اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
أهلا وسهلا
Saturday, September 25, 2010
مرحبا بك أخي أختي
Assalamualikum wbt.
Agaknya masih tidak terlambat untuk kami mengucapkan مرحبا بك أخي أختي , 'Selamat Datang Adik-adik 2010' ke Ukrida. Moga Allah mempermudah urusan adik-adik. Datangnya kalian dengan membawa satu harapan diiringi doa ibu bapa. Semoga pulang nanti membawa satu kejayaan bukan hanya untuk duniawi malah untuk akhirat. InsyaAllah kita semua.
Teruskan perjuangan!
Dalam perjuangan, kita perlukan usaha. Dalam usaha, kita perlukan tawakal. Dalam tawakal, kita perlukan doa.
Firman Allah;
"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina"." [QS Al-Mukminun,40;60]
Apa lagi, jangan lepaskan peluang keemasan itu..:)
Wallahu a'lam.
Jom Puasa Enam!
Assalamualaikum wbt..tampak semakin ramai berminat untuk berusaha untuk berpuasa enam di bulan Syawal kali ini. Alhamdulillah. Moga sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dari-Nya selalu.
Di sini, ada serba sedikit yang dapat dikongsikan untuk sahabat2 mengenai puasa sunat enam di Bulan Syawal.
Sebenarnya, kami ingin berkongsi dalam risalah kami kali ini tapi tidak mengizinkan. Jadi, kami gunakan inisiatif untuk berkongsi di post kali ini. Risalah Syawal boleh di download di 'Perkongsian Kami'..Jom2!PUASA SUNAT 6 DI BULAN SYAWAL
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Syawal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun).”[HR Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah]
Puasa sunat Enam Syawal boleh dilakukan semua umat Islam, asalkan berakal dan tidak mempunyai keuzuran yang menghalangnya berpuasa. Dalam masa sama, boleh kita teruskan aktiviti kita di bulan Ramadhan kecuali solat Terawih, namun ganjaran pahala di bulan Ramdhan dan di luar Ramadhan tidak sama. Sayang jika hanya ketika Ramadhan saja ibadah diperbanyakkan, namun setelah Ramadhan ia ditinggalkan. Jika ini berlaku, ternyata puasa Ramadhan yang lalu kita belum dapat membentuk ketaqwaan dalam diri kita.
Puasa Qada ke Puasa Enam Syawal?
Yang terbaik bagi seseorang yang mempunyai qada puasa Ramadhan, sebaiknya hendaklah menyelesaikan qada Ramadhan dahulu kemudian diikuti puasa enam hari Syawal. Jika tidak berkesempatan lalu berpuasa enam dahulu dan qada selepas itu, mudah-mudahan amalan itu tetap diterima Allah kerana secara umumnya dia menunaikan keduanya cuma tidak tersusun sahaja. Namun, lebih elok mendahulukan yang wajib.
Tak boleh gabung ye?
Tidak ada dalil jelas membuktikan Nabi saw menggabungkan puasa. Oleh itu, elok sangatlah jika tidak digabungkan puasa.
Sumber : Tanya Jawab Dr.MAZA
Wallahu a'lam.
Friday, September 10, 2010
Salam Aidilfitri
Kami ahli Halaqahjakarta ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI bagi semua umat Islam walau di mana anda berada. Bagi yang beraya di perantauan, jangan sedih jangan pilu. :)
"Barangsiapa telah berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan 6 hari dari Syawal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)."[HR Bukhari, no.6502]
Apalagi, jom puasa 6. :) Tapi bagi muslimat yang perlu mengqadha kan puasanya, utamakan yang wajib dulu ye. Boleh rujuk di Zaharuddin.net bagi yang ingin bertanya tentang isu gabung sunat dan wajib.
Wallahu a'lam. Wassalam.