اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Monday, June 28, 2010

Peduli Palestin : Kami Bersamamu!

Assalamualaikum wbt..


"Untukmu, Palestina tercinta,
Kami penuhi panggilanmu,
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia,

Kami kan terus bersamamu.."

Peduli Palestin: Kami Bersamamu!

PKPMI-CJ membawakan kepada anda program "Program Peduli Palestin: Kami Bersamamu!" dengan mengundang khas sukaralewan yang terlibat dalam misi menggegar dunia tempoh hari Life Line 4 Gaza (LL4G).

Dr. Syed Muhammad Haleem yang merupakan penceramah pada program perkongsian ini merupakan:

1. Pegawai Perubatan, Klinik Hikmah, Shah Alam
2. Suami dan bapa kepada 5 anak.
3. Berpengalaman:
a. Misi kemanusiaan Acheh
b. Misi kemanusiaan Pakistan
c. Misi kemanusiaan banjir di Segamat dan Pekan
d. Misi Gempa Padang
e. Sukrelawan misi kemanusiaan Gaza-Marvi Marmara.
4. Lulusan : MBBS Turki.
5. Menganggotai NGO: Ketua Biro Kemanusiaan dan Bantuan Haluan Malaysia, AJK Kelab Kesihatan Haluan.

Bersama kita sehari berkongsi dan selamanya berdemonstrasi untuk Palestin.

Butir-butir Peduli Palestin: Kami Bersamamu!
Tempat: Dewan Kedutaan Besar Malaysia Di Indonesia
Masa : 8.00 pagi
Tarikh : 3 Julai 2010 (SABTU)

Bagi menjayakan program ini, kami mengenakan sedikit bayaran bagi para hadirin iaitu sebanyak Rp 20k. Separuh daripada jumlah ini akan kami infaqkan.

Jom ramai-ramai sertai!

Jemput rakan-rakan dari seluruh Indonesia!

[Anjuran PKPMI-CJ Sesi 2010/2011 dengan kerjasama Kelab Umno Jakarta]

*Untuk informasi lanjut, boleh melawat laman web PKPMI Jakarta, boleh juga ke PKPMI@facebook.
**Untuk pertanyaan langsung, boleh langsung ke PKPMI@formspring.

Jum kita luangkan masa bagi yang free! Jangan lepaskan peluang untuk berkongsi pengalaman dengan Dr. Syed Muhammad Haleem.

0 comments:

Post a Comment