اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

أهلا وسهلا


Halaqah Jakarta merupakan blog di bawah kelolaan ahli Halaqah Jakarta yang dianggotai oleh muslimin muslimat Ukrida. Ukrida merupakan salah sebuah universitas yang terletak di Jakarta Barat.

Kami berharap usaha untuk membumikan jiwa-jiwa insan ke arah penerapan Islam yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah akan dipermudah dan diredhaiNya.

Salam Ukhwah! Salam Mujahadah!


Monday, July 26, 2010

Senyumlah dan bersyukurlah kita dipilih menjadi seorang doktor :)



oleh Dr Nor Ruzaini bt Sulaiman

Hospital Besar Melaka


Alhamdulillah sedar tak sedar sudah masuk 8 bulan bertugas di hospital di tanah air sendiri. Pada mulanya ingatkan “impossible” atau tidak mungkin saya akan “survive” di hospital Malaysia. Bagi kebanyakan pelajar yang belajar di luar negara dan tidak pernah ada pengalaman belajar di hospital di Malaysia, bekerja di Malaysia seolah-olah satu mimpi buruk. Saya sendiri termimpi-mimpi seminggu dua sebelum mula bertugas, tidak dapat bayangkan bagaimana agaknya bekerja di Malaysia.

Lapan bulan berlalu dengan begitu pantas. “Rotation medical” telah berlalu dan kini ortopediks pula. Lagi sebulan di ortopediks, kemudian ke pembedahan pula. Sebulan pertama kerja, memang bukan ‘the best of time’. Mula kerja pukul 7 pagi. “Average” waktu pulang ke rumah dalam 11 malam. Waktu itu, timbul perasaan menyesal menjadi seorang doktor. Mungkinkah saya tersalah pilih kerjaya? Memang ada terasa di hati mahu “resign”. Kerjaya sebagai doktor rupanya tak seindah yang disangka. Tidak seindah seperti yang kita bayang-bayangkan sebelum ni. Maklumlah, baru kerja, pagi-pagi lagi kene tengking dengan “Medical Officer” (MO), datang “specialist”, kene pula dengan “specialist”. Fakta-fakta “medical” memang banyak tak ingat, cara kerja di Malaysia pula tidak sama dengan di Australia. Bila bertanya sahabat doktor yang lain, rupanya orang lain pun fikir begitu, ada yang terfikir nak kerja di “lab”, nak jadi ahli farmasi, ada yang nak tukar jadi doktor gigi. Saya pula teringin nak jadi suri rumah sepenuh masa.

Kini, 8 bulan telah berlalu, sedikit demi sedikit mula menerima hakikat yang saya seorang doktor. Tapi kalau nak difikirkan balik, kalau tidak dapat menerima hakikat pun, saya masih seorang doktor. Tak boleh lari. Saya selalu teringatkan kata-kata seorang doktor yang bekerja di Adelaide, Australia

“Whether you like it or not, you’ll be stuck in this profession for at least 20-30 years, so might as well like it, and enjoy it. Kalau kamu “enjoy” pun kamu seorang doktor, kalau kamu tak “enjoy” pun kamu tetap seorang doktor, baik enjoy kalau macam tu, daripada terseksa emosi dan mental.”

Kata-kata doktor tersebut selalu berulang-ulang di fikiran sewaktu menjalankan tugas di hospital, walaupun memang sukar untuk “enjoy” kerjaya dalam keadaan yang mencabar emosi dan fizikal. Maklumlah, Ia bukan kerjaya ‘fancy’. Tidak ada pejabat, tidak ada meja sendiri yang kita boleh hias-hias dengan alat tulis dan gambar keluarga. Tidak ada ‘outstation’ di hotel-hotel. Kebanyakkan perkara yang berlaku sepanjang saya bergelar doktor adalah perkara yang tidak disukai ramai, kene tengking, tak tidur malam, balik lewat dan tak dapat bermain dengan anak, penat berjalan ke hulu dan kehilir, naik turun tangga, kadangkala boleh jadi terpaksa berdepan dengan perkara menjijikkan (“direct contact” dgn specimen air kencing, najis, kaki pesakit berulat, kene muntah pesakit dan lain-lain). Apakah semua ini? Begini rupanya menjadi seorang doktor. Dulu tiada ada pula orang sebut tentang semua ni. Sebelum ni, yang kita dengar tentang kerjaya sebagai doctor, indah-indah belaka.


Bagi setiap penyakit, tentu ada penawarnya. Begitu juga dengan “penyakit” tak mahu menjadi seorang doktor ini. Saya percaya bukan saya seorang saja yang berpenyakit seperti ini. Memandangkan ramai lagi yang bakal bergelar seorang doktor, saya ingin berkongsi bagaimana saya “counter- act” fikiran-fikiran negatif dalam fikiran saya sepanjang bergelar seorang doktor di Malaysia. Bukan apa, sepanjang saya bertugas ni belum pernah bertemu dengan rakan doktor yang memang suka jadi “houseman”. Mungkin sedikit sebanyak boleh bantu saudara dan saudari.

  1. Bagi mengatasi masalah sedih, dan “down-graded” selepas dimarahi/ ditengking bos. fikirlah bahawa seperti di dalam hadith yang kita pelajari, orang yang tak dapat mengawal marah itu adalah selemah-lemahnya manusia (1). Satu lagi, bagus juga kene marah, dapat belajar. Tak apa kena marah asalkan pesakit kita selamat.
  2. Bagi mengatasi masalah penat oncall semalaman, ‘patient’ tak berhenti masuk, “zero sleep” semasa oncall- bayangkan bagaimana sewaktu Sultan Muhammad Al-Fatih mengarahkan tentera-tenteranya mengangkat kapal dari hujung bukit ke hujung bukit dalam satu malam, dan pada paginya pula sambung perperangan (2), pastinya mereka juga mendapat “zero sleep”, no pain, no gain.
  3. Bagi mengatasi masalah sedih meninggalkan anak di rumah- tidak semestinya lagi banyak masa kita luangkan untuk anak bermaksud lebih baik, yang penting adalah keberkatan waktu kita bersamanya. Disini, saya sarankan banyakkan berdoa (3) untuk tabahkan hati. Saya juga sarankan bakal doktor dptkan rumah dekat dengan hospital supaya boleh balik tengahari. Saya kerap pulang ke rumah pada tengahari walaupun hanya balik setengah jam sahaja.
  4. Bagi mengatasi masalah takutkan sesetengah doktor yang dikatakan garang, terutamanya bila dialah yang menjadi MO kita ataupun ditakdirkan kita akan oncall bersamanya- fikirlah bahawa sebagai seorang islam, kita tak dibenarkan takut kepada makhluk lain selain Allah (4). Kalau MO tersebut kuat marah, dialah selemah-lemah manusia. Kita patut bersyukur tak menjadi seperti MO tersebut. Tapi kena ingat juga, kalau memang kita yang salah, ambilah pengajaran.
  5. Untuk mengatasi masalah menyesal menjadi seorang doktor- percayalah bahawa setiap yang berlaku pada saat ini adalah yang terbaik buat kita, tiada yang lebih baik (5). Lagipun, kalau kita hayati kerjaya ini, memang banyak mutiara-mutiara, pengajaran-pengajaran yang kita boleh kutip sepanjang bekerja. Ada satu malam saya on-call, 4 pesakit meninggal malam tu, saya kena “attend”. Saya ambil peluang itu untuk muhasabah tentang kematian. Setiap pesakit ada cerita masing-masing, tidak semuanya manis. Ini peluang untuk kita bergaul bersama mereka, saya ambil peluang ini untuk bergaul dengan masyarakat dan selami hati mereka dan masalah mereka untuk mendapatkan gambaran keadaan masyarakat kita masa kini.

Sekian dulu sedikit perkongsian dari saya yang baru setahun jagung di dalam profesion ini. Kesimpulannya, bagi bakal-bakal doktor, terutamanya graduan luar Negara, tahniah, anda bakal menjadi seorang doktor. Jadi senyumlah dan bersyukurlah dengan kenyataan tersebut. Itulah yang terbaik buat anda.


--------------------------------

(1) Dari Ibnu Mas’ud Radliyallahu ‘anhu Rasulullah bersabda : “Siapa yang dikatakan paling kuat diantara kalian ? Shahabat menjawab : yaitu diantara kami yang paling kuat gulatnya. Beliau bersabda : Bukan begitu, tetapi dia adalah yang paling kuat mengendalikan nafsunya ketika marah.” (HR. Muslim)

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sholallohu ‘alaihi wa sallam : "(Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : Jangan engkau marah. " (HR Bukhari )

(2) Siapakah Sultan Muhammad Al-Fatih? Boleh rujuk & baca di sini.

(3) Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." (Al-Mu'min 40:60)

(4) Firman Allah subhanahu wata’aala yang artinya: “Maka janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (Ali ‘Imran 3: 175)

(5) "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)

Monday, July 19, 2010

Majlis Berbuka Puasa Perdana dan Ta'lim Persiapan Ramadhan


Assalamualaikum sahabat semua :)

Pintu madrasah Ramadhan bakal dibuka tidak lama lagi. Sudah terasa bahangnya kan :) Bagaimana dengan persediaan kita? Sudah bersediakah? Ayuh mula dari sekaranglah kita seharusnya sudah menjinak-jinakkan diri untuk berusaha bangun qiam, mempergiat bacaan Al-Quran, memperbanyak zikirullah dan melatih diri untuk biasakan bersedekah dan amalan-amalan sunat yang lain. Kerana inilah cara terbaik untuk meraikan kedatangan Ramadhan yang tidak sampai sebulan saja lagi. InsyaAllah dengan latihan-latihan intensif di bulan Syaaban ini kita dapat mempersediakan diri untuk terus beristiqamah di bulan turunnya Al-Quran itu nanti agar tidaklah seolah-olah terjadi "cultural shock" kepada diri ya. :) Jadi, jom puasa sunat!

InsyaAllah pada hari khamis bersamaan dengan 22 Julai 2010, akan diadakan suatu majlis berbuka puasa beramai-ramai, dan semua pelajar dijemput hadir . Semua juga sangat digalakkan berpuasa sunat pada hari tersebut sempena hari khamis dan sempena bulan Syaaban :D


Hadis daripada Aisyah r.a. katanya :"Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w telah menyempurnakan puasa selama sebulan penuh kecuali bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah telah berpuasa dalam sebulan lebih daripada puasa baginda pada bulan Sya'aban."
[HR Bukhari dan Muslim]


Berikut adalah info tentang buka puasa ini :

Tarikh : 22 Julai 2010
Masa : 5.00 pm - 9.30 pm
Tempat : Majlis Nurul Hikmah


Tentatif majlis adalah seperti berikut :

4.00pm-5.00pm : Persiapan untuk program dan kedatangan
5-00pm-5.30pm : Persiapan bahan berbuka
5.30pm-5.50pm : KulTiM
5.50pm-6.00pm : Berbuka dengan makanan ringan
6.00pm-6.15pm : Solat Fardhu Maghrib berjemaah (bawah)
6.15pm-7.00pm : Makan berat (kalau ada kosong, sebagai waktu rehat dan persiapan solat Isyak)
7.00pm-7.30pm : Solat Isyak berjemaah
7.30pm-9.30pm : Ta'lim
9.30pm : Selesai


1. Program anjuran PKPMI ini dijalankan untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar-pelajar Ukrida.

2. Semua pelajar dijemput hadir ya :D

3. Infaq adalah sebanyak rp 20k (15k utk persiapan berbuka, 5k untuk penceramah)

4. Infaq bolehlah dibuat selewat-lewatnya hari selasa dan boleh menyerahkan kepada nama-nama berikut :

  • Batch 09 - Hani Idzaida
  • Batch 08 - Masliana
  • Batch 07 - Zainoor Ain
  • Batch 06 & 05 - Siti Noraishah (nor_aishah91@yahoo.com.my)

Bagi yang berminat tetapi mempunyai masalah dengan pembayaran boleh langsung merujuk kepada Aishah 09 ya. Pelajar non muslim turut dijemput hadir dan digalakkan menyertai (bayaran 15k).

Datanglah beramai-ramai memeriahkan majlis dan mengeratkan lagi ukhuwah yg terbina :)

Yuk! siapkan diri sebelum melangkah ke Madrasah Ramadhan, agar kita dapat graduasi dengan cemerlang dalam tempoh 30 hari itu! :)



Tersinarnya Harapan


Kehidupan ini suatu harapan. Kan? Kerana adanya harapan itulah, membuatkan insan mampu berjuang dan terus berjuang menongkah kehidupan yang tidak pernah sunyi dari badai ujian dan onak duri dugaan yang silih berganti, siang malam tanpa henti.

Adanya harapan, membuatkan yang jatuh kembali bangkit.
Adanya harapan, membuatkan yang lemah kembali menguatkan dirinya.
Adanya harapan, membuatkan yang sukar itu terasa mudah.
Adanya harapan, membuatkan yang pahit itu terasa manis.
Adanya harapan, membuatkan yang lelah itu terasa bahagia.
Adanya harapan, membuatkan yang menangis itu kembali senyum.
Adanya harapan, membuatkan yang berdosa kembali bertaubat.


Harapan.


Ya, harapan. Selagi masih bernafas. Selagi jantung masih berdegup. Selagi matahari masih terbit di ufuk timur. Selagi itulah kita masih mempunyai harapan.

Harapan itu, Allah yang bagi.
KurniaanNya.
AnugerahNya.
Tanda sayangNya.
Tanda kasihNya.
Tanda cintaNya.
Kepada siapa?


Kitalah.


Ya, kita. Kita ini. Kita yang sehari-hari tidak pernah sepi dari dosa. Kita yang setiap ketika melakukan kesalahan dan kesilapan. Kita yang selalu leka dan lalai akan suruhanNya. Kita yang terbius dengan racun duniawi yang merosakkan. Kita yang menzalimi diri sendiri tanpa henti. Kita yang tak malu dengan Pencipta sendiri. Ya, kitalah semua itu.


Namun...kita masih punya harapan. Kerna kita ada Allah. ya, Allah. Allah sentiasa memberi harapan kepada jiwa-jiwa yang sarat dengan dosa dan noda. Dia memberikan harapan terus menerus tanpa peduli apa pun yang pernah kita lakukan.
Dia yang Mahu Mengetahui kelunakan hati hamba-hambaNya yang lumat dengan dosa. Dia yang Maha Mengetahui fitrah jiwa-jiwa insan yang mahu kembali kepada Tuhannya. Dia yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang kita zahirkan atau rahsiakan. Dia Tahu, Dia Tahu, Dia Tahu. Dia Maha Mengetahui segala-galanya hatta gugurnya sehelai daun sekalipun, semuanya dalam pengetahuanNya.



Dari Anas r.a, ia berkata, ” Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, ”Allah berfirman, Wahai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdoa dan mengharap kepada-Ku, Aku akan mengampunimu atas dosamu dan Aku tidak pedulikan lagi. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya jika engkau datang kepadaKu dengan membawa dosa sepenuh bumi, kemudian engkau bertemu denganKu dalam keadaan tidak mempersekutukanKu dengan sesuatu pun, sungguh Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi pula.” [HR Tirmidzi]


Lihat. Dialah Tuhan yang Maha Pemberi Harapan kepada setiap insan yang merangkak satu per satu menujuNya.


Katakanlah: ”Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang. [Az-Zumar, 39:53]

Jalan pulang kepada Allah terlalu L U A S. Jangan pernah putus asa. Ya, walau sekali, jangan pernah. Rahmat kasih sayangNya terlalu luas buat kita. Ya, buat saya dan buat kamu. :)


Thursday, July 08, 2010

Pengumuman Ta'lim


Assalamualaikum wbt.

Pengumuman Ta'lim

InsyaAllah..

Ta'lim Isra' Mikraj & Persiapan Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan
di Masjid Nurul Hikmah
setelah Isyak, 7.15 malam
09 Julai 2010
Ustaz Ismeidas


Ta'lim Drs Muchlish
Masjid Nurul Hikmah
setelah Isyak, 7.15 malam
20 Julai 2010

yuk! Kita imarahkan lagi majlis Ta'lim dengan menghadirkan diri..exam da abis kan? :) Moga Allah permudahkan urusan sahabat2 sume..

Wassalam.

Wednesday, July 07, 2010

Peduli Palestin!

Peduli Palestin!


"Sewaktu saya pulang, anak saya tanya pada saya; Walid, kenapa Walid balik? Hal orang Palestin tak selesai lagi."

"Apa yang nak saya jawab pada anak saya??"
Itulah kata-kata penutup dari Dr Haleem dalam Majlis Peduli Palestin anjuran PKPMI bersama KUJ.

Alhamdulillah. Perkongsian dari Dr Haleem cukup baik. Doa adalah senjata umat Islam. InsyaAllah, Allah akan perkenankan.

Dan Tuhan-mu Berfirman, ”Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku Perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang -orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” [QS. Al-Mu'min,40; 60]

Apalagi, yuk sahabat! Doakan saudara kita di sana sambil2 kita memboikot barang-barang pihak Yahudi. Untuk tahu barang-barang Israel boleh Google. :)

Mungkin dengan boikot tidak membantu sangat tapi Allah memandang usaha. InsyaAllah.


Sumber Gambar Dr Haleem; PKPMI