Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw. Moga dirahmati Allah selalu.
14 Februari...Hari Kekasih atau dalam english nya Valentine's Day..
A : Salah ke saya menyambut hari kekasih dengan isteri/kekasih saya? Tak salah kan? Ini tandanya saya sayang kan isteri/kekasih saya.
B : Ala rileks la bro. Aku just jual jual bunga je. Esok kan hari kekasih. Ada warna merah pink orange. Kalau bro nak beli pon bley gak. Bagi kat ehem2...
Analisis Masalah dari Skenario
Boleh kah meraikan hari Kekasih? Apa erti sebenarnya Hari Kekasih ini?
14 Februari; Ada tiga pendapat yang kuat berkaitan asal-usul Valentine.
Pertama, pada pemerintahan ROM, 14 Februari ditetapkan sebagai hari cuti bagi orang JUNO ratu kepada dewa-dewa Rom. Pada 15 Feb, diadakan Pesta Lupercalia. Di dalam pesta ini, nama gadis-gadis Rom akan ditulis dan dimasukkan kedalam bekas. Kemudian, para pemuda akan mencabut nama didalam bekas itu, nama yang terpilih akan menjadi pasanngannya sepanjang pesta itu.
Pendapat kedua, Valentine adalah untuk memperingati ketabahan St. Valentine yang dibunuh oleh Raja Claudius II pada tanggal 14 Feb 270. St. Valentine dibunuh kerana mengingkari arahan raja itu supaya membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan dengan mengahwinkan pasangan secara rahsia.
Pendapat ketiga iaitu pendapat yang paling masyur, Valentine bermula apabila diisytiharkan oleh Ratu Isabella. Sebagai tanda berterima kasih kepada St. Valentine yang berjaya menakluk dan menghapuskan pengaruh Islam di Cordova, Ratu Isabella membenarkan St. Valentine untuk membuat permintaan. St Valentine, seorang Paderi Katolik, membuat permintaan untuk berkahwin dengan seorang Protestan. Kerana murka, St. Valentine di penjarakan untuk sementara waktu. Ratu Isabella sendiri menetapkan 14 Februari sebagai hari memperingati kekasih untuk St. Valentine.
Jawapan Dari AL-QURAN pedoman kita;Firman Allah;
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”[QS 109; 1-6]
"Dan barangsiapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi."[QS 3;85]
Sabda Rasulullah saw;
Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing dan ini (aidilfitri dan aidiladha) adalah perayaan kita. [HR Bukhari 952; Muslim 1892]
Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah; "Janganlah kamu bantu-membantu dalam perkara dosa dan permusuhan."
Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Valentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa saja. -Zaharuddin.net-Kesimpulan Masalah
Islam adalah cara hidup kita. Islam tidak melarang untuk kita mencintai satu sama lain kerana itu adalah lumrah sebagai hamba-Nya. Telah ditakdirkan Adam hanya untuk Hawa dan Hawa untuk Adam. Tapi, tidak semestinya, kita menghargai isteri/suami/kekasih kita hanya pada hari Kekasih, yang pasti haram kerana kita telah mengagungkan perayaan agama lain. Kerana bagi yang berpasangan yang halal (suami isteri), setiap hari adalah hari kekasih. Tidak perlu menanti tanggal 14 Februari.
Sumber; iluvislam, al-Muntalaq, Muslim1st.com & Zaharuddin.net.
Wallahu a'lam. Wassalam.
1 comments:
good2x ^^
Post a Comment