اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Saturday, September 25, 2010

Jom Puasa Enam!



Assalamualaikum wbt..tampak semakin ramai berminat untuk berusaha untuk berpuasa enam di bulan Syawal kali ini. Alhamdulillah. Moga sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dari-Nya selalu.

Di sini, ada serba sedikit yang dapat dikongsikan untuk sahabat2 mengenai puasa sunat enam di Bulan Syawal.

PUASA SUNAT 6 DI BULAN SYAWAL

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Syawal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun).”[HR Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah]

Puasa sunat Enam Syawal boleh dilakukan semua umat Islam, asalkan berakal dan tidak mempunyai keuzuran yang menghalangnya berpuasa. Dalam masa sama, boleh kita teruskan aktiviti kita di bulan Ramadhan kecuali solat Terawih, namun ganjaran pahala di bulan Ramdhan dan di luar Ramadhan tidak sama. Sayang jika hanya ketika Ramadhan saja ibadah diperbanyakkan, namun setelah Ramadhan ia ditinggalkan. Jika ini berlaku, ternyata puasa Ramadhan yang lalu kita belum dapat membentuk ketaqwaan dalam diri kita.

Puasa Qada ke Puasa Enam Syawal?

Yang terbaik bagi seseorang yang mempunyai qada puasa Ramadhan, sebaiknya hendaklah menyelesaikan qada Ramadhan dahulu kemudian diikuti puasa enam hari Syawal. Jika tidak berkesempatan lalu berpuasa enam dahulu dan qada selepas itu, mudah-mudahan amalan itu tetap diterima Allah kerana secara umumnya dia menunaikan keduanya cuma tidak tersusun sahaja. Namun, lebih elok mendahulukan yang wajib.

Tak boleh gabung ye?

Tidak ada dalil jelas membuktikan Nabi saw menggabungkan puasa. Oleh itu, elok sangatlah jika tidak digabungkan puasa.

Sumber : Tanya Jawab Dr.MAZA

Sebenarnya, kami ingin berkongsi dalam risalah kami kali ini tapi tidak mengizinkan. Jadi, kami gunakan inisiatif untuk berkongsi di post kali ini. Risalah Syawal boleh di download di 'Perkongsian Kami'..Jom2!

Wallahu a'lam.

1 comments:

emre said...

https://saglamproxy.com
metin2 proxy
proxy satın al
knight online proxy
mobil proxy satın al
CA7LX

Post a Comment