اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Sunday, September 13, 2009

Semester Baru Hadir Lagi

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setelah setahun bertungkus lumus berusaha, Allah masih bukakan peluang untuk teruskan perjuangan pada hamba-Nya sekalian untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu bukan sahaja ilmu perubatan malah yang lebih penting ilmu mengenai agama Islam. Syukur alhamdulillah, segala puji bagi-Nya telah memberi kita nikmat umur yang panjang dan sihat tubuh badan serta akal yang sihat. InsyaAllah, besok dan seterusnya, bermulalah semester ganjil untuk tahun 2009 ini.


“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat.”[58;11]

Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari suatu pengetahuan (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga. [HR Bukhari]

Oleh itu, marilah wahai sahabat, kita teruskan perjuangan dengan niat lillahi taala. InsyaAllah, redha Allah bersama-sama kita dalam setiap perbuatan.

Saturday, September 12, 2009

Majlis Ifthar Sempena Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah syukran lillah..Pada 29 Ogos yang lepas bersamaan dengan 8 Ramadhan 1430H, ahli Halaqah Jakarta telah berkerjasama mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama mahasiswa Malaysia di Ukrida. Antara yang hadir adalah pelajar yang tidak pulang ke Malaysia dan juga pelajar angkatan 2009 yang baru menempatkan diri di Ukrida.


Majlis Ifthar ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwwah antara mahasiswa. Majlis ini diadakan di Masjid Nurul Hikmah. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan jayanya dan terima kasih kepada mahasiswa yang terlibat yang turut menjayakan program ini.

Jazakallah khairan.

Ihya' Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Datang kepada adik-adik dan sahabat-sahabat angkatan 2009!!!

Alhamdulillah..23 Ogos yang lepas yaitu pada 2 Ramadhan 1430 H telah diadakan Program Ihya' Ramadhan bertempat di Masjid Nurul Hikmah bermula jam 9 pagi. Program ini diadakan sempena menyambut kedatangan sahabat-sahabat yang mula memenuhi tempat di Universitas Ukrida supaya ukhuwwah yang berkekalan dapat terjalin dengan baik lillahi taa'la di samping memenuhi aktiviti pada Bulan Ramadhan kali ini.

Program dimulakan dengan ucapan dari wakil Ahli Halaqah Jakarta, juga dikenali Biro Agama Pembangunan Insan di Ukrida. Seterusnya, diisi dengan pengenalan kepada ta'lim Pak Romy yang insyaAllah yang akan juga diadakan untuk angkatan 2009 ini.

Antara Sahabat-sahabat yang hadir

Program taa'ruf di kalangan angkatan 2009, yaitu latihan dalam kumpulan (LDK) juga diadakan untuk membentuk hubungan yang baik sesama mereka.



Program Taa'ruf antara Pelajar Lelaki

Taa'ruf antara akhowat

Alhamdulillah. Program ini banyak mendapat sambutan yang menggalakkan dari sahabat-sahabat. Semoga program ini banyak memberi manfaat pada kita semua dan mengukuhkan lagi ukhuwwah. Semuanya lillahi taala. Moga redha Allah sentiasa bersama-sama kita dalam setiap pekerjaan. InsyaAllah.

Saturday, August 29, 2009

Assalamualaikum w.b.t

Assalamualaikum w.b.t.

Kami dari pihak API mohon maaf. Blog ini masih lagi dalam pengubahsuaian.
Jadi, bagi yang melawat, harap bersabar.
InsyaAllah dalam masa terdekat, blog ini akan kembali seperti sedia kala.
InsyaAllah. moga Allah redha.=)

Jazakallah.

"Setitis Keikhlasan Selaut Keberkatan"



Monday, August 24, 2009

Muat Turun dari kami!


Alhamdulillah. Selangkah lagi menuju ke depan. Kami menyediakan kepada anda ruang untuk muat turun bahan-bahan hebahan dari kami. Antara yang tersedia untuk kali ini adalah Risalah Ramadhan dan juga Senarai semak amalan Ramadhan. Contohnya adalah seperti pada gambar dibawah. Namun ia hanya contoh. Muat turun dan anda akan ketahui.


Itu sahaja dari kami untuk kali ini. Nantikan bahan/risalah kami yang akan datang! Terima kasih kerana sudi melawat.