اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Wednesday, May 11, 2011

Antara Optimis dan Pesimis

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Sumber: Antara Optimis dan Pesimis (saifulislam.com)

“Senyum!” saya memfokuskan kamera.

“Hahaha!” kami semua ketawa.

Saiful Islam semakin kehilangan gigi susunya. Satu demi satu gigi tercabut. Ada yang dicabut di klinik gigi, ada yang main cabut sendiri. Maka jadilah senyumannya demikian.

Demikian yang bagaimana?

Antara optimis dan pesimis… nampak apa?

Gigi yang tiada, atau gigi yang masih ada, atau gigi yang bakal ada?

CARA MEMANDANG

Seorang yang pesimistik dalam pemikiran, berkecenderungan untuk melihat sisi gelap terhadap segala sesuatu. Sentiasa bermonolog negatif, dan melahirkan dialog yang negatif. Ia terbit dari kalimah Latin (pessimus) bermaksud worse. Pesimis adalah kesimpulan hasil fikir dan persepsi pada cara melihat, yang menafsirkan segalanya dari sudut yang buruk.

Tidak percaya pada peluang diri untuk berubah.

Tidak percaya pada peluang masyarakat untuk meningkat.

Tidak percaya hasil krisis kepercayaan diri.

IDEALISMA DAKWAH

Di alam dakwah, golongan yang taasub mutlak tidak mendatangkan banyak faedah jangka panjang. Mereka mungkin tenaga penting untuk melaksanakan suatu agenda, tetapi mereka berbangga dengan keletihan dan pengorbanan, tanpa muhasabah ke atas kualiti dan hasil. Mereka cepat menganggap bahawa mereka telah memberikan yang terbaik, biar pun kerugian dan kemalangan yang sama datang berulang kali.

“Kamu cakap sahaja. Siapa yang turun susun meja gantung sepanduk?” katanya.

Ada segolongan lagi yang tepu dengan idea, begitu kritis sentiasa menganalisa persekitaran. Mereka kaya dengan kritikan.

Keupayaan minda untuk kritis dalam memberikan tindak balas, adalah suatu kurniaan yang besar. Ia amat berguna untuk menyuluh sudut yang tersembunyi bagi penambah baikan. Asas penting untuk kelangsungan tumbesaran gerakan dakwah menyusur zaman.

Tetapi kritikan yang datang dari minda optimis, berbeza dengan kritikan bernada pesimis.

MEMBINA VS MERUNTUH

Kritikan optimis adalah kritikan yang disertakan dengan penyelesaian dan harapan. Bahasanya adalah bahasa berkeyakinan bahawa ada jalan dan ada peluang untuk penambah baikan itu berlaku. Malah optimis yang sempurna ialah pada menjadikan diri sebahagian daripada agenda itu. Bahasa kita menyebutnya sebagai kritikan membina.

Akan tetapi, kritikan pesimis adalah kritikan yang sangat sinikal, berbau sindiran dan tidak menampakkan kecenderungan pengkritik itu kepada penyelesaian. Padanya masalah-masalah yang dikenal pasti itu terlalu mendominasi keadaan hingga beliau tidak percaya ia mampu diselesaikan.

Ia mungkin kesan pembacaan, kesan pendedahan, kesan penglibatan… justeru ilmu dan pengalaman yang ‘panas’ itu, menimbulkan penyakit ghurur yang membinasa. Awalnya terlihat benda baru, kemudiannya memandang usang benda lama.

Buku-buku yang kurang dibaca massa, berguna dalam mencari kesegaran formula, tetapi bertukar menjadi beban, apabila pesimis dalam pemikiran.

Biar pun kritikannya betul, dengan segerabak hujah yang ilmiah lagi bersarjana, kritikan itu tidak disertakan dengan penyelesaian dan harapan. Ia bukan kritikan yang membina, tetapi ubat yang menjadi racun. Pesimisme adalah kosmetik untuk mengindahkan pemikiran tinggi yang sebenarnya hina kerana menganut putus asa!



“Barangsiapa yang menyebut bahawa manusia semuanya sudah rosak, maka dia itulah yang paling rosak di kalangan mereka” [Hadith Riwayat Muslim]

PUTUS ASA

Manusia pesimis inilah manusia yang paling rosak kerana kritikannya terputus dari rahmat Allah. Beliau membesarkan sisi gelap dan buruk, hingga lupa kepada kekuasaan Allah SWT yang Maha Luas itu.

“Ahh… inilah golongan Islamis, cakap sahaja. Mereka pun tidak tahu apa yang mereka cakapkan”

“Kekalahan pun gagal diuruskan. Kemenangan pun tidak bijak ditadbir. Tiada kelayakan!”

“Umat sudah rosak. Tak perlulah nak kursus ke atau ceramah ke, balik-balik jadi macam itu juga!”

Ayat-ayat pesimis adalah ayat putus asa. Dan putus asa adalah seburuk-buruk akhlaq kita di hadapan Dia.



“Janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya berputus asa itu bukanlah akhlaq kaum Muslimin. Realiti hari ini hakikatnya adalah impian semalam. Dan impian hari ini (itulah bakal menjadi) realiti esok. Sesungguhnya masa itu masih luas dan anasir-anasir yang sejahtera itu masih kukuh terpahat di jiwa bangsamu yang beriman, biar pun dengan kerosakan yang menggila itu. Si lemah tidak akan kekal lemah sepanjang hayatnya, dan yang kuat itu tidak akan kuat selama-lamanya” - Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna.

GELAS SEPARUH



Justeru ketika kamu melihat gelas sedemikian ini, apakah yang kamu lihat?

Sebuah gelas yang separuh isi, atau separuh kosong?

Wahai anak muda yang berjiwa besar, besarkanlah jua keyakinan dan harapanmu untuk mencita-citakan sebuah perubahan?

Jangan kritik tanpa harapan, ia hanya sebuah keputusasaan…


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir!” [Al-Baqarah 2: 214]

Harapan mesti terus hidup kerana ia bersandarkan kepada rahmat Allah yang Maha Hidup. Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui akan perihal hamba-Nya.



Wahai anak-anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf serta adiknya, dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” [Yusuf 12: 87]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Wednesday, March 02, 2011

Keep walking :)

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Panjat syukur pada Ilahi, kami masih berpeluang untuk meng'update' blog HJ ini. :)
Baru-baru ini ada pengajian dr Ustaz Muchlish yang mana ringkas, padat tp penuh isi tersirat! Jom terjah.

Berjalanlah!

Apa yang anda rasa bila kita disuruh berjalan? Mesti kita akan tertanya pada diri, 'nak pegi mana?', 'kenapa kena jalan?', 'kena jalan sorang-sorang ke?' dan macam-macam lagi pertanyaan buat diri.

Dari Ibnu Umar rodhiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sholallahu ‘alaihi wa sallam memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar rodhiallahu ‘anhu berkata, “Jika kamu berada di sore hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu sore, manfaatkanlah masa sehat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” [HR. Bukhari]



Apa itu jalan?

Dalam bahasa Arab, tak lain tak bukan; الطريق ,السبيل, الصراط .Kita nak belajar bahasa Arab ke? Taklah. :) Saja berkongsi supaya mudah kalau-kalau terjumpa perkataan ini sambil2 baca Al-Quran. Sebagai seorang manusia, kita dikurniakan 2 jalan yaitu jalan ke arah kebaikan dan juga jalan ke arah keburukan. Allah tidak memaksa kita dalam memilih jalan mana yang ingin kita tempuh. Tapi, Allah cuma mengingatkan kita, membantu kita untuk sentiasa di jalan yang benar. Pernah kah sahabat dilema dengan dua pilihan? Mana yang sahabat pilih?

Apa makna jalan bagi kita?

'Ambil je jalan mudah'. Pasti serasi kan dengan ayat itu? Ya. Ambil lah jalan mudah untuk kita sentiasa mengingati-Nya. Ambillah jalan mudah untuk kita menjadi hamba yang terbaik. Tapi semudah itu kah? Ada pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Atau kita memilih untuk bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian?

Cara/Tabiat kita berjalan

Pasti bagi yang Allah kurniakan nikmat fizikal yang sempurna, pasti lah jalannya sempurna. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tapi bezanya antara lambat atau cepat. Pernah dengar kisah arnab dan kura-kura? :) Selambat mana pun kura-kura itu, tapi tetap berusaha untuk tiba di garisan penamat. Secepat mana pun arnab itu, pabila terleka di tengah-tengah jalan, akhirnya tewas tapi kisah itu tetap 'happy ending'. Sebab keduanya tiba di garisan penamat.

Energi cukup?

Rasa-rasa cukup tak energi kita untuk ke garisan penamat? Lengkap kah ibadah kita untuk menghadap Pencipta nanti? Oleh itu, sambil berjalan kita cari makanan yang boleh dimakan. Carilah ilmu dan tuntutlah ilmu walau di mana pun kita berada. Dan 'sampaikanlah walau sepotong ayat'. Belajar dan terus belajar. Ingatlah, anda tidak keseorangan. Ada ahli keluarga yang Allah kurnia untuk dijadikan sebagai pendokong.  Ada sahabat yang Allah kurnia untuk dijadikan sebagai pemberi peringatan. Dan yang lebih penting, Allah ada. Allah akan membantu kita memimpin kita untuk berjalan dengan cara yang benar, berbekalkan energi yang cukup.


Itulah pengisian dari Ustaz. Tapi kisah arnab dan kura-kura tak termasuk. :) Maaf sebab lama tidak meng'update' pengajian dari Ustaz.

Keep walking! Minat Maher Zain? :) Bukan untuk promote Maher Zain, cuma untuk mengajak kita hayati lirik nya saja.


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame 

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah

:)..

Allah yang Maha Mengetahui. Wassalam.

Sunday, February 27, 2011

PERMAI datang lagi

Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti PERMAI datang lagi. Kali ini di Jakarta. InsyaAllah. Moga-moga Wisma Malaysia siap dalam masa yang ditetapkan. InsyaAllah. PERMAI kali ini anjuran PKPMI-CJ di bawah pimpinan Ahmad Farid Asyraf, IMAN Bandung, UPIMI Jogja dan juga Halaqah Jakarta. Seperti yang kita ketahui, PERMAI telah diadakan di Jogjakarta pada tahun 2008 dan juga Bandung pada 2010. Matlamat PERMAI yang utama adalah supaya ukhuwah mampu terjalin di antara seluruh mahasiswa Malaysia yang bertapak di seluruh Indonesia bermula di Aceh hinggalah Makassar.


[click ke link Page PERMAI]

InsyaAllah, AJK PERMAI akan bagi info selanjutnya.

Wallahu a'lam.

Monday, February 14, 2011

Senyumlah :)


Senyumlah! :)

Setiap orang mempunyai bibir. Akan tetapi, tidak setiap orang bisa dan biasa untuk tersenyum. Senyum memiliki dampak yang beragam. Dengan senyuman, akan membuat orang lain merasa senang, aman, tenteram, nyaman,  dan damai. Ada yang karena senyuman, orang menjadi teriris hatinya. Ada pula senyuman yang membuat orang yang melihatnya menjadi mabuk kepayang hingga terjerumus ke lembah maksiat. Senyum jenis ini tentu akan membawa bencana karena bisa menyebabkan orang melanggar larangan Allah SWT.

Ada juga senyum yang membuat hati kita bergetar melihatnya. Itulah senyum ketabahan dari seorang hamba yang ikhlas menerima ujian Allah SWT. Ada lagi senyum ketegaran. Inilah senyuman dari orang yang tegar dalam menerima ujian, baik itu berupa bencana alam maupun kepahitan hidup. Selain itu, ada juga senyum yang penuh dengan ketulusan. Senyum ini membuat orang yang melihatnya ikut berbahagia.

Contohilah Rasulullah saw.

Jarir bin Abdillah RA berkata, “Sejak aku masuk Islam, Nabi tidak pernah menghalangiku untuk menemuinya. Dan setiap kali berjumpa denganku, beliau selalu tersenyum padaku.” [HR Al-Bukhari]

”Belum pernah aku menemukan orang yang paling banyak tersenyum seperti halnya Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam “. [HR At-Tirmidzi]

Aisyah ra berkata, "Tidak pernah saya melihat Rasulullah saw tertawa terbahak-bahak sehingga kelihatan batas kerongkongannya. Akan tetapi tertawa beliau adalah dengan tersenyum."[HR Bukhari]

Alangkah mulianya mu wahai kekasih Allah!

Manfaat Senyum :)

Di  antara manfaat senyum adalah menambah daya tarik. Orang yang murah senyum kepada sesama akan mendapatkan pahala dari Allah SWT. Sebab, senyum yang berangkat dari ketulusan hati merupakan sedekah. ''Senyummu terhadap saudaramu adalah kebajikan.'' [HR At-Tirmidzi]

Senyum Sebagai Penyelesai Masalah

Dari Abu Dzar ra; ia berkata, Nabi saw bersabda, "Janganlah sekali-kali meremehkan suatu kebaikan, walaupun hanya dengan menemui saudaramu dengan wajah yang cerah."[HR Muslim]

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan".[QS. Al-Hasyr (59):18]. 

Wallahu a'lam.

Maka senyumlah wahai teman..:))))))


 *sumber gambar : Google :)

Petunjuk Rasulullah saw Bagi Yang Berhutang

Ustaz Nur Kholis bin Kurdian
Sumber : Majalah As-Sunnah No.08/Thn XIV

Hutang!

Aisyah ra pernah berkata kepada beliau,"Wahai Rasulullah, alangkah sering engkau berlindung dari berhutang!" Rasulullah saw menjawab ; "Sesungguhnya orang yang dililit hutang jika berkata ia berbohong, jika berjanji ia mengingkari." [HR An-Nasa'i]

Hadis di atas memberikan pelajaran kepada kita untuk tidak mudah berhutang, kerana jika seseorang mudah berhutang, takut jika tidak mampu untuk melunasi hutang tersebut sampai ajal datang, padahal jiwa seseorang yang meninggal akan digantung nasibnya lantaran hutangnya yang belum terbayar. Nabi saw;

"Jiwa seseorang digantungkan sebab hutangnya sampai hutang tersebut terbayar." [HR Ar-Tarmidzi]

Riwayat lain, Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang meninggal dunia dan ia bersih dari tiga perkara, dari kesombongan, khianat dan hutang, maka ia akan masuk syurga." [HR Ibnu Majah]

Hukum Berhutang

Hukumnya adalah mubah (diperbolehkan). Meskipun demikian, Rasulullah saw mengajarkan kita doa untuk berlindung diri dari lilitan hutang. Nabi mengajarkan doa, yaitu;

اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ 
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, dari lemah dan malas, bakhil dan penakut,dililit hutang dan dari penindasan orang."[HR Bukhari 7/158]


Tuntutan Bagi Yang Berhutang

*Orang yang berhutang wajib mengembalikan wang pinjaman tersebut kerana ia termasuk amanah yang harus dikembalikan. Bagi yang tidak mahu mengembalikannya, jika ia meninggal, maka dosa tersebut tidak diampuni Allah meskipun mati syahid. Sabda Nabi saw;

"Orang yang mati syahid, semua dosanya diampuni oleh Allah kecuali hutang." [HR Muslim]

*Bagi yang berhutang, harus menyegerakan pembayaran balik jika mampu. Bagi yang melambatkan pembayaran padahal dia mampu, hal itu merupakan kezaliman. Rasulullah saw bersabda; "Penundaan pembayaran hutang oleh orang yang mampu merupakan kezaliman."[HR Bukhari]

*Rasulullah saw menganjurkan untuk mengembalikan hutang dengan cara yang baik, Rasulullah saw bersabda; "Sesungguhnya termasuk orang pilihan yaitu orang yang paling baik ketika membayar hutang." [HR Bukhari] yaitu;
1) tepat waktu. Jika sulit, hendaklah meminta izin agar diberi kelonggaran.
2) Bagi yang berhutang, haruslah berterima kasih kepada pemberi hutang.
3) Mendoakan pemberi hutang.

"Dan siapa saja yang telah berbuat baik kepadamu, maka balaslah dengan hal yang sama, jika kamu tidak mampu, maka doakanlah dia sehingga kamu terlihat telah membalas kebaikannya." [HR Bukhari]

*Orang yang berhutang, jika ia benar-benar tidak mampu, boleh meminta keringanan atau pembebasan hutang dari si pemberi hutang.

Wallahu a'lam.

Bagi sahabat2 yang 'pokai' dan sering pinjam-meminjam, [biasalah, adat student scholar :)], bila dah masuk elaun tu, moga kita dipermudahkan untuk proses pembayaran..

Pengumuman Ta'lim

Ta'lim Ustaz Muchlish Abdi
15/02 -Selasa - Setelah Isya'
Masjid Nurul Hikmah

Ta'lim Ustaz Firdaus
19/02 - Sabtu - Jam 7 pagi
Masjid Nurul Hikmah

..:)..