اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Thursday, February 19, 2009

Contoh Surat dari Bandung

Sebelum saya melanjutkan entri bagi kategori 'Kerjasama antara Biro' ini, eloklah kita memasukkan objektif setiap kategori dengan sedikit pengenalan di muqaddimah entri pertama setiap kategori.

Termasuk dalam kategori 'Kerjasama antara Biro', adalah hal-hal yang berkaitan dengan hubungan dua hala antara Biro Agama Jakarta (PKPMI, KUJ mahupun UMSA) dengan biro-biro lain dalam persatuan berkenaan (eg: Biro Agama dan Biro Sukan UMSA), atau persatuan lain (eg: Biro Agama PKPMI dan UMSA) atau badan agama masyarakat tempatan (eg: Biro Agama UMSA dan RISNHA). Juga termasuk dalam kategori ini, semua maklumat informatif dari mana-mana biro/badan agama dari Jakarta, Bandung mahupun provinsi lain di Indonesia khususnya, dan seluruh dunia umumnya, yang bersedia menjalinkan hubungan dua hala dengan biro agama Jakarta.
**********

Badan Agama ISLAM,

Universitas Padjadjaran,Kampus Jatinangor,

KM 21, Jl Jatinangor-Sumedang,

45363, Sumedang,

Jawa Barat, Indonesia.

—————————————————————————————————————————————–

Presiden KUBI,

Universitas Padjadjaran,Kampus Jatinangor,

KM 21,Jl Jatinangor-Sumedang,

45363,Sumedang,

Jawa Barat,Indonesia. 26 JANUARI 2009

Assalamualaikum w.b.t

Tuan,

PERKARA : USULAN TERHADAP PERLAWANAN LIGA FUTSAL KUBI 2009

Merujuk perkara di atas, saya ingin menyumbangkan sedikit pandangan dan usulan berkenaan perlawanan liga futsal KUBI bagi tahun 2009 yang bakal berlangsung pada 15 Februari 2009.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kelab Umno Bandung Indonesia (KUBI) di atas perancangan dan aktiviti yang akan dijalankan ini.

2. Selain itu, saya juga yakin dan percaya bahawa perlawanan liga futsal ini mempunyai objektif dan matlamatnya yang tersendiri sebagaimana yang telah ditetapkan oleh KUBI. Salah satunya adalah untuk mengukuhkan perpaduan antara mahasiswa Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa di UNPAD serta menjalinkan hubungan silaturrahim sesama peserta.

3. Namun begitu, di sini juga terdapat beberapa usulan dan cadangan terhadap perlawanan liga futsal KUBI 2009 dari pihak kami, Biro Agama Islam PKPMI (IMAN) serta Biro Agama dan Kerohanian KUBI. Untuk pengetahuan pihak tuan,usulan yang bakal kami kemukakan ini lebih menitikberatkan kepada perlawanan yang melibatkan peserta-peserta perempuan. Antaranya ialah :

I) Semua peserta perempuan yang beragama Islam dikehendaki berpakaian sopan dan menutup

aurat dengan sempurna sebagaimana yang telah digariskan dalam ajaran Islam

II) Perlawanan yang melibatkan peserta perempuan diadakan di tempat yang berlainan dan

berasingan dari peserta lelaki atau ;

III) Boleh diadakan di tempat yang sama tetapi pada hari yang berbeza.

4. Perkara ini adalah untuk mengelakkan sebarang kemaksiatan yang mungkin berlaku serta menjaga maruah wanita-wanita muslimah yang rata-ratanya bermain untuk mengeluarkan keringat dan menyihatkan tubuh badan mereka. Surat ini dikeluarkan seawal mungkin untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang mungkin akan dihadapi oleh pihak tuan dan Biro Sukan KUBI sendiri berkenaan tempat dan masa pertandingan futsal ini.

5. Sehubungan itu,saya memohon agar pihak Kelab Umno Bandung Indonesia (KUBI) dapat mempertimbangkan segala usulan dan cadangan kami dengan sewajarnya. Saya juga berharap agar aktiviti yang telah dirancangkan ini dapat berjalan dengan lancar dan sebaik mungkin.

Sekian, terima kasih.

MOHD JAMALUDDIN BIN MUSA

(PENGERUSI BIRO AGAMA ISLAM PKPMI (IMAN))

FAHKRUL RADZI BIN AHMAD ZUBIR

(EXCO BIRO AGAMA DAN KEROHANIAN KUBI)

Thursday, February 12, 2009

Jualan Badges Palestin Diteruskan


Alhamdulillah, kutipan dana untuk Palestin diteruskan dalam bentuk jualan badges/button Palestin seharga USD1/Rp 10 ribu setiap satu. Sebanyak lebih 80 badges telah diedarkan di Universiti UKRIDA dan Trisakti, dan sehingga kini telah banyak yang laris dijual, alhamdulillah. Namun kami masih mempunyai lebih 20 badges untuk diedarkan, bagi yang masih berminat dapatlah menghubungi wakil-wakil yang disebutkan sebelum ini.

Baru-baru ini sebungkus plastik berisi 18 badges telah tertinggal di kampus UKRIDA waktu jualan kepada mahasiswa. Alhamdulillah setelah notis pengumuman kehilangan badges itu ditampal di beberapa lokasi di kampus, telah ada yang menemukan plastik tersebut dan mengembalikannya pada hari ini, 12 Februari 2009. Ini juga merupakan peluang pengiklanan bagi jualan bagdes tersebut, memandangkan pihak kampus tidak mengizinkan promosi hal-hal berkaitan 'isu-isu politik negara luar', dalam konteks ini merujuk kepada isu Palestin-Zionis Israel.

Pertemuan susulan dengan Wakil Dekan (WaDek) III akan diadakan bagi membincangkan hal ini. Harapan kita semoga kutipan dana Palestin dalam bentuk jualan ini berjaya dijalankan dengan lancar, dan yang paling penting agar sumbangan kita yang sedikit ini dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di Palestin, insyaAllah. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan mereka.

Wallahu a'lam.

Friday, February 06, 2009

Jom menderma!



Assalamualaikum..
Kami sedang menjalankan kutipan derma bagi Palestin dengan mengadakan jualan button 'save Palestine'. Terdapat tiga jenis button 'save Palestine' dan setiap satu dijual dengan harga Rp 10k. Bagi yang berminat, khususnya muslimin-muslimat sekitar Jakarta, boleh menghubungi nama-nama dibawah :

Zulfadli : +628174935829
Farid : +6281807085632
Lokman : +6287882268597

Sumbangan anda insya Allah akan disalurkan ke badan-badan NGO yang menguruskan penghantaran bantuan kepada rakyat Palestin.
Jom membeli sambil menderma!

Jenis-jenis :


Isu Palestin tidak pernah selesai, walaupun dengan kemunculan kembali propaganda gencatan senjata yang dicanangkan oleh tentera Zionis laknatullah.

Kategori-kategori Penulisan Artikel

Di sini disenaraikan kategori untuk penulisan bagi penulis-penulis (authors) jemputan:
Untuk artikel-artikel kiriman berbentuk tazkirah, perkongsian isi taklim mahupun review buku, isu semasa dan sebagainya dikategorikan dengan kategori di bawah:
  • Tazkirah dan Peringatan
  • Review Buku, Kitab dan Pengajian Luar
  • Ta'lim Mingguan Pak Romy
  • Pengajian Lokal Drs. Muchlish Abdi
  • Pengajian Hadis Syeikh Ali
Sebarang cadangan kategori tambahan, sila tulis di ruang komen dibawah. Penulis-penulis jemputan dari AJK Biro Agama diharapkan dapat memaksimalkan penggunaan blog dan juga milis kita ke arah gerak kerja biro yang lebih sistematik. Terima Kasih.

"Setitis Keikhlasan Selaut Keberkatan"

Ketua Biro Agama dan Pembangunan Insan
Sesi 2008/09

Blog Header 1.0

Thursday, February 05, 2009

Pendahuluan

بسم الله الرحمن الرحيم

Blog ini dalam pembinaan. Harap dapat bersabar sebelum ia dilancarkan dengan rapi.