اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Monday, November 30, 2009

Pemberitahuan: Ta'lim Pak Romy

Assalamu'alaikum wbt.

Insya Allah malam ini (Isnin, 30 Nov 2009) akan diadakan Ta'lim Pak Romy bagi angkatan 2008 dan 2009. Ta'lim diadakan di Masjid Nurul Hikmah, bermula pada jam 8.00 malam dengan halaqah Quran. Kami sangat mengharapkan agar semua dapat hadir.

Bagi angkatan lain yang berkelapangan, dijemput juga hadir. Sama-sama kita ringankan jasad dan lepaskan hijab hati untuk menyertai majlis ilmu.

Terima kasih.

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha



Assalamualaikum wbt..

Salam aidiladha dari kami ahli Halaqah Jakarta buat Muslimin dan Muslimat..

Moga Iduladha kali ini lebih kita hayati dan lebih baik dari sebelumnya. Moga amalan kita sebelumnya sentiasa dirahmati dan diredhai Allah sentiasa.

Allah adalah tujuan. Rasulullah sebagai pedoman.

Friday, November 20, 2009

yuk! tingkatkan ilmu!

Assalamualaikum w.b.t.

InsyaAllah, Biro Agama dan Pembangunan Insan UMSA akan mengadakan program qiamullail bagi Muslimin dan seterusnya dilanjutkan dengan ceramah mengenai REMAJA.

Program ini adalah seperti berikut;

Tema : Remaja
Tarikh : 22 November 2009
Hari : Ahad
Tempat : Masjid Nurul Hikmah
Penceramah :
Ustaz Mohd Azhari Roslan
[Merupakan Pelajar UIN dan Lepasan dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi]

Tentatif program adalah seperti berikut;

[Sabtu, 21 November 2009]

9.30 pm Berkumpul di masjid Nurul Hikmah, Halaqah Al-Quran
10.00 pm Tidur

[Ahad, 22 November 2009]

3.00 am Qiamullail
4.00 am Solat Subuh
4.30 am Dzikir Pagi
5.00 am Bersiap Diri
8.30 am Berkumpul di masjid
9.00 am Program daurah bermula
11.00 am Sesi soal jawab
11.30 am Bersurai dan diikuti dengan solat zohor berjemaah

Yuk! Kita luangkan masa untuk tingkat kan ilmu. Pasti janji Allah;

...nescaya Allah akan mengangkat derajat orang-orang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa derajat. Dan Allah Maha teliti apa yang kamu kerjakan.[QS 58;11]

Barangsiapa yang berjalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan jalannya ke syurga. [HR Muslim]

Jadi, mari kita sama-sama tuntut ilmu=)..insyaAllah Allah permudahkan urusan kita. Moga redha Allah bersama kita..amiin.

Sunday, November 15, 2009

Cerpen Muhasabah




Selepas Subuh hari itu, saya memerhatikan beberapa ayat al-Quran. Tadabbur dan tafakkur. Khali seketika. Saya amat tersentak apabila memerhatikan makna yang terkandung dalam surah Iqra’.

“Apa yang Abg Dzul dapat daripada surah itu?” adik usrah saya bertanya.

“Surah ini banyak juga membentak Abu Jahal. Apa yang paling menakutkan ialah apabila Allah membuat satu cabaran terbuka kepada bapa saudara nabi yang kufur itu. “Maka panggillah orang-orang kamu (untuk membantu kamu)”. Itu cabaran yang dilemparkan oleh Allah,” jelas saya ringkas.

Namun bukan itu yang menakutkan. Saya diam mengumpul tenaga. terasa sebak melanda hati saya, sekaligus membuatkan jiwa saya terperosok ke lembah kedukaan. Saya dapat merasakan seolah-olah saya benci seketika untuk melakukan maksiat.

Rantai keimanan mengikat saya. “Panggillah orang-orang kamu (untuk membantu kamu). Kami (Allah) pula akan memanggil Zabaniah.”

Itu yang menakutkan. Allah membuat cabaran akan memanggil Zabaniah untuk berhadapan dengan orang-orang yang sombong. Zabaniah sebagai penjaga neraka yang bengis dan tidak pernah tersenyum setelah melihat penciptaan neraka ditugaskan untuk melayan orang-orang yang sombong.

Dalam neraka itu ada buah zaqqum. Buah yang berbau busuk dan loya, lebih meloyakan berbanding najis yang melimpahi mangkuk tandas.

Dalam neraka itu ada hidangan air bernanah. Seolah-olah nanah yang pecah setelah membesar, lalu dihirup dan dijilat dengan lidah. Itu hidangan ahli neraka.

“Adik-adikku, jauhilah kamu dari zina,” saya berpesan kepada adik-adik usrah saya kalangan muslimah. Mereka mendengar dengan tekun. “Sesungguhnya dihikayatkan dalam satu kisah, buah dada penzina perempuan akan digantung dengan tali neraka,” ada kalangan mereka mula menitiskan air mata.

Pernahkah kita membayangkan bahawa mata kita akan dicucuk dengan besi panas? Atau kuku kita dicabut satu-persatu. Atau kulit kita dilapah-lapah? “Maka adik-adik muslimin, jauhilah kamu dari zina. Sukakah jika kemaluan kamu dicucuk dengan jarum?”

Zabaniah tidak berhati perut. Ia tidak mengenal erti belas kasihan. Jika perlu, ia akan menarik lidah kita lalu dikelar dengan pisau tajam. Jika perlu, ia akan menusuk dubur kita dengan kayu berduri. Jika perlu, ia akan menusuk mata kita dengan jarum tajam.

Aduh, neraka itu tempat yang gelap gelita. Penghuninya berbau busuk sekali, loya dan meloyakan. Penuh dengan muntah dan kencing serta najis yang berlimpahan. Penuh dengan suasana yang trauma dan menakutkan.

Saya ingin melemparkan satu amaran kepada diri saya yang melakukan maksiat.

Sungguh, orang yang mengerti tentang Islam, namun jika ia keluar berdua-duaan dengan yang bukan muhrim atau kekasihnya, maka saya ingin bertanya. “Sanggupkah kamu melihat buah dada kekasih kamu digantung dengan tali neraka?”

“Atau sanggupkah kamu melihat kemaluan kekasih kamu dimasukkan jarum”.

Menangislah, Zabaniah tidak akan peduli.

Sentuhlah babi yang penuh dengan lumpur. Sesungguhnya nabi saw bersabda, menyentuh babi yang penuh lumpur lebih mulia daripada menyentuh kulit perempuan yang bukan muhrim.

Jika kamu ingin melihat salah seorang bakal penghuni neraka, lihatlah kepada orang yang selalu melayan nafsu kamu, keluar berdua-duaan dengan kamu, rela tangannya dipimpin kamu, rela badannya diusap-usap oleh kamu, rela menghabiskan masa dengan kamu, rela bibir dan pipinya dicium kamu, rela menunggang motor bersama kamu, lalu ia memeluk kamu dengan penuh erat. Itulah calon neraka.

“Ustaz, bagaimana ingin menimbulkan rasa benci kepada sikap itu? Suka keluar bersama pasangan, di waktu siang mahupun malam, bersama di atas motor dan kereta.”

Saya menjawab, “Bayangkan jika ibu kamu yang keluar bersama lelaki lain. Apakah kamu akan membenci ibu kamu?”

Ah, Zabaniah tidak peduli dengan raungan dan rintihan orang yang merayu. Zabaniah hanya mengenal erti ‘penyeksaan’.

“Anakku,” guru memangil saya satu ketika. Saya sedikit mendekatkan telinga saya ke bibirnya. “Janganlah kamu hanya menangisi dosa-dosa yang kamu lakukan. Tetapi fikirkanlah juga bagaimana cara menimbulkan benci kepada dosa. Orang yang hanya menangisi kesilapan akan mengulanginya semula. Orang yang menanam rasa benci tidak akan kembali,” saya mengangguk.

“Anakku,” guru masih ingin memberikan nasihat. “Pernahkah kamu merasa air kencing kamu?” saya terus menggeleng. Terasa gei menguasai diri. “Jika kamu ingin merasa air kencing kamu, lakukanlah maksiat. Kelak Zabaniah akan menghidangkan air kencing sebagai hidangan minuman kamu.”

“Anakku,” saya sudah tidak mampu menahan sebak. Sedih. Galau. Takut. Gerun. Semua bercampur-campur dalam hati yang satu. Kamu tahukah apa ibarat neraka itu?” saya menjawab tidak, dalam sebak.

“Umpama tangki tahi. Itulah ibarat neraka,”

« Anakku, jika kamu ingin selamat di akhirat, aku ingin memberikan satu petua. Jika kamu berjaya mengikut petua aku ini, engkau akan selamat, »

« Kamu perlekehkan nafsu kamu. Hina ia. Kamu perlekehkan kehendak dunia kamu. Hinakan ia. Namun ingatlah satu perkara. Semakin kamu memperlekehkan nafsu kamu, maka semakin kuat ia mengejar kamu,” pesan guru dan tiba-tiba kemudiannya guru ghaib.

Zabaniah tidak kenal erti kasih.

Saya berbisik dalam hati,Tuhan, jauhkanlah Zabaniah daripada hamba-Mu yang penuh dengan maksiat ini,” lalu saya tersungkur di mihrab kerinduan.

Penulis asal: Ustaz Mohd Dzul Khairi Mohd Noor
Sumber : Blog (Aku Hanya Penulis)

Ibadah Haji

Ringkasan dari Ta'lim Dr. Muchlish Abdi pada 10/11/09.

...Dan di antara kewajipan manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah yaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana. Siapa yang mengingkari ibadah haji, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Kaya dari seluruh alam.[QS 3;97]

Ibadah haji adalah salah satu Rukun Islam yang wajib bagi umat Islam melengkapinya, tapi Allah meletakkan 'bagi orang yang mampu mengerjakan'. Oleh itu, wajib bagi yang mampu untuk mengerjakan Rukun Islam yang kelima.

Ibadah Haji merupakan ibadah yang mencakup. Ada 5 macam ibadah yang mencakup ibadah haji ini, yaitu;

* Ibadah Zaatiyah yaitu ibdah fisik atau perbuatan. Walaupun ke Baitullah mengerjakan haji, solat tetap wajib.
* Ibadah Maaliyah yaitu yang berkaitan dengan harta. Infaq, sedekah dan berjihad dengan harta adalah contoh ibadah maaliyah.
* Ibadah Salbiyah, yaitu diminta untuk tidak. Para Jemaah diminta untuk tidak melakukan kekacauan, tidak memusnahkan alam dan lain-lain.
* Ibadah Ijabiyah yaitu memenuhi panggilan. Tawaf di Baitullah.
* Ibadah Ijtimaiyah yaitu ibadah kemasyarakatan.

Bagi para jemaah wanita, jika ajalnya ketika mengerjakan ibadah haji merupakan mati syahid.

Aisyah, Ummul Mukminin r.a menceritakan bahwa dirinya pernah bertanya, "Rasulullah, kami melihat bahwa jihad adalah sebaik-baik amal. Tidakkah kami para wanita tidak berjihad?" Rasulullah saw menjawab, "Tidak, akan tetapi sebaik-baik haji adalah haji mabrur."[HR Bukhari dan Ibnu Huzaimah]

Ibadah ini sangat menekankan keikhlasan kerana di antara ibadah wajib, ibadah inilah yang disebutkan 'kerana Allah'.

Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah....[QS 2;196]

Kenapa harus ikhlas? Kerna ibadah ini ibadah yang berat. Para Jemaah harus ikhlas sebelum, sewaktu dan sesudah melaksanakan ibadah haji ini.

Ibadah ini wajib bagi yang mampu sekali seumur hidup. Ibadah ini memerlukan 3 ilmu yaitu;

Ilmu Tauhid agar ikhlas untuk mencari redha Allah, Ilmu Fiqh agar caranya yang benar dan ilmu Tharikh (Sejarah). Para jemaah harus tahu apa itu Jamrah, Muzdalifah, Mas'a (tempat Sa'i) dan harus tahu apakah tujuannya setiap perbuatan dalam haji.

Agar mereka menyaksikan berbagai manfaat untuk mereka dan agar mereka menyebut nama Allah pada hari yang ditentukan...[QS 22;28]


Moga ibadah kita diterima Allah. Amiin.

Thursday, November 05, 2009

Doa dari Al-Quran


Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka.[QS 2;201]

Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.[QS 2;250]

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami pikulkan. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.[QS 2;286]

Ya Tuhan kami,sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami, sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.[QS 66;8]

Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sungguh Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang.[QS 59;10]

Ya Tuhan kami, lenyapkanlah azab itu dari kami. Sungguh kami akan beriman.[QS 44;12]

Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang soleh di antara nenek moyang mereka, isteri-isteri dan keturunan mereka. Sungguh Engkaulah yang Maha Perkasa Maha Bijaksana.[QS 40;8]

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kami rahmat dari sisi Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi. [QS 3;8]

Selamat beramal!

Moga redha Allah bersama kita.
InsyaAllah.

[maaf gambar ayat kurang jelas..InsyaAllah akan ditambah pada post seterusnya=D]