اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri 1430 H

Assalamualaikum w.b.t.

InsyaAllah, pada 20 September 2009 bersamaan 1 Syawal, umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal yang mulia. Jadi, kami ahli Halaqah Jakarta ingin mengucapkan kepada seluruh umat Islam di Indonesia dan juga Malaysia terutamanya mahasiswa Malaysia di Ukrida,

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang ke 1430 H.


Semoga segala amalan Ramadhan pada kali ini insyaAllah diterima oleh yang Maha Esa dan mendapat keredhaan-Nya. InsyaAllah bi'iznillah kita akan dipertemukan kembali pada Ramadhan akan datang jika masih lagi diberi peluang.

Kami ahli Halaqahjakarta menyusun sepuluh jari ingin memohon jutaan kemaafan jika ada kekhilafan, salah dan silap sama ada kesilapan yang kami sedari atau tidak.
Salam Lebaran dari kami.
Jazakallah khairan.

Tuesday, September 15, 2009

Malam Bina Iman dan Taqwa

[klik pada gambar untuk lebih jelas]

Pengumuman!

Insya Allah pada malam 27 Ramadhan 1430H, Halaqah Jakarta akan mengadakan Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT). Bagi yang belum tahu apa tu MABIT, jom la sertai! Banyak manfaat yang kita boleh dapat bersama.

Jangan lepaskan peluang misi mencari malam al-qadr kita!

Tentatif Program:

9.00 pm : Moreh / Tadarus
9.30 pm : Tausyiah
10.00 pm : Tarbiyah Mandiri / Tidur
2.30 am : Qiamulail
3.45 am : Sahur
4.30 am : Solat Subuh
5.30 am : Tadarus/Halaqah
6.00 am : Selesai

Anda hanya perlu membawa alas tidur, keperluan diri dan al-Quran sahaja. Bagi yang ingin menginfaqkan sedikit wang, sila berikan kepada mana-mana AJK Halaqah Jakarta. Muslimin sahaja.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Farid Asyraf
+6281807085632

Azrin
+6287882268975

Sunday, September 13, 2009

Semester Baru Hadir Lagi

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setelah setahun bertungkus lumus berusaha, Allah masih bukakan peluang untuk teruskan perjuangan pada hamba-Nya sekalian untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu bukan sahaja ilmu perubatan malah yang lebih penting ilmu mengenai agama Islam. Syukur alhamdulillah, segala puji bagi-Nya telah memberi kita nikmat umur yang panjang dan sihat tubuh badan serta akal yang sihat. InsyaAllah, besok dan seterusnya, bermulalah semester ganjil untuk tahun 2009 ini.


“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat.”[58;11]

Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari suatu pengetahuan (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga. [HR Bukhari]

Oleh itu, marilah wahai sahabat, kita teruskan perjuangan dengan niat lillahi taala. InsyaAllah, redha Allah bersama-sama kita dalam setiap perbuatan.

Saturday, September 12, 2009

Majlis Ifthar Sempena Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah syukran lillah..Pada 29 Ogos yang lepas bersamaan dengan 8 Ramadhan 1430H, ahli Halaqah Jakarta telah berkerjasama mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama mahasiswa Malaysia di Ukrida. Antara yang hadir adalah pelajar yang tidak pulang ke Malaysia dan juga pelajar angkatan 2009 yang baru menempatkan diri di Ukrida.


Majlis Ifthar ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwwah antara mahasiswa. Majlis ini diadakan di Masjid Nurul Hikmah. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan jayanya dan terima kasih kepada mahasiswa yang terlibat yang turut menjayakan program ini.

Jazakallah khairan.

Ihya' Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Datang kepada adik-adik dan sahabat-sahabat angkatan 2009!!!

Alhamdulillah..23 Ogos yang lepas yaitu pada 2 Ramadhan 1430 H telah diadakan Program Ihya' Ramadhan bertempat di Masjid Nurul Hikmah bermula jam 9 pagi. Program ini diadakan sempena menyambut kedatangan sahabat-sahabat yang mula memenuhi tempat di Universitas Ukrida supaya ukhuwwah yang berkekalan dapat terjalin dengan baik lillahi taa'la di samping memenuhi aktiviti pada Bulan Ramadhan kali ini.

Program dimulakan dengan ucapan dari wakil Ahli Halaqah Jakarta, juga dikenali Biro Agama Pembangunan Insan di Ukrida. Seterusnya, diisi dengan pengenalan kepada ta'lim Pak Romy yang insyaAllah yang akan juga diadakan untuk angkatan 2009 ini.

Antara Sahabat-sahabat yang hadir

Program taa'ruf di kalangan angkatan 2009, yaitu latihan dalam kumpulan (LDK) juga diadakan untuk membentuk hubungan yang baik sesama mereka.



Program Taa'ruf antara Pelajar Lelaki

Taa'ruf antara akhowat

Alhamdulillah. Program ini banyak mendapat sambutan yang menggalakkan dari sahabat-sahabat. Semoga program ini banyak memberi manfaat pada kita semua dan mengukuhkan lagi ukhuwwah. Semuanya lillahi taala. Moga redha Allah sentiasa bersama-sama kita dalam setiap pekerjaan. InsyaAllah.