zikir (orang yang mempunyai pengetahuan), jikalau kamu tidak mengetahui.”
اتَّخَذُوْا اَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ اَرْبَابًا مِنْ دُوْنِ اللهِ“Mereka itu menjadikan ketua-ketua agama dan pendita-pendita mereka sebagai tuhan tuhan mereka selain Allah.” At-Taubah ayat 31 [9:31]
أَلَيْسَ يُحِلُّوْنَ لَكُمْ مَا حَرَّمَ اللهُ عَلَيْكُمْ فَتُحِلُّوْنَهُ وَيُحَرِّمُوْنَ عَلَيْكُمْ مَا اَحَلَّ اللهُ لَكُمْ فَتُحَرِّمُوْنَهُ“Bukankah mereka menghalalkan bagi kamu barang yang diharamkan Allah atas kamu, lalu kamu menghalalkannya, dan mereka mengharamkan atas kamu barang apa yang dihalalkan Allah kepada kamu, lalu kamu mengharamkannya.” Kata ‘Adi: ‘Bahkan ya Rasulullah!’ Nabi bersabda : فَتِلْكَ عِبَادَتُهُمْ “Demikian itulah ibadat kepada mereka.”
Demikianlah larangan yang telah dijelaskan oleh Rasulullah saw. di atas urusan bertaqlid dan jelaslah putar-belit ahli bid’ah di dalam menghalalkan taqlid itu adalah sangkaan yang sesat semata-mata. Oleh yang demikian bagi kita yang mencintai As-Sunnah di akhir zaman yang penuh dengan penipuan, kekeliruan, kesesatan baik di dalam urusan agama dan kehidupan, bersedia dengan ilmu pengetahuan yang luas di atas urusan agama. Mudah-mudahan jerat-jerat Iblis dengan memutar-belitkan ibadah dengan bid’ah dapat kita hindari. Belajarlah agar dapat kita membezakan sunnah dengan bid’ah, Al-Jamaah dan mazhab, tauhid dan syirik, Iman dan kufur. Peliharalah diri kita dan keluarga kita dari kejahilan di dalam agama, sesungguhnya kehidupan ini sementara dan amat singkat sekali dan akhirat itu pasti menjelang tiba.
Berkata sahabat, Salman r.a. :
اِنَّ الْعَالِمَ فَاِنِ اهْتَدَى فَلاَ تُقَلِّدُوْهُ دِيْنَكُمْ“Sesungguhnya orang alim itu, jika mendapat petunjuk, maka janganlah kamu bertaqlid kepadanya tentang agama kamu.”
Dan kata Ibnu Mas’ud :
اُغْدُ عَالِمًا اَوْ مُتَعَلِّمًا وَلاَ تَكُوْنَنَّ اِمَّعَةً“Jadilah kamu orang yang mengerti atau orang yang belajar, dan janganlah sekali kali kamu menjadi pengikut fikiran orang lain.”
~dipetik dari IslahPerlis, lebih lanjut sila klik di bawah:
http://www.islahperlis.org/
wallahualam...