اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Thursday, February 19, 2009

Contoh Surat dari Bandung

Sebelum saya melanjutkan entri bagi kategori 'Kerjasama antara Biro' ini, eloklah kita memasukkan objektif setiap kategori dengan sedikit pengenalan di muqaddimah entri pertama setiap kategori.

Termasuk dalam kategori 'Kerjasama antara Biro', adalah hal-hal yang berkaitan dengan hubungan dua hala antara Biro Agama Jakarta (PKPMI, KUJ mahupun UMSA) dengan biro-biro lain dalam persatuan berkenaan (eg: Biro Agama dan Biro Sukan UMSA), atau persatuan lain (eg: Biro Agama PKPMI dan UMSA) atau badan agama masyarakat tempatan (eg: Biro Agama UMSA dan RISNHA). Juga termasuk dalam kategori ini, semua maklumat informatif dari mana-mana biro/badan agama dari Jakarta, Bandung mahupun provinsi lain di Indonesia khususnya, dan seluruh dunia umumnya, yang bersedia menjalinkan hubungan dua hala dengan biro agama Jakarta.
**********

Badan Agama ISLAM,

Universitas Padjadjaran,Kampus Jatinangor,

KM 21, Jl Jatinangor-Sumedang,

45363, Sumedang,

Jawa Barat, Indonesia.

—————————————————————————————————————————————–

Presiden KUBI,

Universitas Padjadjaran,Kampus Jatinangor,

KM 21,Jl Jatinangor-Sumedang,

45363,Sumedang,

Jawa Barat,Indonesia. 26 JANUARI 2009

Assalamualaikum w.b.t

Tuan,

PERKARA : USULAN TERHADAP PERLAWANAN LIGA FUTSAL KUBI 2009

Merujuk perkara di atas, saya ingin menyumbangkan sedikit pandangan dan usulan berkenaan perlawanan liga futsal KUBI bagi tahun 2009 yang bakal berlangsung pada 15 Februari 2009.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kelab Umno Bandung Indonesia (KUBI) di atas perancangan dan aktiviti yang akan dijalankan ini.

2. Selain itu, saya juga yakin dan percaya bahawa perlawanan liga futsal ini mempunyai objektif dan matlamatnya yang tersendiri sebagaimana yang telah ditetapkan oleh KUBI. Salah satunya adalah untuk mengukuhkan perpaduan antara mahasiswa Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa di UNPAD serta menjalinkan hubungan silaturrahim sesama peserta.

3. Namun begitu, di sini juga terdapat beberapa usulan dan cadangan terhadap perlawanan liga futsal KUBI 2009 dari pihak kami, Biro Agama Islam PKPMI (IMAN) serta Biro Agama dan Kerohanian KUBI. Untuk pengetahuan pihak tuan,usulan yang bakal kami kemukakan ini lebih menitikberatkan kepada perlawanan yang melibatkan peserta-peserta perempuan. Antaranya ialah :

I) Semua peserta perempuan yang beragama Islam dikehendaki berpakaian sopan dan menutup

aurat dengan sempurna sebagaimana yang telah digariskan dalam ajaran Islam

II) Perlawanan yang melibatkan peserta perempuan diadakan di tempat yang berlainan dan

berasingan dari peserta lelaki atau ;

III) Boleh diadakan di tempat yang sama tetapi pada hari yang berbeza.

4. Perkara ini adalah untuk mengelakkan sebarang kemaksiatan yang mungkin berlaku serta menjaga maruah wanita-wanita muslimah yang rata-ratanya bermain untuk mengeluarkan keringat dan menyihatkan tubuh badan mereka. Surat ini dikeluarkan seawal mungkin untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang mungkin akan dihadapi oleh pihak tuan dan Biro Sukan KUBI sendiri berkenaan tempat dan masa pertandingan futsal ini.

5. Sehubungan itu,saya memohon agar pihak Kelab Umno Bandung Indonesia (KUBI) dapat mempertimbangkan segala usulan dan cadangan kami dengan sewajarnya. Saya juga berharap agar aktiviti yang telah dirancangkan ini dapat berjalan dengan lancar dan sebaik mungkin.

Sekian, terima kasih.

MOHD JAMALUDDIN BIN MUSA

(PENGERUSI BIRO AGAMA ISLAM PKPMI (IMAN))

FAHKRUL RADZI BIN AHMAD ZUBIR

(EXCO BIRO AGAMA DAN KEROHANIAN KUBI)

0 comments:

Post a Comment