اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Friday, February 19, 2010

Pelajar Muslim Cemerlang

Assalamualaikum wbt.

Ingin menjadi pelajar Muslim yang cemerlang?


Bagaimana ye?

* Meluruskan dan memperbetulkan niat belajar hanya kerana Allah swt bukan hanya untuk pekerjaan atau peperiksaan. Terutama kita sebagai pelajar Perubatan. Bukanlah semata-mata untuk mendapatkan gelaran Dr. Sebaiknya, tuntutlah ilmu untuk berbakti pada Islam dan kaum Muslimin. Bukan sahaja kita mendapat pahala malah juga dipermudahkan untuk mendalami sesuatu ilmu itu.

* Mengetahui bahwa dasar atau asas keilmuan moden pada hari ini adalah datangnya dari Ilmuan Islam. Contohnya, Ibnu Sina, Ibnu Rusy, Al-Khawarizmi dll.

* Meluruskan pandangan terhadap aktiviti belajar dan mengajar. Ia bukan sahaja untuk penguasaan ilmu pengetahuan dalam akal untuk ditulis kembali dalam kertas jawapan tetapi harus menjadi suatu penyiapan peribadi pembangun yang berwawasan luas yang dengan ilmunya ia dapat memberi manfaat dalam berbagai bidang kehidupan manusia.

* Memahami bahwa aspek pendidikan moral lebih diutamakan daripada aspek keilmuan yang lain dengan mempelajari adab-adab serta ajaran Islam serta memaksa diri untuk komited. Contohnya, melazimkan diri dengan membaca al-Quran pada setiap hari dan membeli buku-buku Ilmiah sebagai rujukan.

* Pandai memilih sahabat seperjuangan dan tempat yang bersih, suci serta bermanfaat.

* Masa adalah yang paling utama. Sebagai pelajar, kita harus menggunakan masa dengan sebaiknya. Disiplin penting untuk mematuhi masa dan mematuhi jadual.

* Membersihkan hati dari sifat mazmumah, dendam, iri hati, benci, sombong dll.

* Sentiasalah berzikir kepada Allah dan memohon pertolongan dari Allah. Bertawakkal lah kepada Allah. InsyaAllah.


1.”Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?”
2. dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,
3. Yang memberatkan punggungmu)?
4. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu).
5. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain),
8. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Moga Allah permudahkan kita semua. InsyaAllah.

Wallahua'lam. Wassalam.

Apa Ertinya Saya Menjadi Muslim?

Assalamualaikum wbt. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah saw. Moga dirahmati Allah.

Skenario

Hari Jumaat yang indah, jam menunjukkan jam 12lebih, azan kedengaran dari Masjid Nurul Hikmah, kelihatan 2 orang pemuda yang masih lagi enak menjamu selera.

Bro A : Aku bangga ar jadi orang Islam. Satu hari nanti, aku nak jadi pejuang agama yang hebat!
Bro B : Mu nok juang gapo gak A?
Bro A : Ye ar, cuba ko nilai umat Islam sekarang. Dah makin xmenjadi.
Bro B : Gapo hok makin xjadi nyo?
Bro A : Ye ar, aku tak tahu nak pandang atas ke pandang bawah. Pompuan sekarang ish2. Pemimpin skang plak ish3. Negara Islam plak ish4. Sedih aku.
Bro B : Sedap jah mu ngato kokre len. Hok kito ni xgi solat jumaat jadi ko?ish5. Muslim sangat la tuh. Meh cepat. Azan doh tu.

[Cerita ini hanya rekaan semata. Tidak ada kaitan antara yang hidup dengan yang meninggal dunia]

Saya seorang Muslim. Saya sangat bangga menjadi seorang Muslim. Tapi, muslimkah saya di sudut Akidah, Ibadat, Akhlak? Bagaimana untuk menjadi benar-benar Muslim?

Muslim di Sudut Aqidah


Muslim di Sudut Ibadah



Muslim di Sudut Akhlaq


[Ringkasan semata dari buku karangan Fathi Yakan..untuk bacaan selanjutnya boleh di download atau dibeli di kedai buku berhampiran.]

Wallahua'lam. Wassalam.


Saturday, February 13, 2010

Hari Kekasih?

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw. Moga dirahmati Allah selalu.

14 Februari...Hari Kekasih atau dalam english nya Valentine's Day..


[click utk link iluvislam]

Skenario yang diberi;

A : Salah ke saya menyambut hari kekasih dengan isteri/kekasih saya? Tak salah kan? Ini tandanya saya sayang kan isteri/kekasih saya.

B : Ala rileks la bro. Aku just jual jual bunga je. Esok kan hari kekasih. Ada warna merah pink orange. Kalau bro nak beli pon bley gak. Bagi kat ehem2...

Analisis Masalah dari Skenario

Boleh kah meraikan hari Kekasih? Apa erti sebenarnya Hari Kekasih ini?

14 Februari; Ada tiga pendapat yang kuat berkaitan asal-usul Valentine.

Pertama, pada pemerintahan ROM, 14 Februari ditetapkan sebagai hari cuti bagi orang JUNO ratu kepada dewa-dewa Rom. Pada 15 Feb, diadakan Pesta Lupercalia. Di dalam pesta ini, nama gadis-gadis Rom akan ditulis dan dimasukkan kedalam bekas. Kemudian, para pemuda akan mencabut nama didalam bekas itu, nama yang terpilih akan menjadi pasanngannya sepanjang pesta itu.

Pendapat kedua, Valentine adalah untuk memperingati ketabahan St. Valentine yang dibunuh oleh Raja Claudius II pada tanggal 14 Feb 270. St. Valentine dibunuh kerana mengingkari arahan raja itu supaya membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan dengan mengahwinkan pasangan secara rahsia.

Pendapat ketiga iaitu pendapat yang paling masyur, Valentine bermula apabila diisytiharkan oleh Ratu Isabella. Sebagai tanda berterima kasih kepada St. Valentine yang berjaya menakluk dan menghapuskan pengaruh Islam di Cordova, Ratu Isabella membenarkan St. Valentine untuk membuat permintaan. St Valentine, seorang Paderi Katolik, membuat permintaan untuk berkahwin dengan seorang Protestan. Kerana murka, St. Valentine di penjarakan untuk sementara waktu. Ratu Isabella sendiri menetapkan 14 Februari sebagai hari memperingati kekasih untuk St. Valentine.

Jawapan Dari AL-QURAN pedoman kita;

Firman Allah;

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”[QS 109; 1-6]

"Dan barangsiapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi."[QS 3;85]

Sabda Rasulullah saw;

Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing dan ini (aidilfitri dan aidiladha) adalah perayaan kita. [HR Bukhari 952; Muslim 1892]

Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah; "Janganlah kamu bantu-membantu dalam perkara dosa dan permusuhan."
Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Valentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa saja. -Zaharuddin.net-
Kesimpulan Masalah

Islam adalah cara hidup kita. Islam tidak melarang untuk kita mencintai satu sama lain kerana itu adalah lumrah sebagai hamba-Nya. Telah ditakdirkan Adam hanya untuk Hawa dan Hawa untuk Adam. Tapi, tidak semestinya, kita menghargai isteri/suami/kekasih kita hanya pada hari Kekasih, yang pasti haram kerana kita telah mengagungkan perayaan agama lain. Kerana bagi yang berpasangan yang halal (suami isteri), setiap hari adalah hari kekasih. Tidak perlu menanti tanggal 14 Februari.

Sumber; iluvislam, al-Muntalaq, Muslim1st.com & Zaharuddin.net.

Wallahu a'lam. Wassalam.

Friday, February 05, 2010

Seminar Pendedahan tentang Syiah

Assalamualaikum wbt.

InsyaAllah, Seminar Pendedahan Tentang Syiah akan diadakan pada;

7 Februari 2010
hari Ahad
bersamaan dengan 23 Safar 1431 H
di Masjid Nurul Hikmah
Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir



[click pada gambar untuk lebih jelas]

[*] Sebarang perubahan akan diumumkan.

Moga Allah permudahkan urusan sahabat-sahabat.

Wallahu'alam. Wassalam.

Wednesday, February 03, 2010

Tema Al-Quran ul Karim

Assalamualaikum wbt.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.

"Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran) kepada hamba-Nya dan Dia tidak menjadikannya bengkok."[QS 18;1]

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. Tanggal 2 Februari, ta'lim Drs Muchlish disampaikan dengan jayanya yang mana ustaz menyentuh tema pada Al-Quran. Setiap kali ta'lim, ustaz amat menekankan pentingnya interaksi dengan al-Quran. Bagaimana? 5 langkah yaitu; membaca, memahami, mentadabbur, mengamalkan, dan mendakwahkan.



Al-Quran merupakan salah satu kekuasaan Allah yang diturunkan melalui Rasulullah saw sebagai utusan. Terdapat 7 tema yang mencakup isi al-Quran.

* Meluruskan aqidah dan kepercayaan ummat manusia.

Aqidah yang Allah cakupkan adalah percaya adanya Allah, Rasul dan hari akhirat. Percaya adanya Allah, pencipta manusia. Dalam Islam, Allah Maha Pengasih Maha Penyayang dan Maha Adil. 99 nama Allah harus diketahui.

Allah mempunyai 99 nama, kurang stau seratus. Sesiapa menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil dan menyukai bilangan yang ganjil. [HR Bukhari & Muslim]

Islam agama yang benar ini tidak dapat dibandingkan dengan agama lain. Contohnya, agama Yahudi, penganut Yahudi menganggap Tuhannya bersifat pemarah dan tegas. Tetapi, bagi Nasrani, Tuhannya punya anak. Rasul, bagi Islam, hanya manusia biasa punya anak dan ibu, yang diterima utusan dan memberi syariat serta menyampaikan. Bagi Yahudi dan Nasrani, rasul itu dikira anak tuhan mereka.Hari Akhirat, bagi Islam, adalah hari pembalasan. Dunia ini hanya adalah ibarat sawah untuk bercucuk tanam. Hasilnya akan diperoleh akhirat nanti. Bagi Yahudi dan nasrani, kelak mereka yakin mereka akan menjadi penghuni syurga.

* Menetapkan kemuliaan manusia dan hak-haknya.

Allah muliakan manusia yaitu ciptaan-Nya yang paling istimewa kerana dikurniakan akal. Buktinya, Allah melantik utusan-Nya dari kalangan manusia. Semua manusia adalah sama. Pangkat, darjat tidak penting di sisi Allah. Oleh itu, kita tidak perlu untuk berasa rendah diri sesama manusia. Tapi, bersikap rendah diri lah pada Allah.

* Beribadah kepada Allah dan bertaqwa kepada-Nya.

"Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa." [QS 2;21]

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka veribadah kepada-Ku."[QS 51;56]

* Membersihkan jiwa manusia dari penyakit-penyakit jiwa dan kotoran dunia.

"Dialah yang mengutus seorang Rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan mereka ayat-ayat-Nya, menyucikan jiwa mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah, meskipon sebelumnya, mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata."[QS 62;2]

Kesesatan yang nyata di sini adalah orang yang hidup tanpa tujuan. Jadi, apakah tujuan Allah ciptakan kita? Jawapannya di [QS 51;56]. Dan apakah tujuan hidup kita?

* Membentuk keluarga dan berlaku adil kepada wanita.

Pesan Ustaz, "Didiklah anak sebaik-baiknya kerana anak adalah penyejuk mata bila dilihat dan penyenag hati bila diingat. InsyaAllah."

* Membentuk ummat yang menjadi saksi bagi manusia.

* Mengajak, membangun kehidupan manusia dengan semangat tolong-menolong.

InsyaAllah keunggulan Islam akan tampak.

InsyaAllah, ta'lim kali ini akan disambung pada 2 minggu lagi. InsyaAllah. Sahabat semua dijemput. =D

Info Pengajian Drs Muchlish, anjuran Masjid Nurul Hikmah;

Setiap bulan,
2 kali pengajian
pada hari Selasa
minggu pertama dan minggu ketiga.

[nanti akan diberitahu oleh ahli Halaqahjakarta]

InsyaAllah. Moga Allah permudahkan urusan kalian.

Wallhua'lam. Wasssalam.